Tuesday, September 11, 2007

PROMED

PROMED2007 Apakah PROMED? Ia adalah singkatan kepada PROgramming and MultimEDia design competition, atau dalam bahasa ialah Pertandingan Pengaturcaraan dan Reka Cipta Multimedia.

Pada hari Sabtu(8 sept 2007) dan Ahad(9 Sept 2007) yg lalu, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif(FTMSK), UiTM telah menganjurkan PROMED2007 di peringkat kebangsaan. Secara khususnya penganjur utama adalah SIG Programming & Computer Sc Education , di bawah Pusat Pengajian Sains Komputer, FTMSK. (Anda boleh rujuk Website PROMED2007 di sini)
Tajaan utama adalah daripada kerajaan Negeri Selangor (SUK) .
35 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengaturcaraan dan 29 pasukan dalam Pertandingan Reka Cipta Multimedia. Pasukan2 ini mewakili IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia, di antaranya UM, USIM (Uni Sains Islam M'sia), Kolej Pulytech Mara, UNIMAS, Institut Profesional Baitulmal, Uni M'sia Pahang, Uni Darul Iman M'sia, Uni M'sia Sabah, IIUM, UTeM, MMU, INTEC UiTM, FTMSK UiTM Pahang, Perak, Terengganu, Perlis, Johor, Sarawak.

Hadiah yang ditawarkan ialah:
PERTAMA : Wang tunai RM1000 , trofi dan sijil
KEDUA : Wang tunai RM700 , trofi dan sijil
KETIGA : Wang tunai RM500 , trofi dan sijil
Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.

Acara telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada AJK PROMED 2007.

Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Pengaturcaraan:
JOHAN         :  International Education Centre (INTEC), UiTM Sek 17
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Perak
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Shah Alam
Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Reka Cipta Multimedia:
JOHAN         :  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Shah Alam
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Terengganu
Tahniah kepada semua pemenang.

Apakah tugas saya?

4 comments:

  1. Nurazza jadi AJK ke? Atau Pengerusi Majlis...?

    Salam Ramadhan buat Nurazza moga kita sama-sama dpt menjalani ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan...

    ReplyDelete
  2. kak lady,
    saya pun sama juga...semoga kita dapat merebut peluang memperbanyakkan lagi amal ibadat kita di bulan yg mulia ini..

    hehe...saya jadi Juri Pertandingan Pengaturcaraan la kak lady...

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Ramadhan.

    Senang ke susah jadi Juri Pertandingan Pengaturcaraan ni? Tak ada clue langsung...

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم

    Selamat berpuasa. Semoga sempurna hendaknya!

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....