Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Setahun sudah berlalu, Ramadhan muncul kembali. Alhamdulillah semoga segala amalan kita di tahun sudah diterima Allah SWT, di Ramadhan kali ini, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk merebut segala peluang yang ada yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk menambah amalan kita pada tahun baru ini pula....
Oleh itu, saya mulai dengan memohon ampun maaf di atas segala keterlanjuran kata dalam penulisan saya di blog ini, jika ada yang tersinggung atau terkecil hati harap kiranya dapat dimaafkan dari hujung kaki hingga hujung rambut..
Jika semasa kecil kita sangat menanti kedatangan Ramadhan kerana selepas selesai berpuasa sebulan Ramadhan, kita akan menyambut Hari Raya...memang itu yang dinantikan oleh kanak-kanak ... kedatangan Hari Raya, dapat berjalan ke rumah sanak-saudara disamping dapat mengumpul duit raya sebanyak mungkin...tetapi apabila umur semakin meningkat dan dalam penantian meniti usia ke destinasi yang kekal abadi, keutamaan kita bukan lagi menghias rumah, bukan lagi membelek samada hendak menukar langsir baru atau kusyen baru, bukan lagi mengira berapa banyak baju baru yang hendak dibeli sempena menyambut Hari Raya, bukan lagi mengira berapa jenis kuih raya yang akan kita hidangkan di atas meja kelak,
tetapi keutamaan sekarang ialah berapa banyak amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini, samada kita bersolat terawikh setiap malam disamping amalan fardhu, samada kita dapat menghabiskan membaca Al-Quran dan bertadarus bersama-sama keluarga tersayang dan juga rakan-rakan dipejabat...berapa banyak kita dapat menderma dan bersedeqah sepanjang bulan Ramadhan ini.....samada kita dapat mengejar dan beramal sebanyak mungkin di malam Lailatul Qadr ..dan sepatutnya semakin Ramadhan menghampiri ke penghujungnya, kita menjadi semakin sayu dan sedih ....


3 comments:

  1. Azzah...betul tu ...sekarang dah tak kesah lagi ttg nak tukar langsir...nak buat kuih banyak2...tapi ingin menambah ibadah dan amalan yang ada...kerana tiap tahun kita semakin dekat menghampiri kematian...dan kita tidak tau samada kita berpeluang untuk menyambutnya tahun hadapan

    ReplyDelete
  2. Salam Nurazzah,
    Tepat sekali apa yang di tulis..
    Sama sama kita cari redha Allah di Ramadhan Almubarak ini

    ReplyDelete
  3. Salam Azzah,

    Betulllll... tak berbaju raya pun sudah tidak menjadi satu kesedihan... rupa-rupanya kita dulu dan kita sekarang, ada juga bezanya! Alhamdullillah..

    SevenDrops

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....