Tuesday, August 14, 2007

Menanti Hari

Menanti Hari................

Hari nih 14 Ogos 2007, bermakna lagi 5 hari anak sulung ku yang sedang belajar di Jordan akan balik bercuti setelah 2 tahun berada di sana menuntut ilmu. Memang semua adik2 sedang menanti dan menunggu...masing2 rindu.. tapi buat2 macho...ewah...tak mahu menunjukkan kerinduan masing2. Umminya..?? tak rindu ke? Hurm...actually Ummi nya dah jumpa kak long masa pergi conference di Jordan pd bulan Mac yang lepas, so..dah terubat kerinduanku...cuma...Abi .... sejak kak long pergi Abi tak jumpa lagi kak long... semasa abi kerja di Pakistan, kata nak pergi visit kak long dari sana, tapi tak sempat jugak...sibuk kerja dan abi berada di sana tak lama, cuma setahun lebih sikit...

13hb Kak long habis final exam utk summer sem. ... tapi tak dapat balik awal sbb tiket tlh ditempah awal2 dulu...nak cepatkan tapi semua tiket dari 14 hingga 17 semua dah fully booked!! Hurm..ramai lah pulak student Msia kat sana nak balik cuti, dan ramai jugak (???) mak/Pak Arab nak keluar dari Jordan??? Oh ya...skrg kan summer di sana, cuti sekolah, jadi ramailah mak/pak Arab ni nak jalan2 ke Msia... kata kak long, kat TV Jordan pun ada promosi Visit Malaysia Year 2007 , sempena menyambut 50th Hari Kemerdekaan Malaysia.
okay... InsyaAllah ...kami semua di sini mendoakan agar Kak Long selamat dalam perjalanan pulang ke Msia dan kembali ke Jordan.

Welcome Home!!!!!!!!!!

7 comments:

  1. Seronok nak sambut anak pulang dari menuntut. Tapi rasanya lebih seronok bila mana nak sambut menantu atau nak sambut cucu ... hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Abang Long dah ada pengalaman ke sambut menantu atau cucu???

    ReplyDelete
  3. dua tahun disana? baru first time balik? wah mesti meriah sambutan nanti... :)

    ReplyDelete
  4. banji,
    ya, ini first time balik...kena stok seafood dlm peti ais bebanyak...kat sana seafood mahal, so anak akak tu dah mengidam nak makan seafood...dah siap suruh beli ketam, udang, sotong, ikan.dia dah jemu asyik makan ayam daging ayam daging ayam daging....

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Azzah ...

    tak nak ajak pB join sama ker makan makan seafood tu ...

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله
    Betul juga tu.... Seafood ni kalau makan ramai-ramai lagi sedap!

    ReplyDelete
  7. pb,
    eh..boleh ...apa salah nya..silakan... tapi pb kena bawa nasi kerabu pB....huhu

    prof mki,
    kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan... tapi sudikah prof dtg ke teratak buruk saya yg tak seberapa nih... hehehe...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....