Tuesday, October 4, 2011

Janji

"Manusia di pegang pada janji nya " 
itulah yang sepatutnya.... apabila sudah berjanji, maka wajib kita penuhi...
 24hb Oktober 2011, awal pagi seawal jam 4 pagi saya sudah bangun ... masukkan baju kotor ke dalam mesin, kemas rumah, dan mula memasak usai solat subuh dan mengaji Al-Quran.  sedikit persiapan sudah dibuat sehari sebelum... kena start awal memasak kerana bibik sudah tiada, maka semua kerja perlu dilakukan sendiri.  Jam 7:30 pg hendak pergi pasar lagi, membeli sedikit barangan yang diperlukan untuk memasak.
Menu utama, mee bandung... kuah nya lupa pulak nak ambil gambar..
.ada dalam periuk serba-guna yg sentiasa panas...
Ada disediakan buah anggur sebagai pembuka selera...

juga kuih seri muka dan perisa keladi..yg warna coklat dan kuning perisa durian..



Puding roti caramel...


puding berkuah...

dihidang dalam pinggan mangkuk antik.. sangat nostalgia....
namun sangat-sangat sedih dan kecewa... orang yang berjanji hendak datang sehingga malam ditunggu-tunggu tidak tiba... saya tidak marah kalau dia sekeluarga tidak dapat datang jika ada hal yg lebih penting dan tidak terduga, tetapi please lah..sesibuk mana pun kamu ... at least takkan tak boleh ambil at least 1 minit nak hantar sms ke, atau call sekejap ..cakap tak dapat datang? kesiannnn tuan rumah ni sudah bersusah payah
Alhamdulillah sebelah tghr dan petang aku sudah awal2 menjemput ibu, kakak dan keluarganya datang ke rumah.. tolong menghabiskan segala apa yang saya sudah masak...

Walaupun saya cuba bersangka baik..nemun saya juga manusia... hati saya sangat sedih diperlakukan sebegini... kerana saya sudah bersusah payah sejak semalam seharian...
Just a call or sms will make my day!

but nothing...

3 comments:

  1. bersabarlah yer...tpi mmmg org tu x patut buat begitu pd awak...cuma kita redha jer la...mana tau dia ada kecemasan yg mmg x dpt dielakkan...

    ReplyDelete
  2. wah,,, sedap nya Azzah, kecur air liur ni...Redhakan..walau sedikit terguris, akan ada yang lain yg lebih baik..Kita tidak tau apa yang Allah mahu lindungi dari kejadian ini...take care ya..

    ReplyDelete
  3. sedapnye!!!rugi btl org yg xdtg tu...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....