Wednesday, May 21, 2008

Selamat Hari Lahir Zubair

Selamat Hari Lahir ke- 9 Zubair

Punyalah sibuk ummi sampai tak sempat nak post berkenaan birthday Zubair semalam.
Wbgmnpun ummi tak lupa, semalam selepas balik kerja tanya dia nak makan apa... seperti yang dijangkakan dia tak nak kek, so kami pergi beli Pizza dan satay....

ni gambar semasa di sekolah tadika (2005)

Zubair adalah anak ke-7. Dilahirkan pada tahun 1999 di Shah Alam. Disebabkan agak lama juga dia menjadi "anak bongsu"... selepas 4 tahun baru dapat adik, ingatkan dia yang bongsu....hehehe
jadi sampai sekarang masih kekal dengan panggilan "adek" walaupun dah ada adik Hana. Always bahasakan diri dia "adek" ....

ALhamdulillah Zubair boleh dikategori sbg anak yang bijak. Sudah pandai bermain game di komputer seawal umur 2 tahun... bijak dalam pelajaran sains dan matematik... pernah suatu hari berkata bahawa dia suka belajar matematik. Semoga minat nya terus membara.... untuk menimba ilmu sehingga ke peringkat tertinggi..

gambar semasa Hari Ihtifal (Penyampaian Hadiah) tahun lepas

Cepat mempelajari sesuatu perkara yang baharu... terutama hafazan... di antara surah-surah yg telah dihafalnya Asy-Syams, Al-Lail, Al-Balad, Al-Fajr, Al-Ghaasyiah, At-Taariq, Al-Buruj, etc dan sedang menghafal surah An-Naba' ... (wow...kalah ummi nih !)

Pada tahun ini dilantik menjadi salah seorang imam muda di sekolahnya. Sekolah Rendah Islam Hira' telah melantik beberapa orang pelajar (dari tahun 3- tahun 6) untuk program Imam Muda. Mereka dilatih untuk memjadi imam semasa solat Dhuha dan solat Zuhur di sekolah...
Alhamdulillah...semoga ciri-ciri mukmin sejati terus tertanam dijiwa anakku...

8 comments:

  1. MasyaAllah, berdiri bulu roma cikMilah ni baca tentanf Zubair, Alhamdulillah. Selamat hari lahir , semuga membesar menjadi anak yng soleh dan mukmin sejati.

    Nueazzah masih sibuk? Semuga segalanya di permudahkan Allah, Amin.

    ReplyDelete
  2. cikMilah,
    Alhamdulillah.

    Sudah dapat bernafas sedikit...tetapi masih banyak perkara yang perlu dibereskan semasa cuti semester ini..
    ada orang tanya saya, eh, student cuti ni pensyarah pun cuti ke? ...alamak...pensyarah bukan macam cikgu, kalau anak murid cuti cikgu pun cuti juga... tapi bila cuti semester, kami kena selesaikan perkara berkaitan pembelajaran, pengurusan, etc etc....kadang kala cuti lagi sibuk, sebab kena attend kursus ini kursus itu, meeting ini meeting itu...1001 mcm kerja...

    ya...berdoa sahajalah semoga dipermudahkan Allah dalam segala urusan...

    ReplyDelete
  3. Selamat Ulangtahun Zubair... semoga dipelihara Allah sentiasa! Kudos untuk ibu nya, who's doing a good job!

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Jadi, buat anakanda Zubair. Semoga panjang umur, murah rezeki, bertambah iman, ceria selalu, dan menjadi anak yang soleh. AMIN.

    ReplyDelete
  5. salam kak azzah ...


    moga semua anak kak azzah membesar dengan sempurna ....

    kak azzah mmg ibu yang superb ...




    selamat hari jadi buat zubair ....



    psstttt
    kak azzah , chop untuk Nurin , buleh ???
    hi hihi

    ReplyDelete
  6. D, your little princess also celebrated her 8th bday on 21st May, one day after my "adek" Zubair...she seems so matured compared to her age..maybe bcoz of the exposure and different style of schooling overseas.. kudos to you too, who helps and guides her thru your good Islamic beliefs and not to forget, your strength in facing all the challenges in life... she now looks at you as her role model... so, my dear sister...keep up your good work..
    I'll pray for you and your wonderful four....

    ReplyDelete
  7. AbangLong, InsyaAllah. AMin.

    Abang Long apa khabar? sudah dapat menjawat sebarang pekerjaan?

    ReplyDelete
  8. pb...
    ALhamdulillah... kita berusaha sedaya upaya hendak menjadikan anak2 kita sbg orang yg berilmu, beriman dan berakhlak mulia... semoga semuanya menjadi kenyataan... setelah berusaha, jangan lupa berdoa kpd Allah SWT...

    hehehe.. nak cop? skrg ni anak2 dah pandai pilih sendiri...
    spt anak2 akak yg dah besar tu... ingatkan nak jodohkan dgn anak kawan2 baik , tapi mereka sudah ada pilihan masing-masing.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....