Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Monday, September 7, 2015

Kematian

Bangun pagi ini dikejutkan dengan bunyi wassup .. dalam hati tertanya-tanya siapakah yang menghantar wassup pepagi hari ... 
namun terbaca "Innalillahi wainnailaihiraajiuunnn."
Ya Allah! Siapakah yang telah dipangggil pulang mengadap Ilahi? Siapakah yang yang telah meninggal dunia? 
Apabila terbaca sahaja wassup tersebut.. airmata ku mengalir laju... tanpa dibuat-buat ...bagai empangan pecah memuntahkan segala takungan air di dalamnya ...
sahabat baik ku Nadzrah Yunos ... telah kembali ke Rahmatullah ... beliau sudah beberapa lama disahkan mengidap kanser payudara, dan telah beberapa kali ke negara China membuat rawatan susulan .. namun masa beliau sudah tiba ... 
sesungguhnya bersemadilah dengan tenang wahai sahabat ku ...
tatkala kami meziarahi jenazah di Mesjid Al-Huda Seksyen 19, Shah Alam tengahari tadi... 
begitu tenang wajah mu sahabatku ..senyuman terukir di bibir mu ..
tenang sekali dikau pergi mengadap PeciptaMu
Bertuah sungguh sahabatku
dan detik itu aku terbayang bagaimana pula waktu ku nanti ..

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya lah kita kembali ..

Semoga rohmu ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang solehah dan beriman ...
Ameen

Tuesday, November 6, 2012

Kelahiran & kematian

Assalamu'alaikum wrt wbt semua pengunjung dan pembaca blog ini...
Hari ini tatkala membuka dan membaca emel di tempat kerja, 2 emel menarik perhatian ku.
Satu emel memaklumkan mengenai pemergian bapa mertua salah seorang Timbalan Dekan di fakulti (innalillahi wainnailaihiraajiuun), manakala emel berikutnya pula memaklumkan berita  kelahiran seorang bayi lelaki kepada salah seorang pensyarah di fakulti ini.

 Setelah beberapa ketika, barulah ku sedar akan hakikat nya...kelahiran dan kematian ...adalah fitrah dari Allah , ia adalah ketentuan dari Allah SWT

Kelahiran,
Satu fasa bermulanya kehidupan,
Kematian,
Satu kepastian bagi yang bernyawa,
Setiap kelahiran,
Akan berakhir dengan kematian,
Namun setiap kematian,
Belum tentu bermula dengan kelahiran.

Andai kematian berlaku sebelum kelahiran
Kesedihan dan kekecewaan akan berlaku
Pada insan yang mendambakan dunia
Tetapi tidak pada insan yang beriman
Kerana mereka tahu,
Syafaat Allah menanti di pintu syurga,
Yang lebih membahagiakan dan mendamaikan jiwa,
Penjamin saat seksaan berlaku di neraka.
(petikan: Iman Mawaddah di sini
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kita perhatikan hakikat kelahiran dan kematian, kita akan temui jawapannya dalam syariat ajaran agama islam itu sendiri.
1) Semasa kelahiran, azan akan dikumandangkan ke telinga bayi yang baharu lahir, sedangkan di saat kematian, jasad disolatkan tanpa azan.
2) Semasa kelahiran, bayi akan dibersihkan tubuhnya, begitu juga semasa kematian, jasad si mati akan di mandikan dan dibersihkan ..
3) Semasa kelahiran, bayi itu dilahirkan dari tempat yang sempit dan gelap, iaitu dalam rahim ibunya...dan apabila berlaku kematian, jasad manusia akan di masukkan ke tempat yang sempit dan gelap juga ..
4) Allah SWT menciptakan manusia itu asalnya dari tanah, dan manusia kan dikembalikan kepada tanah juga selepas kematian..
 

Wednesday, January 26, 2011

Innalillahi wainna ilaihi raji'un

Al-Fatihah .........
buat Allahyarham Mu'allim (cikgu)  Khairul Anwar,  
mantan mudir (gurubesar) di Sekolah Rendah Islam Hira' Klang.. 
yang telah pulang ke Rahmatullah semalam di PPUM, dan sekarang telah selamat dikebumikan di Rantau Panjang, Klang. 

Beliau adalah seorang guru yang sangat berdedikasi dan berjuang bersama-sama sejak awal penubuhan SRI Hira' demi untuk memberi tarbiyah ilmu yang menyeluruh kepada anak-anak didiknya.. termasuklah anak-anak saya sejak dari anak yang sulung lagi...
telah banyak jasa beliau untuk SRI Hira'...

Doa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang yang diredhaiNya..
Amin.



Sunday, October 31, 2010

Pemandu bas tiada lesen memandu

Belum pun reda cerita mengenai kemalangan ngeri membabitkan bas ekspres di Melaka, satu lagi kemalangan melibatkan bas berlaku di Genting Sempah, Genting Highland...

lagi melibatkan nyawa manusia
kali ini 7 remaja menjadi mangsa, manakala 17 lagi parah..
Lebih mengejutkan ...pemandu bas yang berusia 40 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu..
setelah diselidiki, suatu masa dahulu pernah mempunyai lesen, tetapi telah disenarai hitamkan..
berita jam 8 malam tadi, mengatakan bahawa pemilik bas tersebut telah menghilangkan diri...
 JENAZAH tujuh orang Belia 4B mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah dikebumikan dalam satu liang
di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Siang, Baling, Kedah, semalam. 
– MINGGUAN/AZMAN MD. NOOR

baca cerita lanjut di sini, dan di sini.

Friday, October 29, 2010

Apa dah jadi?

Mayat remaja perempuan ditemui dalam beg pakaian

 Baca berita online pagi ni rasa sedih sangat. Apa dah jadi dengan orang-orang Malaysia? atau yang datang bekerja di Malaysia? 

Sewaktu dulu-dulu semasa kecil dan remaja, saya tidak pernah rasa takut hendak berjalan seorang diri... TIDAK pernah terlintas sebarang perkara buruk akan berlaku. 
Pergi sekolah naik basikal berbatu-batu, main basikal sekeliling kampung dari pagi sampai petang (masa cuti lah..) mak-mak tak pernah takut, dia tahu anak dia akan balik petang nanti..
masuk hutan kutip paku-pakis nak buat masak, main masak-masak dalam kebun getah..
tak ada sikit pun perasaan takut..
tetapi sekarang ? Semua ibu-bapa takut hendak melepaskan anak-anak (terutama anak gadis) berjalan seorang diri, semua kena hantar, kena ambil... 
semua rumah pasang grill ...depan belakang atas bawah ....kunci lagi, mangga lagi..yang pasang alarm canggih harga beribu-ribu...
duduk dalam rumah sendiri pun takut... takut pencuri datang merompak, pukau lagi...
dah macam duduk dalam penjara...penjara buatan sendiri...

hurm..lemas...lemas ..! 
asyik terperap dalam rumah aja..tak bebas nak buat aktiviti luar...

Saban hari baca suratkhabar, asyik disogokkan dengan berita pembunuhan, berita kena rogol, berita kecurian, berita kemalangan, dan entah apa-apa lagi berita yang sangat negatif...
Mengapakah jadi begini? 

di manakah moral values sekarang? ... orang dah tak ada perasaan kah? bunuh orang macam bunuh nyamuk aje? 

Ini lah penyakit masyarakat sekarang... 
masyarakat yang jika hanya berTuhankan NAFSU semata

oleh itu wahai teman sekelian.. ajarlah anak-anak , hatta diri kita sendiri
berDO'A lah setiap pagi dan petang, setiap kali hendak keluar rumah, 
dengan doa-doa Al-Ma'thurat...

di antaranya terkandung do'a:
(terjemahan) 
Ya Allah Ya Tuhanku... 

"Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan."

"Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Mengetahui."

Thursday, November 20, 2008

19 November 2008

19 November 2008

Hari ini ada 2 perkara penting yang berlaku....

satu perkara sedih dan satu lagi perkara gembira....mana satu nak cerita dahulu?

Cerita Gembira/Kesyukuran

Hari ini adalah hari lahir anak ke-2 iaitu Zaid yang ke-20. Pada 19 November 1988, 20 tahun dahulu di sebuah bandar kecil bernama Athens, Ohio, USA... lahirlah seorang anak lelaki yang comel...sekarang ini dialah yang paling tinggi dalam keluarga... lebih tinggi dari abi. Peminat bolasepak dan suka main futsal...aktiviti utama semasa cuti sekolah, main futsal dan pergi berkelah bersama kawan-kawan...



Cerita Sedih

Dah malam, eh dah pagi sebenarnya... sedang chatting dengan Kak Long di Jordan... (dia kat sana baru pukul 9 malam) tiba-tiba Kak Long memberitahu berita bahawa emak kepada salah seorang rakan yang sama-sama bertolak dari Malaysia semasa mula-mula melanjutkan pelajaran ke Jordan dahulu (satu flight satu bandar tetapi lain pengkhususan dan lain universiti), telah meninggal dunia pagi tadi (disebabkan barah kolon dan telah merebak ke hati )... sebenarnya saya baik dan rapat dengan arwah, tetapi dek kesibukan kerja, memang semenjak Ramadhan dan Raya tidak dapat menghubungi beliau... Ya Allah, perasaan bersalah terasa menghantui hati ini... mengapa aku tidak berusaha menalipon beliau selepas cuti Raya... namun aku yakin bahawa ini adalah qada' dan qadar Allah, takdir yang Allah telah tetapkan, sememangnya sudah tertulis di Lauh Mahfuz, ajal maut di tangan Allah SWT. Lalu aku panjatkan doa buat beliau, semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan Hidayah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....