Wednesday, January 19, 2011

MADU

Dalam usaha untuk memulihkan kembali ingatan Zubair, saya memberikan minum madu asli setiap pagi dan malam sebelum tidur. Madu ini telah terlebih dahulu dibacakan doa-doa oleh Ustaz Ahmad Dasuki, seorang ustaz yang terkenal..Beliau banyak memberikan kuliah2 agama disekitar Lembah Klang...di Shah Alam sahaja, setiap pagi Khamis, dan di Surau At-Taqwa di kawasan perumahan saya setiap pagi Rabu. 
(Namun begitu jangan salah sangka, bukan lah ustaz itu yang menyembuhkan penyakit, kita hanya berikhtiar dan berusaha, melalui ustaz yang berilmu,  tetapi YANG MENYEMBUHKAN SEGALANYA hanyalah ALLAH SWT YANG MAHA ESA..)

Alhamdulillah, nampaknya ingatan Zubair sedikit demi sedikit kembali ...dia sudah mula mengingati nama kawan2 dan cikgu2 di sekolah...

Khasiat Madu sudah termaktub sejak dahulu lagi. Malah Hadis Rasulullah SAW juga mengesyorkan agar kita mengambil madu sebagai ubat...

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1665.
Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasul menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.


Diantara khasiat madu ke atas bayi/kanak-kanak:


a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

(sumber: di sini)

Sunday, January 16, 2011

Pertemuan Bloggers 2010

2010 telah meninggalkan kita 2 minggu lepas...banyak kenangan pahit dan manis yang telah kita lalui sepanjang tahun tersebut, samada kita kehendaki atau tidak, itulah yang telah tertulis dan ditakdirkan untuk kita..
2010 juga telah menemukan saya dengan ramai bloggers, samada yang pernah saya jumpa sebelum ini, atau buat pertama kali..


Blogger PML(Pinggan Mangkuk Lama) collector/seller - Bro Shariffudin, BP

Zendy Zee dan Kak Ezzah,
(sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak Kak Ezzah)

Aeez, anak Kak Anie@Kak Lady dan Hana'


Pak Latip Talib, penulis prolifik tanahair,
menulis novel-novel sejarah Islam yang telah terjual laris...
(sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Latip)

Prof. Kamil Ibrahim, seorang ahli akademik dan penulis Travelog Haji, Travelog Dakwah,
juga sudah terjual laris ...
bersama isteri beliau, Puan Roza, yang juga telah menulis sebuah travelog iaitu Travelog Cinta...

bersama babazahra'(kini bekerja di Libya) dan isteri, Puan Muezah

Menziarahi orang sakit

Petang tadi kami ke KPJ Seremban untuk menziarahi kakak ku yang sakit, Alhamdulillah walau bagaimana sibukpun saya dan keluarga,  dapat juga kami meluangkan masa untuk menziarahi beliau. 
Semoga beliau cepat sembuh...

Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-

Maksudnya:
 
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: 
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 
Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara:
Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....