Sunday, November 2, 2008

Nuh's Ark Graduation Day

Nuh's Ark Graduation Day - 2nd November 2008

Wah...bergaya sungguh anak2 cilik ini...bergaya dengan jubah graduasi..
mengalahkan abang-abang dan kakak-kakak yang konvo di Universiti..!!!

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Hari Konvokesyen untuk Nuh's Ark Montessori Islamic kindergarden hari ini. Ini adalah majlis seumpama ini yang dihadiri oleh diriku dan suami buat kali terakhir, InsyaAllah, untuk anakku yang ke-8 dan bongsu, Hana'.

Hana mendapat sijil "Honors" kerana menjadi salah seorang dari 10 orang
pelajar paling cemerlang di tadika Nuh's Ark.


Pelbagai perasaan yang kurasa, gembira dan lega... kerana selepas ini tiada lagi majlis untuk tadika yang perlu kami hadiri... bayangkan sejak tahun 1991, apabila anakku yang sulung, Asma' , memasuki tadika, sehingga kini ... setiap kali menjelang hujung tahun kami perlu menghadiri majlis seumpama ini.Recitation of Quranic Verses

Sedih juga kerana selepas ini tiada lagi anak yang bersekolah tadika... semuanya telah memasuki era persekolahan, yang perlu dihadapi dan ditangani kerenah mereka dengan kaedah yang berlainan....The Pilgrimage

Bayangkan rasanya pagi tadi kami adalah pasangan yang paling berusia!!! hehehe... Semua ibu-bapa yang lain masih muda belaka.... masing2 memegang dan mendukung anak kecil... anak2 mereka yang menghadiri tadika samada anak pertama, kedua atau ketiga...
Apabila tanya pasangan disebelah kanan, itu adalah satu satunya anak mereka. Tanya pula pasangan disebelah kiri, itu adalah anak mereka yang kedua.

Dalam hati berdoa, "Jangan lah mereka tanya anakku ini anak ke berapa!"..

tetapi mereka bertanya juga... sambil tersenyum-senyum malu aku menjawab, "Hana' adalah anak akak yang ke-8 dan bongsu sekali !!!!"

Jawab pasangan tersebut, "MasyaAllah.... bestnya... ramainya anak akak....bertuah akak ada anak ramai!"

hehehe... bangga pula rasanya... kemudian tersedar kembali... aku tak sepatutnya riak...
sepatutnya aku mengucapkan SYUKUR kehadrat ALlah kerana dengan limpah KurniaNya lah rezekiku (anak) ramai.

Tema pada tahun ini ialah "Truly Asia". Mempersembahkan acara2 yang mewakili adat dan budaya negara2 di benua Asia.

Sebelum acara terakhir dan kemuncak iaitu acara penganugerahan Sijil Persekolahan dan tamat Persekolahan Tadika, setiap kelas membuat persembahan masing-masing.
Hana' berada di kelas Al-Pharabins pada tahun ini. Kelas Hana' membuat persembahan untuk negara Malaysia iaitu "Planting Rice and Coconut Dance".

Akhir sekali mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "Children of Yesterday's Dream" - Saya tidak tahu siapa penyanyi sebenar ....

Lirik lagunya seperti berikut:


We are the children of yesterday's dream
We are the promise of the future we bring
Waving the banners of love to all
To every nation, the rich and the poor

Refrain:
We are the world of the restless and young
And we need a hand to guide us
Helping each other Build each other
As long as we"re together you and me

Chorus:
For together we stand, divided we fall
Together we climb to the top of the world
We can be what we want for the world to see
We are the children of yesterday"s dream

We have the yearning to do what is best
Be someone special from all the rest
Nation and brothers in unity
Building tomorrow for you and for me

Repeat refrain
Repeat chorus (2x)

2 comments:

  1. kita ni byk persamaan nampak..cuma akak lebih tua sket..selain sama2 SK,anak bungsu @ke 11 akak bernama hanaa juga..anak akak Ahmad sekarang di Hira'fm 5 dulu pun pernah di maktab tahfiz hira'..mungkin banyak lagi persamaan...akak rasa serasi sngat dgn azah...

    ReplyDelete
  2. UmmuSuhaib@Kak Dayat,
    Salam... tak sangka ya...ini Kak Dayat SK dulu, Naib Presiden PUI, Azzah pun dulu ada jadi ahli PUI...Azzah ingat-ingat lupa rupa Kak Dayat...cuba browse kat blog akak tgk gambar akak...
    Masa Annual Dinner kat Sunway tahun 2006 dulu Kak Dayat ada datang tak?

    Namun begitu, ini lah yang dikatakan kuasa blogging...dapat menjejak kasih semula saudara-mara dan sahabat handai lama...

    ooo anak akak ada Form 5 di Hira' ke? tahun ni nak SPM lah ya...Azzah pun ada anak yg sepatutnya F5, tapi sebab dia masuk Tahfiz, jadi dia belum SPM lagi..ALhamdulillah dah selesai Tahfiz nya...

    Bila senang jemputlah singgah ke Shah Alam, jika akak ada datang ke sini...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....