Saturday, July 19, 2008

Happy 16th Birthday to Anas

Happy 16th Birthday to Anas



Myspace Happy Birthday Comments


Semalam 18hb Julai 2008 ialah birthday Anas yang ke-16. (anak ke-4)

Ummi ucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga Anas menjadi anak yang soleh dan mewarisi ciri-ciri sahabah Rasulullah SAW, Anas Bin Malik ...

Sempena nama sahabah Anas Bin Malik r.a. Anas Bin Malik adalah seorang sahabah yang sentiasa mengabdikan diri kpd Allah SWT dan yang berikrar akan sentiasa patuh dan taat kpd Rasulullah saw. Di serahkan pada umur 10 tahun untuk menjadi pembantu Rasulullah saw oleh ibunya Ummu Sulaim. Ketika menyerahkan Anas kpd Rasulullah saw, ibunya berkata, " Wahai Rasulullah, Aku serahkan Anas anakku sebagai pembantu mu, mohonlah keredhaan Allah baginya".
Rasulullah saw pun mencium di antara keningnya dan memohon agar Allah merestui dan meredhai Anas Bin Malik . Baginda berkata,"Ya Allah, kurniakanlah kpd dia rezeki dan anak yang banyak. Redhailah hidupnya dan semoga dia akan masuk syurga".
Dengan ini Anas Bin Malik hidup sehingga umurnya 99 tahun (ada byk pendapat, namun semuanya melebihi 90tahun) dan mempunyai kekayaan yang melimpah (ada yang meriwayatkan beliau mempunyai kebun yang mengeluarkan buah2an 2 kali setahun) dan anak yang ramai (ada yg mengatakan 80 orang, 78 lelaki dan 2 perempuan).
Selain daripada itu beliau juga banyak meriwayatkan hadis daripada nabi saw.


Bermaksud
kemesraan/cinta/kasih, kami berharap agar Anas akan sentiasa menjadi anak yang mencetuskan kemesraan dan kasih-sayang dalam keluarga kami.
Juga peminat no. 1 bolasepak...penyokong setia Chelsea...!!

6 comments:

  1. Selamat Hari Jadi buat anakanda Anas.

    Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sentiasa, bertambah iman dan ceria selalu serta taat kepada Allah, Rasul dan kedua ibu bapa.

    AMIN, AMIN, AMIN.

    # Penyokong fanatik pasukan Perak.

    ReplyDelete
  2. abang long,
    terimakasih bagi pihak Anas...

    InsyaAllah mmg kita semua mahukan anak-amak kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Oleh itu kita sbg ibu-bapa mestilah sentiasa mendoakan utk anak2 kita

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir buat anas..semoga akan jd anak yg soleh ya!jgn buat ummi menangis ye sayang!

    ReplyDelete
  4. mama ranggie,
    lamaaaaaaaaaaa nya tak meninggalkan jejak di sini....

    sibuk dengan anak2 yg semakin membesar, ye tak?

    InsyaAllah, saya dah bagi nasihat kpd Anas....

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir Anas. Muga menjadi anak yang soleh. Anas sekolah mana ya?

    ReplyDelete
  6. Salam Azzah! Lama tak berkunjung kesini. Azzah apakhabar? Mak teh harap azzah sihat sahaja.

    Alhamdulillah! Tentunya anda amat bersyukurlah mendapat anak-anak yang sempurna dan soleh-soleh!

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....