Sunday, July 27, 2008

do'a


"Ya Allah, Aku pohon kepada Mu keampunan dan keselamatan dalam urusan agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, lindungilah daku dari segala yang memalukanku dan tenteramkanlah diriku daripada rasa takut. "

"Ya Allah, peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada ancaman yang datang dari arah bawahku."

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keras hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Aku juga berlindung dengan-Mu daripada kekufuran, kefasiqan, perpecahan, cinta kepada kemasyuran dan riya'. Aku juga berlindung dengan Mu daripada tuli, bisu, penyakit kusta dan segala penyakit yang buruk"

Selawat dan salam ke atas Junjungan yang Mulia, Nabi Muhammad saw dan ke atas seluruh keluarga dan para sahabat baginda.

Amin.

2 comments:

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....