Wednesday, February 9, 2011

Tiada Pilihan?

Dalam kehidupan ini kita selalu perlu membuat pilihan. Kadang-kala kita perlu memilih dari dua atau lebih pilihan...namun ada juga kita TIADA pilihan... apatah lagi jika keputusan segera perlu dibuat...lalu kita seakan terpaksa menerima pilihan tersebut, walaupun pilihan yang diberi tidak menepati citarasa atau pun kehendak kita...
Saya telah membuat keputusan untuk menghantar anak saya ke sebuah sek berasrama agama seperti yang telah ditawarkan... walaupun saya cuba meyakinkan anak saya bahawa segala-galanya akan menjadi baik , namun di hati kecil saya sendiri saya meragui nya..kerana anak saya tiada pilihan lain melainkan untuk memasuki aliran yang diberi...saya tahu bahawa dia tidak menyukai beberapa subjek yang perlu diambil dalam aliran tersebut. 
Adakah saya kejam kerana memaksa beliau? Hurmmm...saya rasa saya akan memberi peluang kepada beliau sehingga hujung minggu ini, sekiranya dia masih tidak suka dan tidak dapat menghayati subjek yang dipelajari, kemungkinan saya akan membiarkan beliau kembali ke sekolah lamanya, di mana beliau dapat mempelajari subjek yang digemari beliau...


3 comments:

  1. kalau kita terlalu memaksa pun tak boleh juga .. tapi kalau biarkan sepenuhnya anak2 memilih pun tak boleh juga. susah juga mengimbanginya. tetapi kalau pilihan anak kita tu masih boleh kita terima, ikutlah kehendak mereka.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Azzah

    selepas solat istikarah

    Insyaallah
    itu pilihan yg tepat

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam Azzah,

    Dilema....itulah yg sering terjadi pada diri kita. Kakak cadang ikut kata Hj. Rozali. Mohon Allah beri petunjuk. Itu yg kakak buat dulu utk anak sulung kakak....

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....