Sunday, July 18, 2010

Semoga Allah Permudahkan

Hari Jumaat  handphone ku berbunyi...menandakan masuknya satu mesej... tanpa berlengah terus ku menekan punat-punat di handphone untuk membaca mesej tersebut.

"Kak, ada terima berita tak? Khabarnya sahabat kita, Dalilah (di kalangan bloggers lebih dikenali sebagai Raden Galoh) sedang tenat, ada di kpg bonda beliau di Banting."

Kali terakhir aku membaca blog beliau ONE BREAST BOUNCING yang diupdate sebelum beliau pergi menunaikan umrah kira-kira sebulan yang lalu. Airmataku meleleh sewaktu membacanya, seolah-olah aku turut sama merasai penderitaan beliau mengharungi dan melawan penyakit itu...namun aku tahu, bak kata pepatah, "berat bahu melihat(atau mendengar) , berat lagi bahu yang memikulnya"..

Terus terpaku merenung skrin handphone...mulutku terkumat kamit ... membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa, semoga Allah permudahkan bagi beliau mengharungi saat-saat ini. Samada hayat beliau masih panjang, atau Allah lebih sayang, sesiapa yang mengenali beliau, Dalilah Tamrin aka Raden Galoh, marilah kita sama-sama berdoa untuk beliau.
Raden Galoh berdiri no 3 dari sebelah kiri (barisan tengah)

Masih terbayang di mataku, lebih setahun yang lalu, sewaktu kami buat pertama kali bertemu di alam nyata semasa majlis gathering "makcik bloggers"... kami duduk bersebelahan..bertegur sapa, berkenalan. Semasa bersalaman, beliau berkata, "Akhirnya dapat bertemu jua, inilah dia nurazzah8 yang Pp beritahu tu" ... Beliau sungguh ceria sekali, tidak disangka disebalik keceriaan itu, beliau mengidap penyakit no 1 yang paling ditakuti oleh seluruh kaum Hawa.
Di majlis itu juga, kami dapat membeli buku beliau yang akan dilancar semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 pada minggu hadapannya. Buku Raden Galoh yang bertajuk ..."Kanser Payudaraku "
Ya Allah Ya Tuhanku, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Engkau ampunkanlah dosa-dosa beliau dan kurangkan kesakitan yang ditanggung oleh beliau, Engkau Permudahkan segalanya sehingga ke akhirnya...Amin.

7 comments:

  1. Salam Azzah...sedih membaca entry ini...akak tak tau nak cakap macamaner...semoga segalanya dipermudahkan dan dikurangkan kesakitan yang ditanggungnya...Ameen

    ReplyDelete
  2. Dia sudah pergi ..........

    ReplyDelete
  3. Salam Nurazzah8,

    Al Fatihah untuk Dalillah Tamrin, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yg beriman

    ReplyDelete
  4. salam pn Azzah...

    salam takziah buat keluarganya... semoga arwah ditempatkan bersama2 org2 yg beriman..
    alfaatihah .... ameen

    ReplyDelete
  5. as salam, saya melakukan blog walking, membaca entri teman2 yg.menyayangi kak dalilah dan mengenali arwah semasa hidupnya. Saya hanya berkesempatan mengenali arwah beberapa bulan melalui blog dan FB.

    Semoga Allah mengasihaninya di sana sebagaimana kita mengasihaninya di bumi Allah ini.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....