Wednesday, May 14, 2008

minggu paling sibuk

Sebenarnya bukan nya minggu ini sahaja sibuk, begitu juga minggu2 lain, tetapi minggu ini yg teramat sibuk...

disamping tugas dipejabat, tugas sbg isteri dan ibu tidak harus dilupakan. Sehinggakan hendak menulis entri berkenaan Hari Ibu pun tak sempat... tapi utk menghilangkan stress tadi sempat menjenguk blog Ummu Asiah. Berjumpa beliau pada hari Jumaat lepas di bangunan SUK, Shah Alam.

1 Mei lepas kita juga menyambut hari Pekerja. semasa membaca blog Ummu Asiah saya tertarik dgn satu kata2, kerja lain kita boleh minta berhenti atau cuti... tapi tugas sebagai seorang IBU.....

"Motherhood is a tough 24-hr job, 7-days a week and 365-days a year: No Pay, No day-off. Most often unappreciated. And yet RESIGNATION IS IMPOSSIBLE!"

(gambar dimuatturun dari internet)

2 Mei - satu bundle (ITC560) kertas peperiksaan yg masuk perlu ditanda
8 Mei- satu lagi bundle (CSC518) kertas peperiksaan
disamping itu setimbun report FYP (Final Year Project) yg perlu dibaca (utk pelajar SarjanaMuda dan Sarjana)
9 Mei - temujanji dengan rakan blogger Ummu Asiah, tapi sebenarnya ada urusan lain yg memerlukan jasa baik beliau. Terimakasih UmmuAsiah. (**saya juga tidak sempat menulis entri berkenaan itu. Boleh baca di sini)

12 Mei - Melawat dan menilai demo projek FYP (Sarjana Muda - final sem)
13 Mei - menilai pembentangan proposal FYP (Sarjana Muda)
14 Mei - menilai viva Master in Computer Science
15 Mei - menilai pembentangan Latihan Praktik pelajar diploma
- hari terakhir submit marks/grades (termasuk analisis etc)
- Grid Conference
16 Mei - menilai Pembentangan FYP
- Grid Conference
17 Mei - menghadiri kursus
- (Hana dah sound awal-awal lagi, hari ni dia dapat jemputan birthday party kawan dia, alamak bgmn nak bawa dia sedangkan saya InsyaAllah akan berada di KL pd masa ini..kena mintak tolong jasa baik abang Zaid lah...;-))
20 Mei - Validasi kemasukan markah
- Mesyuarat di UKM

9 comments:

  1. Salam Azzah...sibuknya yang amat...tiap2 hari ada temujanji atau sesuatu yang perlu dilakukan...penat akak baca..

    Eh Azzah...bila kita nak pi jumpa Ummi 365?

    ReplyDelete
  2. Patutlah lama tak update blog..sibuk, berderet tiap hari.
    Kak Azzah siap ke urusan hari tu..if dah lepas ni kita sama-sama do'a moga Allah makbulkan, kita dah berusaha..selbihnya kita berserah..tadi pagi dgr tazkirah abt salawat lg..salawat 100 kali insyaAllah Allah perkenankan hajat kita..sebahagian di dunia dan sebahagian lagi di reservekan di akhirat..ameen..

    ReplyDelete
  3. Duuuuuuuuusshh... pengsan saya baca schedule akak!! hehehe... sibuk tak pe, tapi jangan stress ya kak!

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah, begitulah tugas sebagai pendidik. SELAMAT HARI GURU. Eh ... selamat hari pensyarah tak ada ye ? hehehehe. Tabahkan hati, kuatkan semangat, teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  5. Salam Nurazzah, mak teh nak mengucapkan terima kasih. Semoga anda sentiasa di berkati Allah SWT. Kenapa tak datang ke rumah mak teh dan ambil hadiah yang dijanjikan? Thanks again.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Selamat Hari Guru !!

    Padatnya jadual....kalau I memang demamlah jawabnya, nasib baik kerja di rumah je , tak larat boleh baring dan tangguhkan keje :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Guru to u...
    Hmm..byk sungguh kerja u..tentu letih kan..nak buat kerja rumah lagi..

    ReplyDelete
  8. boleh nampak dateline yang menghambat!

    kalau tak sibuk, otak kita tak "kerja" kan?

    semoga urusan akak dipermudahkan Allah, kalau Allah permudah, yang banyak pun cepat habis, insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. salam semua bloggers yang meninggalkan jejak dan komen,
    maaf lah kerana hari ini baru berkesempatan nak menjenguk blog dan membalas komen2 dari rakan sekelian...(sebenarnya hari lain tu ada juga lah buka blog, tapi memang tak sempat meninggalkan sebarang maklumbalas atau komen...)

    hurm... dah berumur ni semput jugak jika dibuatnya kerja dan dateline marathon macam minggu lepas...tak bernafas rasanya...
    then ditambah lagi semalam pagi, sempena cuti Wesak ingatkan nak lepak2 kat rumah...tak mahu fikir apa-apa...tetapi jam 10 pagi mendapat panggilan dari ibu dikampung mengatakan salah seorang dari sepupuku telah meninggal dunia kerana sakit kanser usus... so, bincang-bincang dengan hubby lalu kami terus membuat keputusan untuk pulang ke kampung memberi penghormatan buat kali terakhir kepada arwah sepupuku itu.
    maka bertolaklah kami balik pd pukul 10:30 pg, sampai di kampung jam 2:30 ptg, sedang elok jenazah beliau hendak dibawa ke tanah perkuburan...Semoga ALlah mencucuri rahmat dan hidayah Nya ke atas roh sepupuku itu..
    selesai segala urusan kami bertolak balik ke Shah Alam selepas solat jamak dan qasar maghrib dan isya'.. sampai di Shah Alam jam 12 malam...
    .

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....