Wednesday, July 20, 2011

Blue Mosque, Istanbul, Turkey

ALhamdulillah...Allah permudahkan dan murahkan rezeki untuk ku berkunjung ke kota Istanbul ini... di antara bandar yang termasuk dalam senarai impian saya untuk saya kunjungi ...

Apakah yang menarik di sini?  Sebenarnya selain drpd  mercu tanda yang terkenal di Kota ini...sejarah nya yang jika kita kaji dan selusuri akan membuahkan keinsafan dan kesedaran di hati sanubari ini...

Empayar Turki Uthmaniyyah atau Ottoman Empire sangat terkenal dalam sejarah Islam. Kota Istanbul yang dahulunya di gelar Kota Kontanstinople, berjaya di tawan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh..(sesiapa nak tahu lebih lanjut, boleh baca novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip = Abdul Latip Talib) pada tahun 1453, maka pada tahun ini berakhirlah Empayar Byzantine. 
Blue Mosque

Sejak Islam mengusai Kota Konstantinople, kerja-kerja baik-pulih dan pembinaan semula banyak dilakukan.... mesjid-mesjid banyak dibina di sekitar kota ini ... di antaranya gerega Hagia Sophea atau Aya Sofya semasa pemerintahan Byzantine telah ditukar kepada Mesjid ....(sekarang dijadikan muzium) ..
Blue Mosque @ Mesjid Biru, Istanbul, Turkey

Mesjid yang paling istimewa di kawasan Sultanahmet adalah Mesjid Biru @ Blue Mosque.  Namun apabila sampai sahaja di kawasan Sultanahmet dari airport..mataku mencari-cari di manakah Mesjid Biru itu? Saya menjangkakan sebuah mesjid yang mempunyai kubah besar berwana biru (seakan-akan Mesjid Negeri Shah Alam) ...namun dari celah-celah dedaun pepohon yang menghijau di taman sekitar mesjid biru ini, kelihatan lah menara-menara Mesjid Biru ... terdapat 6 buah menara untuk mesjid ini... namun terpandang sahaja kubahnya..hatiku sedikit kecewa..kerana kubahnya TIDAK berwarna biru!
Kelihatan menara dan kubah Blue Mosque dari taman Sultanahmet.
Kami datang lagi ke tempat yang sama pada sebelah malam...
Latar belakang Blue Mosque waktu malam..

Tapi daku tidak putus asa..mesti ada sebabnya mengapa dipanggil Blue Mosque. Pencarian bermula dengan membeli sebuah buku mengenai Istanbul di sana, kemudian balik ke hotel saya search di internet pula..lalu saya temui jawapannya.  
Sebenarnya ia dipanggil Blue Mosque kerana dinding bahagian dalam mesjid itu di hiasi dengan jubin-jubin biru berukir yang sangat cantik hingga ke bahagian atas siling.  
Bahagian dalam Blue Mosque, yang sangat besar dan luas dan tinggi
.tingkap2 dengan cermin tinted berwarna biru..
Dari bhgn dalam..kubah mesjid..yg dihiasi jubin2 biru berukir yg sgt cantik
 Lampu yg sangat klasik..
 Keseluruhan bhgn dalaman Blue Mosque
Lagi kubah biru ... dengan jubin-jubin yg berukir cantik
 Permaidani merah yang cantik di dalam Blue Mosque
 Salah satu minaret Blue Mosque dari dalam compound mesjid..
gambar ini diambil selepas kami solat Maghrib di sini
 Di hadapan pintu masuk
Dari sebelah luar di tangga..waktu ini sudah hampir pukul 9 malam..
(maghrib masuk pukul 8 lebih ...isya' masuk pukul 10 lebih ...sekarang musim panas..)
Di dalam compound mesjid...di sebelah kanan itu tempat mengambil wudhuk..
Di hadapan pintu gerbang masuk (Interior Atrium Gate) kawasan Blue Mosque

ok..kita sambung lagi kembara di bumi Uthmaniah di lain entri...

update:
Utk pengetahuan semua, Mesjid Biru ini TIDAK dijadikan museum...ia masih berfungsi sebagai sebuah mesjid... ramai umat Islam yang berkunjung ke sini akan masuk bersolat di ruang solat...para pengunjung (terutama non-muslims dan wanita) TIDAK dibenarkan berlegar-legar di ruang solat... tempat solat untuk wanita disediakan di bahagian belakang,  ada sahaja umat Islam yang sedang solat dan membaca Al-Quran di ruang hadapan...
In fact, semasa kami datang lagi pada sebelah malam, azan maghrib sedang berkumandang, lalu kami solat berjemaah di dalamnya ...

Yang dijadi museum sekarang ialah Hagia Sophea @ Aya Sofya (akan saya ceritakan di entri akan datang).

5 comments:

  1. Menarik..
    Masjid Biru from your point of view..
    dah jadi museum !..
    masjid rumah Allah ..
    museum rumah apa ye? ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Wan Sharif,
    Utk pengetahuan tuan, Mesjid Biru ini TIDAK dijadikan museum...ia masih berfungsi sebagai sebuah mesjid... ramai umat Islam yang berkunjung ke sini akan masuk bersolat di ruang solat...para pengunjung (terutama non-muslims) TIDAK dibenarkan berlegar-legar di ruang solat... ada sahaja umat Islam yang sedang solat dan membaca Al-Quran di ruang hadapan...
    in fact, semasa kami datang lagi pada sebelah malam, azan maghrib sedang berkumandang, lalu kami solat berjemaah di dalamnya ...

    Yang dijadi museum sekaran ialah Hagia Sophea.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Cantik dan meriah...belum berkesempatan utk pergi...harp dapt ke sana satu ketika nanti.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Salam kenal dari kakak.

    Singgah tentok gambar masjid di Istambul. Cantik.

    ReplyDelete
  5. seronoknya....

    selamat berpuasa sis..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....