Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan
payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu
saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga
hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’,
iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah
SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan
sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan
kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya
adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan
solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah
umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis
riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah
SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah
SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling
dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik
untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman
maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang
menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya,
dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan
perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya
sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa
nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi,
ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi
keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis
riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua
rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah
keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap
selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat
Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan
dunia dan seisinya?
(petikan dari : http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/333-ganjaran-pahala-solat-subuh-mengatasi-keindahan-dunia.html)
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebel...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perl...
Assalamualaikum Kak Azzah
ReplyDeleteterima kasih
Wa'alaikumsalam atuk,
DeleteTerimakasih sudi singgah sini dan jenguk blog yang tak seberapa ini...