Thursday, November 6, 2008

Apabila Madinah hujan

Apabila membaca cerita mengenai bandar Madinah banjir, serta merta fikiranku teringat saat-saat kami berada di sana sewaktu musim haji 2007. YaAllah...rinduku serta-merta memuncak, air-air jernih mula bertakung dimataku. Rindu kepada Madinah, rindu kepada Mesjid Nabawi, rindukan Raudhah, berada hampir dengan makam Rasulullah SAW... Ya Allah...mahu rasanya saat ini terbang ke sana, perasaan ini tidak dapat ditahan-tahan.

Suasana hening dinihari di dalam Mesjid Nabawi...Ya Allah.......rindunya....Ya Allah Engkau murahkan rezekiku, panjangkan umurku agar aku dapat lagi menjadi tetamuMu Ya Allah, menjejakkan kaki ke Madinah, ke Mesjid Nabawi dan Mesjidil Haram untuk menunaikan ibadah Ya Allah..........

Kami tidak dapat mengalami pengalaman hujan sewaktu di sana, sewaktu kami hampir bertolak ke Madinah, berita didengar bahawa satu hari Madinah mengalami hujan, apabila kami ke Madinah, bandar Mekah pula mengalami hujan. Sepanjang masa di Mekah dan Madinah, ada beberapa kali solat sunat memohon hujan dilakukan...

Tahun lalu, hotel tempat kami menginap di Madinah sangat hampir dengan pagar Mesjid Nabawi, namun begitu satu pembinaan pengubahsuaian besar-besaran sedang dilakukan untuk membesarkan lagi lapangan mesjid, di mana dibawah lapangan tersebut satu pembinaan sedang dijalankan untuk membuat tempat parking kereta di bawah tanah. Saya anggarkan sudah semestinya pembinaan tersebut sudah siap sekarang, dan apabila mendengar berita bahawa bandar Madinah banjir selepas hujan selama 30 minit, saya terbayangkan tempat parking bawah tanah tersebut. Jika sudah siap pada tahun ini dan kejadian hujan tempohari, adakah kereta2 yang diparking di bawah tanah tersebut akan tenggelam, atau sudah ada sistem saluran air keluar??? Bandar Madinah bukan seperti bandar di Malaysia...di mana terdapat banyak parit atau longkang untuk mengalirkan air kerana keadaan negara kita yang selalu hujan (kita pun tahu walaupun terdapat parit dan longkang/sistem saliran air, namun banjir kilat selalu juga berlaku di Malaysia) Inikan pula di bandar Madinah yang hanya turun hujan setahun sekali, memang tiada parit atau longkang di kiri kanan jalan...walaubagaimanapun mengikut laporan berita semalam, pihak bandar Madinah berjaya menyedut air yang bertakung dijalan2 dengan cepat sekali... maklumlah waktu sekarang jemaah haji yang bertolak awal sudah berbondong-bondong memenuhi bandar Madinah Al-Munawarrah...

Labbaikallahumalabaik..........

Baca berita di sini.

7 comments:

  1. Salam hormat wahai Puan.

    Baru semalam, terasa mula berpuasa, sekarang raya sudah berlalu, sekelip mata mula hampir tiba saat untuk aidil adha.

    ReplyDelete
  2. Panggilan dan lambaian Mekah dan Medinah.....Labbaikallah Hummalaibaikkk.....!!! Shahdu.
    InsyaAllah, dapat lagi ke sana nanti.

    ReplyDelete
  3. untung kan kak, orang perempuan nak pergi Raudhah ada masa khusus. selalu saya tengok tak crowded sangat pun, walaupun musim haji (awal2 lah) rilek aje. yang lelakinya nak kena 'perang' dulu baru dapat. lagi tension bila tengok ada yang parking kat Raudhah dari Zohor bawak ke Isya'. Puasa kot dia sampai tak buang air pun.

    ReplyDelete
  4. Abang Long, sebenarnya titik-titik masa itu bergerak pada kadar yang sama dari dahulu hingga sekarang. Cuma kita mungkin dahulu tidak banyak perkara yang hendak dilakukan, sebab itu kita rasa masa bergerak perlahan. Sedangkan sekarang terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan, oleh itu kita rasa masa bergerak terlalu pantas.

    ReplyDelete
  5. Pp,
    InsyaAllah, semoga dapat ke sana lagi.

    ReplyDelete
  6. babazahra', akak ke Madinah selepas musim haji, kerana akak dapat penerbangan akhir, terus ke Mekah.
    Semasa ke Madinah, orang sama sahaja ramainya seperti di Mekah, cuma keadaan hotel di Madinah teratur berbanding di Mekah.
    Semasa di Mesjid Nabawi, memang keadaan teratur di kawasan perempuan, tetapi yang akak kurang faham kenapalah pengawal2 yang terdiri dari mak-mak Arab tu perlu bising2 memarahi para jemaah haji..Kadang2 kesian tengok para jemaah haji yang tua2 dan tidak kuat terpaksa jalan jauh mengikut arahan mereka...ada satu ketika tu akak tengok seorang jemaah haji tua ni dah tak larat nak jalan ke depan (sebelah belakang dah penuh, depan masih ada ruang) dia pun bentangkan sejadah di tepi lorong tempat orang lalu lalang, apalagi, menjeritlah pengawal mak arab nih, ditariknya sejadah makcik tu disuruh kedepan. Kesian tengok makcik tu baaru nak mula solat sunat, terkejut dia...sepatutnya cakaplah dengan elok dan lemah lembut, saya tgk mak arab tu masih muda lagi...hormatlah sikit orang yang lebih tua.
    Tahun lepas, mereka dah jalankan peraturan baru untuk jemaah haji perempuan nak melawat ke Raudhah..ikut zon benua & negara. Jadinya kita Malaysia kena sama orang Asia lah, Indon, Thailand dsb. Nak kata kita orang malaysia, spore, thailand beradab lah sikit...tak berebut-rebut, berlari-lari nak ke depan. tapi orang Indon ni...tak padan dengan perempuan....mengalahkan lelaki...berlari-lari, berebut-rebut, tolak-menolak...pernah saya kena himpit dan kena tolak dgn jemaah haji dari Indon ni..gara-gara nak ke depan ke kawasan Raudhah.
    Anyway, kawasan Raudhah perempuan kecil berbanding lelaki, dan tahun lepas di letak pula pemidang, maka kami tak nampak pun makam Rasulullah tu secara direct, sebab dah terlindung, nampak tiang dan syiling aje...tapi kami di beritahu di hadapan kami itulah makan Rasulullah SAW... nak solat pun tak boleh lama-lama, kalau pengawal tu nampak aje kami angkat tangan nak berdoa, terus dia halau kami keluar...

    ReplyDelete
  7. salam,

    Bertuah Nurazah dah dapat kerjakan haji, I ni belum lagi ada rezeki , cuma umrah je dulu.Masa umrah kami pergi musim tak ramai sangat orang , jadi mudah nak ziarah dan soli ridat dekat Raudhah, cuma lelaki memang masih kena rebut sebelum subuh untuk dapat solat di raudhah. Apa yang pasti rindu untuk ke sana sentiasa menggamit rasa .

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....