Friday, February 25, 2011

Tawaran ke-2

Selepas kembali semula ke sekolah lama..anak ke5 saya mendapat pula tawaran lagi. Kali ini ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP Integrasi) Rawang. Kali ini saya amat berhati-hati...melihat kepada bidang yang ditawarkan, Sains Teknikal, anak saya kelihatan gembira, kerana itulah bidang yang dikehendakinya. Namun begitu beliau masih kelihatan ragu adakah perlu mengambil subjek PQS, Bahasa Arab TInggi dan Syariah seperti SMKA yang lain.  
Lalu saya mengambil inisiatif menalipon ke sekolah tersebut bertanyakan guru atau sesiapa yang tahu mengenai perkara tersebut, sambil itu saya juga mencari maklumat tersebut di internet. Alhamdulillah, nampaknya semua seperti yang dikehendaki.
Sekarang sedang menyediakan barang2 yang diperlukan oleh beliau membawa ke asrama.
InsyaAllah hari Isnin 28hb Februari 2011 ini saya dan suami akan menghantar beliau ke seolah ini. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

6 comments:

  1. As salam kak AZZah..Tahniah tuk anak akak yer....

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Azzah,

    Insya-Allah pilihan kali ini tepat.

    ReplyDelete
  3. tahniah... semoga dia kekal di sana dengan pilihannya sendiri

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH Wafa'!

    Kak Azzah,
    Anak sepupu Ati baru je habis bersekolah di SBPI Rawang dan tengah tunggu results SPM skrg ni. Drpd pemerhatian Ati (sbg Sherlock Holmes of Tashkent), sekolah ni memang bagus dan beruntunglah Wafa'dapat belajar di sana.

    Wafa' belajar rajin2 ya... :-)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....