Tuesday, August 7, 2007

Serang Mekah dan Madinah?

Syor Serang Mekah dan Madinah?

Apabila membaca tajuk di atas dalam akhbar harian semalam...fikiran ku terus melayang... teringatkan peristiwa Abrahah menyerang Kaabah... yang selalu di baca dalam Surah Al-Fiil semasa solat.

Saranan untuk menyerang Mekah dan Madinah dinyatakan oleh seorang calon parti Republikan Colorado, USA. iaitu TOM TANCREDO! Satu saranan gila oleh seorang calon yang gila kuasa.... Betapa malangnya nasib negeri Colorado jika beliau terpilih sbg seorang pemimpin... bangun lah, celiklah wahai penduduk Colorado, USA... jangan lah pilih orang berfikiran sebegini sebagai seorang pemimpin....

Mengikut logik fikiran beliau, utk membalas perbuatan segelintir yg dilabelkan sbg "terrorist" dan didapati bahawa terrorist itu adalah orang Islam, maka diBOLEH kan menyerang dan mengebom bandar suci orang Islam iaitu Mekah dan Madinah. (Agaknya dalam fikiran beliau SEMUA terrorist tu orang Islam) ... dan jika kita apply logik beliau, jika di dapati terrorist itu orang Kristian, so diBOLEHkan lah menyerang bandar suci Kristian iaitu Vatican City, dan jika didapati terrorist itu beragama Buddha, so pergilah serang bandar suci agama Buddha (apa ya bandar suci agama Buddha? saya pun tak tahu..) ...

Double standard betul !!!

Walaubagaimanapun, berbalik kpd peristiwa Abrahah dgn tentera bergajahnya, sebelum beliau menyerang Kaabah, Abdul Mutallib , iaitu datuk Nabi Muhammad SAW yg ketika itu menjaga rumah suci tersebut, telah pun pergi menemui Abrahah mengingatkannya bahawa Kaabah adalah di bawah pemeliharaan Allah SWT, namun dipandang sepi oleh Abrahah yg sombong dan angkuh itu. Maka selepas itu, Abdul Mutallib dan seluruh penduduk Mekah menyaksikan bagaimana tentera bergajah pimpinan Abrahah gagal meruntuhkan Kaabah sebaliknya mereka menemui ajal dengan mendapat penyiksaan yg sangat pedih dan hina dari Allah swt.

Wallahualam...

Apa nak jadi jika dunia dipenuhi oleh orang2 yg ber'otak' sebegini????

16 comments:

  1. Dengan kecanggihan senjata yang dimiliki Amerika mereka mampu kalau hendak menyerang Mekah dan Madinah. Tetapi selepas itu mereka pula yang akan menjadi sasaran oleh pejuang-pejuang Islam dari serata dunia.

    Kerana itu saya yakin Amerika tidak berani melakukannya.

    ReplyDelete
  2. Diaorang ni belum sedar2 ke?

    'MAKE PEACE NOT WAR"

    ReplyDelete
  3. Saya menyokong penuh pendapat dari Kekanda latiptalib. Amerika dan sekutunya, tidak akan berani untuk menyerang dua tanah HARAM itu. Memang selama inipun, TERRORIS dikaitkan dengan ISLAM. Jadi bagi saya, untuk mengukuhkan JATI DIRI sebagai seorang ISLAM. Adalah sesuatu yang perlu, dimana anak - anak kita didedahkan dengan KEPERWIRAAN pahlawan Islam. Maka galakkan mereka supaya membaca novel pahlawan Islam, seperti yang dikarang oleh Abdul Latip Talib.

    ReplyDelete
  4. ini bukan usul baru dah pernah disuarakan masa era Clinton dahulu. ada masanya saya sangat mengimpikan serangan seperti itu. sangat mahukan ia berlaku. sebab saya sangat berharap untuk melihat burung-burung Ababil menyerang dan juga melihat musuh Allah itu menjadi seperti daun-daun yang dimakan ulat. Pasti teknologi ketenteraan terpaksa dikaji semula. Pasti berbondong-bondong yang akan memeluk agama suci ini. Pasti seluruh umat manusia yang berakal akan mengakui kebenaran Al Quran itu. Sebab saya pasti mereka tidak akan berani.

    ReplyDelete
  5. Musuh2 Islam ni masih tak henti2 hendak menghancurkan umat Islam...tidak kah mereka sedar bahawa sekarang bumi mereka juga telah menerima berbagai malapetaka yang diturunkan Allah?...

    Bangsa mereka ni terlalu obses untuk menjadi 'polis' dunia sedangkan negara mereka masih lagi huru hara...

    ReplyDelete
  6. Mereka boleh kata apa sahaja demi kepentingan politik masing-masing, namun menyerang Mekah /Kaabah tidak akan menyelesaikan masalah terrorism kerana merekalah sebenarnya ketua kepada segala kemelut dunia masakini.

    ReplyDelete
  7. salam,
    tula kak, saya terbaca saranan ni dlm paper..ha, mmg saja cari mautlah tu..nama politician tu mmg dah blacklistedla among pencinta2 syahid.

    tak pe, Allah akan lindungi mekah n madinah..takkan Dia biarkan musuh2 Islam menyerang!!!

    ReplyDelete
  8. Pak Latip,
    ya, saya yakin dan pasti mereka TIDAK berani utk melakukannya. Jika benar mereka menyerang Mekah dan Madinah, MEMANG SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI AKAN BANGUN MENENTANG AMERIKA termasuklah rakyat Amerika sendiri yang beragama Islam.

    Mamamia,
    MEMANG MEREKA BELUM SEDAR KERANA MEREKA LAH YANG DIKATAKAN "BODOH SOMBONG" Bodoh tapi tak mahu mengaku tak tahu. Sebab mereka menganggap orang Amerika adalah manusia yg terpandai dan termaju di dunia ini, sebab tu tak mahu mengaku kebodohan sendiri.
    Memang ramai lagi manusia yg macam ni..sebenarnya alangkah baiknya jika pendakwah-pendakwah di Amerika dapat memberi penerangan atau menyampaikan tentang agama Islam yg sebenar secara halus kpd orang2 mcm Tancredo nih...

    Ambil contoh seorang warga Amerika yg terakhir selamat dari bangunan WTC yang hancur runtuh pd 9/11, iaitu William Rodriguez(betul ke?? I'm very bad in remembering names). Beliau ada datang ke Malaysia baru2 ini, setelah menyiasat secara mendalam, beliau dapati sebenarnya Amerika menyembunyikan fakta yg sebenar tentang keruntuhan WTC, orang Islam hanya menjadi scapegoat shj, sbg satu cara utk menghalalkan Amerika menyerang Iraq dan Afganistan... dan dia telah memeluk agama Islam kerana sepanjang beliau membuat kajian, beliau dapati agama Islam adalah satu agama yg sgt syumul, dan beliau masih mengekalkan nama asal beliau.

    ReplyDelete
  9. Abang Long,
    promo...promo... Novel Sejarah Islam...Syabas Datuk Latip, novel sejarah Islam dapat sambutan yg meluas...saya sebenarnya terkilan kerana tak dapat memberi bantuan kpd Datuk Latip.Beliau ada meminta kpd saya jika saya ada bahan bacaan atau apa2 saja maklumat tentang sahabah Mu'adz Bin Jabal. Haa...ini mesti tajuk novel Datuk Latip yg seterusnya... tentang Mu'adz Bin Jabal... anak saya yg nama Mu'adz mesti sangat teruja utk membacanya... sesiapa yg di luar sana ada bahan bacaan berkenaan Mu'adz Bin Jabal silalah beritahu Datuk Latip.

    ReplyDelete
  10. Babazahra,
    ya..saya setuju dengan saudara..tetapi masalahnya sekarang ...Orang Islam itu sendiri yg memberikan gambaran yg buruk berkenaan agama Islam, kerana mereka tidak berkelakuan seperti orang Islam yg sepatutnya. Jika semua orang Islam masih mengekalkan ciri2 sahabah Rasulullah saw, saya pasti orang bukan Islam pasti respect.
    tengok sahajalah disekeliling kita sekarang, siapa yg paling ramai berkelakuan mengalahkan orang bukan Islam sendiri? ...contohnya saya urut dada takut sakit jantung jika mengunjungi kebanyakan tempat di ibu kota... kadang kala bertanya sendiri, "Aku berada di Malaysia kah ini???"

    ReplyDelete
  11. kak lady,
    Mereka mmg tak sedar diri, sbb tu jadi macam tu! BODOH SOMBONG!!!
    saya ingat lagi 24 tahun dahulu (pada tahun 1983) ketika saya mula menjejakkan kaki di bumi Amerika. Pada zaman tu manalah ada internet nih... Orang2 Amerika ni ingat dunia ni ada negara dia orang jek, takde negara lain. Punya lah pelik tgk kita datang dari Asia nih.
    Dia orang tanya, "Where are you from?",
    Kita jawab lah,"I'm from Malaysia"

    Nak tahu apa lagi dia orang cakap?
    "Malaysia? Where is Malaysia?"

    I jawab, "in South East Asia"

    dia orang kata balik, "Asia??"

    Dalam hati I, "Bodoh bangang betul mat salleh nih... tak belajar geografi ke? Asia pun tak tahu"

    Bila I cakap, "u don't learn geography in high school, or about other coutries in the world?"

    Mat salleh tu kata, "Oh..I'm so proud of America, America's the best, no 1, no need to know about the rest of the world"

    Dalam hati I lagi, "Patut lah ko macam katak bawah Tempurung!!"

    hehehe..tapi ada jugak yg tahu tentang Malaysia, tapi fakta yg mengelirukan...

    Mat Salleh, "Oh..you are from Malaysia..I know... the country whose people live on trees!"

    Laa...mamat sorang ni tgk dokementari tentang orang asli yg duduk dalam hutan tu zaman dolu... dia ingat sampai sekarang orang Malaysia tinggal atas pokok...
    Dia orang ingat Amerika saja yg dah maju, negara lain semua mundur lagik...

    waktu tu punya lah penat nak menerangkan kat Americans ni kat mana Malaysia, (I siap bwk map nak tunjuk kat mana Malaysia kt classmates I)
    tapi ramai Americans akan tahu immediately bila I mentioned Singapore.
    "oh...I know where it is.."

    ialah sbb Singapore kan waktu tu terkenal kerana pelabuhan nya.

    ReplyDelete
  12. LUJ,
    mmg betul... pada I B*** tu lah bapak segala terrorist...

    ReplyDelete
  13. kak long,
    mmg I teringin sangat nak baca adalah ulamak islam atau pemimpin Arab Saudi yg bangun menentang kenyataan tersebut dan melabelkan si Tancredo ni sbg orang no 1 yg di cari mesti dibunuh. Macam apa pemimpin Iran buat kat Salman Rushdie semasa buku beliau "The Satanic Verses" keluar dulu...sampai takut mamat tu nak pergi mana2, mmg dia patut kena hukum bunuh saja, tapi geram sungguh tgk baru2 nih dpt pulak dia anugerah KNIGHT dari Britain.... hish tgk gambar muka dia, mmg dia sendiri macam Setan!
    Arab Saudi pulak... mmg dah bawak telunjuk Amerika... dah org Amerika buat kenyataan mcm tu pun tak berani nak bangun menentang, maklum lah mereka kan sekutu Amerika... padahal minyak di tangan dia orang...apa takut, ugut saja Amerika tu dgn minyak.. cuba Arab berhenti supply minyak just utk satu bulan , satu minggu hatta satu hari pun, memang jamin negara Amerika akan menghadapi krisis minyak ...

    ReplyDelete
  14. tulah..and some of us pun memuja muja si kulit putih ni. Tak percaya, naiklah MAS. Boleh tengok macamana pelayan pelayan kat atas plane tu tergedik gedik nak bodek passenger mat salleh. HIDUP AIR ASIAAAA !!!!!!

    ReplyDelete
  15. adiejin,
    sejak bila pulak u jadi pramugara Air Asia? Tak pernah pun bertembung dgn u bila naik Air Asia...? Atau u ada share tolong promo ...??? hehehe...
    mcmn u tau pramugari Air Asia tak "gedik-gedik nak bodek passenger mat salleg"????...

    ReplyDelete
  16. Aku yakin US tak berani nak bomb mekah dan madinah. Sebab mekah dan madinah dibawah lindungan Allah.

    Kalau dia pegi serang, kebenaran islam akan terbit dari serangan itu dan ramai manusia di bumi ini akan yakin dengan sebenar2nya akan ajaran islam dan memeluk islam. Insyaallah..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....