Tuesday, April 5, 2011

Bibik

Akhirnya, bibik saya yang telah bekerja lebih dari 10 tahun telah berhenti dan pulang ke Indon.... 
Telah mengambil keputusan tidak akan mengambil bibik baru ..anak2 ramai yang sudah besar..hanya tinggal anak ke-7 dan anak ke-8 yg masih bersekolah ..namun mengharapkan abang2 yang ada di rumah menjaga mereka...
Alhamdulillah..ini lah bibik saya yang paling lama bekerja bersama saya... sejak tahun 2000 ...Pada mulanya beliau hanya bekerja setahun dengan saya..selepas itu mengambil keputusan pulang ke Indonesia, kerana hendak menjaga kedai runcit yang diberikan kepada beliau apabila ibu saudaranya meninggal dunia. Tetapi setahun kemudian beliau datang lagi...dan akhirnya sehingga lah semalam..hari terakhir ...
sebelum saya mengandungkan Hana' anak bongsu saya...sehinggan lah Hana' kini sudah darjah 3...lamaaaaa sungguh ...
Dari tidak pandai masak, hingga sudah pandai ...setiap kali pulang ke kampung atau apabila ibu saya bertandang ke rumah, beliau tidak segan untuk belajar memasak dan mengambil  tips-tips masakan dari ibu...
Yang paling saya sekeluarga suka adalah kerana beliau amat menjaga agamanya, sentiasa menjaga solat dan mengaji. Setiap kali bulan Ramadhan tidak lupa bersolat Terawikh di surau berdekatan rumah setiap malam... Jika kami khatam Al-Quran sekeluarga...beliau pula khatam Al-Quran dengan membaca bersendirian! dan paling saya suka adalah kerana beliau menjaga aurat beliau terutama setiap kali ada suami dan anak2 bujang ku di rumah...sentiasa memakai tudung menjaga aurat walaupun di dalam rumah...

yang pasti...kami sekeluarga  pasti akan merindui bibik ......MUSTA'ANAH ...

4 comments:

  1. yang baik tetap dikenang kan..

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang pun bergantung kita sebagai tuan rumah juga kerana kalau yg mudah dengar kata ia akan patuh....

    Tinggal kenangan lah....

    ReplyDelete
  3. Syukur, alhamdulillah dpt Bibik yg baik.

    ReplyDelete
  4. salam. bukan senang nak dpt bibik yg baik. Tp klu dh dpt tu keje smpai bila2 pn tak apa..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....