Saturday, October 22, 2011

Phd

1989 setelah tamat pengajian Master of Science dari sebuah universiti di USA, kami pulang ke tanahair..
Waktu itu TIDAK pernah terlintas langsung dalam fikiranku bahawa suatu hari  nanti aku akan bergelar seorang Dr. Bukan doktor perubatan, tetapi doktor falsafah, atau lebih dikenali sebagai Phd ..apa yang terkeluar dari mulut ku ketika itu, aku beritahu rakan2 satu batch, this is it.. enough studying!!! FULLSTOP!!  Saya TIDAK akan belajar lagi..saya mahu balik ke Malaysia dan terus bekerja...

namun SIAPA lah kita hendak menentukan takdir diri kita,?? Sebagai seorang hamba Allah yang percaya kepada qada dan qadar dan hanya Allah SWT yang Mengetahui apa yang sudah tertulis untuk diri kita di masa hadapan...
Ditakdir setalah puas mencari kerja, akhirnya aku memilih kerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, itu menjadi seorang pensyarah di salah sebuah unicersiti tempatan. Tahun demi tahun mengharungi kehidupan mencurahkan ilmu demi agama dan bangsa.. mendidik anak-anak agar terus mencari ilmu tanpa penat lelah...sentiasa bergelumang dengan buku, samada buku secara fizikal atau e-book...


Akhirnya dengan izin Allah jua...hatiku kembali terbuka untuk menyambung pelajaran di peringkat Phd.  Ia satu keputusan yang sangat sukar, walaupun tuntutan universiti memerlukan pensyarahnya sentiasa menaik-taraf diri sendiri...kerana waktu itu anak-anak sudah berjumlah 8 orang dan semuanya masih dalam peringkat umur yang sedang membesar dan memerlukan perhatian ku sebagai seorang ibu... pelbagai soalan bermain difikiran... dapatkah aku menumpukan perhatian kepada pelajaran? pada masa yang sama perlu juga memberi perhatian kpd anak2 ...dan suami juga?  Beberapa kali melakukan solat Istikharah... dan perbincangan demi perbincangan dengan suami di lakukan... maklum lah jika sudah mula belajar, maka besar kemungkinan ada kalanya perhatian ku kepada rumahtangga akan berkurangan..dan suami perlu pengorbanan besar ...
IA SUATU KEPUTUSAN YANG SUKAR..NAMUN AKHIRNYA  DENGAN TAKDIR ALLAH SWT, perjalanan Phd ku pun bermula..

Ia suatu perjalanan yang panjang...SANGATTT PANJANG! Saya tidak menjangkakannya begitu. Perancangan awal, pengajian ku mesti habis dalam linkungan 3-4 tahun sahaja, seperti lazimnya. Namun perancangan Allah lebih lagi...melepasi tahun 4, saya masih tidak dapat menghabiskan pengajian ku.. tamat tempoh cuti belajar, saya harus kembali bekerja. Lalu perjalanan semakin sukar, kerana pada masa yang sama, harus bekerja, menjaga rumahtangga, anak-anak ...
Emosi ku seperti roller-coaster....kadang-kala naik dan kadang-kala turun ... perjalanan semakin sukar...
2006 - suami mendapat tawaran bekerja di luar negara....ia satu peluang yang ditunggu-tunggu oleh suami...ia kemuncak kerjayanya sebagai seorang jurutera... kami berbincang lagi, namun dapat kulihat suami begitu teruja dan gembira dengan tawaran tersebut..ia tidak datang selalu, akhirnya...aku merelakan dia pergi ..walaupun di dalam hati begitu berat sekali...hendak ikut sekali tidak mungkin. Pengajian ku belum habis, anak2 ramai yang masih bersekolah dari peringkat tadika hinggalah ke peringkat universiti...2 tahun lamanya aku menghadapi kehidupan seorang diri di Malaysia ... suami hanya balik sekali dalam masa 4 bulan....jadi...pengajianku memang sukar sekali ... dengan tugas bekerja lagi..sememangnya pada masa itu dapat dikatakan sangat sedikit progres ..emosiku selalu berubah-rubah...malah boleh dikatakan berada pada tahap yang palinggg rendah! Waktu ini aku sudah rasa seperti sudah putus asa hendak meneruskan pengajian ku...malah sudah bagi hint kepada supervisor ku...mungkin aku tidak mahu lagi meneruskan pengajian ku... tetapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Mengetahui...DIA telah memberikan kepadaku seorang supervisor yang sangat baik hati tetapi tegas dan konsisten... beliau katakan tak perlu putus asa, teruskan walaupun berdikit-dikit...
Selepas 2 tahun suami ku pulang ke Malaysia dan kembali bertugas di sini.. Syukur Alhamdulillah...lalu  dengan Izin Allah jua semangatku kembali pulih dan naik semula untuk meneruskan pengajian ku...
dan Alhamdulillah ..SYUKUR ....
Semalam 20hb oktober 2011 ..di upacara konvokesyen ke-75 di UiTM, Shah Alam...aku dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Falsafah Sains Komputer...
Syukur Alhamdulillah...
Ibuku, Hana anak bungsuku dan suami ...anak ke-2, Zaid sedang mengambil gambar ini..

Hanya 2 orang dari 8 orang anak ku yang dapat hadir sewaktu konvo... Zaid anak ke-2 dan Hana anak bungsu..bersama-sama ibu dan suami tersayang...yang lain masing-masing sedang berada di universiti dan sekolah asrama.
Namun Kak Long Asma', anak sulung ku tidak lupa mengirimkan bunga walaupun beliau berada beribu-ribu batu jauh nya di negara orang...

Bunga dan kad ucapan dari Kak Long...

Sangat terharu!

16 comments:

  1. Tahniah Azzah!!!! Biar perjalanan panjang, asal sampai ke tempat yang dituju.....

    Sevendrops

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH Wahai Dr. Azzah. Jasa dan pengorbananmu tidak terhitung disisi Allah. 20 hb Oktober hari bersejarah.

    21 hb Oktober adalah hari kelahiranku ...


    Semoga anak anakmu mengikuti jejak langkahmu wahai Dr. Azzah ! AMIN.

    ReplyDelete
  3. tahniah, tahniah, tahniah .. saya tahu memang sangat sukar untuk belajar dalam keadaa sudah berumah tangga dan suami pulak tidak bersama.
    tidak ada yang mustahil, kalau kita mahu.

    saya memang pernah tidur di Mill Street Apt di Athen pada tahun 82 atau 83 - tak berapa ingat lagi - di rumah Hamzah Ghazali (sekarang Dato') yg pada masa itu buat Master kat sana.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak Azzah.. Muge semangat kak Azzah menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk sume (termasuk saya..)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Kak Azzah! You're really an inspiration to all especially mothers who are pursuing their PhD!I'm in the PhD journey myself...trying really hard to focus on study while balancing life a mother and a wife!

    ReplyDelete
  6. Sevendrops,

    terimakasih di atas ucapan Tahniah..ya...Alhamdulillah..biar perjalanan panjang asalkan sampai ke arah tujuan ...Syukur ...

    ReplyDelete
  7. Abang Long, terimakasih..maaf kan akak kerana terlupa mengenai harijadimu...tiada kata2 ucapan dsb..namun Abg Long sekeluarga masih tetap dekat di hati...

    Semoga Allah melapangkan rezekimu dan keluarga ...Amin

    ReplyDelete
  8. Salam Al-Lavendari ..terimakasih kerana meninggalkan jejak di sini...sangat-sangat menghargainya... saya masih belum belajar di Athens pada tahun '82 & '83 .. masa tu saya baru sampai ke Tiffin, north Columbus ... saya pindah ke Athens pada tahun 1987 ...

    Owh...MILL St Apt tu memang kawasan perumahan pelajar2 yang sudah berkeluarga dan bekerja... itu pada kami kawasan 'pelajar yg banyak duit'! hehehe... kami ni hidup semata2 atas duit biasiswa sahaja...duduk apt pun kongsi2...sebab nak jimat duit ...kawasan perumahan saya lebih dekat dengan kampus...

    ReplyDelete
  9. Penjejak Mimpi,
    terimakasih di atas ucapan tersebut...so, you pun nak sambung belajar jugak kah?

    ReplyDelete
  10. Anon..siapakah anda? ...owh..jadi anda juga sedang melanjutkan pelajaran ya? Tahniah dan Good Luck in your journey...Insyaallah ...Pray Hard ..smeoga Allah memBerkati dan MeRahmati serta meMudahkan semuanya dalam kehidupan anda...Amin

    ReplyDelete
  11. Salam K.Azzah,

    You are also an inspiration to me too. Doing my Masters part time, juggling between work and family. Congratulations!

    Adik

    ReplyDelete
  12. Tahniah, anak beranak pandai pandai belaka :)

    ReplyDelete
  13. EmpayarUtama,

    Terimakasih...Alhamdulillah..semua pujian ke atas Allah jua...

    ReplyDelete
  14. tunz,

    terimakasih ...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. salam DR Nurazzah,

    satu pencapaian yg hebat..dalam kemelut hidup srikandi ini berjaya menongkah arus mengejar dirgahaya kejayaan... anak2 bertuah mmliki seorang ibu yang hebat!!

    tahniah!! tahniah ! tahniah... serumpun ucapan engganti bunga ..:)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....