Thursday, September 27, 2007

Bonus

Bonus

Teringat beberapa hari lalu dalam akhbar, salah seorang pemimpin CEUPACS ada menyatakan (kpd pegawai kerajaan) "Jangan terlalu mengharapkan kerajaan akan memberi bonus pada tahun ini". Ini mungkin kerana kerana kerajaan baharu sahaja memberi kenaikan gaji bermula pada bulan Julai yang lalu. Wbgmn pun untuk memujuk hati ini jangan kecewa (begitu juga kpd semua pegawai kerajaan muslim yg lain), marilah kita merebut BONUS dari Allah swt yg akan tetap diberikan kepada kita setiap tahun tanpa perlu kita meminta-minta dariNya.

Apakah
Bonus dari Allah swt itu?

Salah satu BONUS terbesar ialah Lailatul Qadr (malam Al-Qadr). Ini sudah termaktub dalam surah Al-Qadr iaitu surah ke-97 dalamAl-Quran (terdapat 5 ayat dlm surah ini) (terjemahannya:)

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada malam Al-Qadr.

2. Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Al-Qadr itu?
3. Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu, para malaikat dan jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengtur segala urusan.
5. Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar!

MasyaAllah! SERIBU bulan!!! itu bersamaan dgn (lebih kurang) 83 tahun! dan kita pun tidak tahu samada kita boleh hidup hingga umur 83 tahun...ini jika dikira kita beribadah sejak kita umur setahun.... katalah tolak zaman kanak2 kita, zaman kejahilan kita, katalah kita mula "sedar" semasa berumur 20 tahun. bermakna kita kena tambah lagi 20 tahun... sehingga kita berumur 103 tahun.... baru nak sama dengan SATU malam Al-Qadr!!!
MasyaAllah...sungguh Pemurah Allah swt utk hambaNya.... namun terpulanglah kepada hambaNya utk merebut peluang mendapatkan BONUS dari Allah ini...

Saya sertakan sedikit petikan dari blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (bukan adik beradik saya ya...nama bapa saja sama...;-)

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Maksimakan Perolehan Bonus Ramadhan

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi)

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

7 comments:

  1. Salam Akak ....

    Sama samalah kita berebut apa yang dihadiahkan itu ...


    psstt....bagaimana dgn nasi kerabu itu???

    ReplyDelete
  2. pb, InsyaAllah...ni dah separuh bulan Ramadhan, tak lama lagi 10 malam terakhir, mudah2an kita tidak terleka dan terlalai...

    Nasi Kerabu...!!! Akak makan sorang jek.. orang lain tak biasa makan, apalagi anak2 tgk nak kena gaul dgn sayur(dedaun tu lah) lagi dia orang tak mahu..alahai...susah betul nak suruh makan sayur...mmg sahlah akak tak akan masak sendiri...buat penat aje... lain kali kalau nak makan akak pegi beli jek...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Memang terasa manisnya Ramadan. Maybe sebab syaitan dah diikat, terasa a lot easier nak beramal. Berdoa semoga keadaan ni berterusan sampai bila2. Kalau dapat bonus lagi best kan.

    By the way, saya kalau nak makan nasi kerabu pun, beli aje. Org lain tak makan.

    ReplyDelete
  4. Salam Akak ...

    nasi kerabu tu kalau tak campur dengan ulam ulam pun tak apa.

    Anak anak pB kalau makan, pun dia cuma gaul sambal ikan dengan nasi.

    ReplyDelete
  5. Wahai yang dihormati Puan Nurrazah. Yang PASTI, TIADA KERAJAAN didalam dunia yang boleh memberikan BONUS untuk 83 bulan. Sedangkan bonus untuk SEBULAN pun berkira. Sudahlah Allah mencipta kita, bila beribadah diberikannya lagi BONUS. Apa lagi yang kita mahu ? Hanya satu sahaja 'permintaan' dariNya - TUNDUK & PATUH kepada suruhan dan SYARI'AT-NYA.

    ReplyDelete
  6. hm betul gak.. bonus company baru bagi dua tiga bulan je, bonus Allah sampai seribu bulan :)

    ReplyDelete
  7. mamamia,
    mmg sah saya akan beli jek nasi kerabu jika lain kali nak makan, tak mahu buat sendiri sbb yg lain tak mahu makan...
    mmg best kalau dapat bonus...bagai menanti buah yg tak gugur.

    abang long,
    kalau lah kerajaan bagi bonus 3 bulan pun boleh senyum lebar, apalagi jika 83 tahun!!! sesuatu yg mustahil bagi kerajaan dunia, tapi tidak mustahil bagi kerajaan Allah

    banji,
    kalau kerajaan dunia bagi bonus seribu bulan, tak payah kerja lah nampaknya...hehehe...melainkan ada perjanjian seperti, jika dapat bonus 83 tahun, kena kerja seumur hidup!!!! wuahwuahwuahaa... sampai jadi nenek tua bangka pun kena kerja...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....