Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Cuti Sekolah

Cuti sekolah hujung tahun 2012 sudah pun bermula sejak hari Sabtu baru-baru ini...hanya 2 orang anak dari 8 orang sahaja yang terlibat dengan cuti sekolah ini..yang lain sudah memasuki alam pembelajaran peringkat tertiary , iaitu peringkat Universiti. 
Mu'adz yang berada di Tingkatan Dua, dan Hana' darjah 4... Zubair yang berada di Maahad Tahfiz belum lagi bercuti ... ialah tahfiz mana boleh cuti lama-lama, nanti lupa ...Zubair akan mula bercuti pada bulan Disember nanti.

Namun sejak cuti bermula saya sudah tidak bersua dengan Hana' sudah masuk hari ke-3...
Selepas sahaja majlis Ihtifal di SRI Hira', Hana sudah mengikuti kawan baik di kelasnya balik ke rumah sahabatnya itu ... sebelum ke sekolah untuk majlis Ihtifal tersebut, Hana sudah berkemas-kemas pakaian beliau.  Katanya hendak bermalam di rumah sahabatnya itu...ibu bapa sahabatnya sudah memberi kebenaran, dan saya dan suami juga sudah memberi kebenaran... tak jauh pun...di Bukit Jelutong sahaja ...

sekurang-kurangnya Hana pandai membawa diri dan mengatur jadual cuti sekolah nya... khabarnya nanti sahabatnya pula akan datang bermalam di rumah Hana' suatu masa nanti ...huhu..saya pulak kena bersiap-siap..maklumlah saya bekerja..bukan ada di rumah sepanjang masa ... manakala ibu sahabatnya itu seorang suri rumahtangga...boleh lah melayan mereka bertiga..(ia ada seorang lagi sahabatnya yang bermalam sama)

Untuk hari-hari seterusnya ...hurmmm..apa nak buat? kena fikir kan aktiviti yang berguna untuk anak-anak ini... abangnya Muadz sudah saya berikan tugas-tugas di rumah yang perlu beliau buat ...kena tolong ummi, maklumlah bibikless!
Alhamdulillah so far ok...setiap  pagi selepas pulang dari surau solat Subuh, Mu'adz akan menolong mengutip pakaian kotor dan masukkan dalam washing machine...kutip semua cawan/gelas kotor dan basuh,  buat air teh satu teko dan letak atas meja ... abi dan ummi nak pergi kerja sudah ada air panas ..... pinggan mangkuk yang sudah kering di singki, di susun di rak-rak pinggan ...bila baju sudah siap di basuh, keluarkan dari washing machine dan sidai ...
Alhamdulillah, Mu'adz juga rajin menolong di dapur...bila ummi memasak, dia akan tolong kupas dan potong bawan ... tolong apa-apa yang patut di dapur... cuma belum pandai masak sendiri ... ummi sudah suruh dia tengok dan baca buku-buku masakan yang ada di rumah ... cuba-cuba tengok resepi ... dia ada kata nak belajar masak ayam masak merah (sebab dia suka makan masakan itu) ... InsyaAllah ummi akan cuba luangkan masa untuk ajar Mu'adz..
ok..kita lihat nanti apa perkembangan sepanjang cuti sekolah ini...

Tuesday, November 6, 2012

Kelahiran & kematian

Assalamu'alaikum wrt wbt semua pengunjung dan pembaca blog ini...
Hari ini tatkala membuka dan membaca emel di tempat kerja, 2 emel menarik perhatian ku.
Satu emel memaklumkan mengenai pemergian bapa mertua salah seorang Timbalan Dekan di fakulti (innalillahi wainnailaihiraajiuun), manakala emel berikutnya pula memaklumkan berita  kelahiran seorang bayi lelaki kepada salah seorang pensyarah di fakulti ini.

 Setelah beberapa ketika, barulah ku sedar akan hakikat nya...kelahiran dan kematian ...adalah fitrah dari Allah , ia adalah ketentuan dari Allah SWT

Kelahiran,
Satu fasa bermulanya kehidupan,
Kematian,
Satu kepastian bagi yang bernyawa,
Setiap kelahiran,
Akan berakhir dengan kematian,
Namun setiap kematian,
Belum tentu bermula dengan kelahiran.

Andai kematian berlaku sebelum kelahiran
Kesedihan dan kekecewaan akan berlaku
Pada insan yang mendambakan dunia
Tetapi tidak pada insan yang beriman
Kerana mereka tahu,
Syafaat Allah menanti di pintu syurga,
Yang lebih membahagiakan dan mendamaikan jiwa,
Penjamin saat seksaan berlaku di neraka.
(petikan: Iman Mawaddah di sini
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kita perhatikan hakikat kelahiran dan kematian, kita akan temui jawapannya dalam syariat ajaran agama islam itu sendiri.
1) Semasa kelahiran, azan akan dikumandangkan ke telinga bayi yang baharu lahir, sedangkan di saat kematian, jasad disolatkan tanpa azan.
2) Semasa kelahiran, bayi akan dibersihkan tubuhnya, begitu juga semasa kematian, jasad si mati akan di mandikan dan dibersihkan ..
3) Semasa kelahiran, bayi itu dilahirkan dari tempat yang sempit dan gelap, iaitu dalam rahim ibunya...dan apabila berlaku kematian, jasad manusia akan di masukkan ke tempat yang sempit dan gelap juga ..
4) Allah SWT menciptakan manusia itu asalnya dari tanah, dan manusia kan dikembalikan kepada tanah juga selepas kematian..
 

Saturday, November 3, 2012

Pemanggang Ajaib

Kehidupan sebagai seorang wanita berkerjaya tanpa pembantu rumah  sangt-sangat memerlukan peralatan yang dapat membantu memudahkan dan memendekkan masa memasak. 
Sudah beberapa kali membaca di blog-blog rakan-rakan blogger mengenai pemanggang ajaib ini, apatah lagi apabila chef blogger masakan yang terkenal Cik Mat Gebu juga ada menwar-warkan mengenai pemanggang ajaib ini di blog beliau ..begitu juga dengan rakan-rakan fb ..
Alhamdulillah baru-baru ini sahabat lama saya di mana beliau juga rakan blogger telah message saya dan bertanyakan samada saya hendak membeli pemanggang ajaib ini dengan harga dealer... Alhamdulillah rezeki di depan mata, harga murah dan saya juga tidak perlu mencari ke sana ke mari, sahabat saya akan hantar terus ke depan rumah TANPA caj penghantaran! Terus saya order 2 ...satu untuk saya dan satu lagi untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya, niat di hati samada hendak beri kepada emak ? atau hendak jual dengan kakak? atau nak simpan nanti boleh boleh hadiah anak dara nak kahwin? Hurmmm ..sangat jauh melayang pemikiran saya ... namun itu adalah bagus kan? memandang jauh ke hadapan ..
 Pemanggang Ajaib cap IKAN..
Sehingga hari ini belum berkesempatan lagi nak membakar ikan dalam pemanggang ajaib ini...hajat hati hendak membakar ikan Pari nak cicah dengan air asam dan sambal kicap ...tapi dek kesibukan masa, belum sempat nak ke pasar membeli ikan nak bakar ...
Insyaallah suatu hari nanti bila dah bakar saya akan ambil gambar dan pos di sini...

Tuesday, October 9, 2012

Mencari Ketenangan Dalam Kesibukan

Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.
        Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.
        Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
        Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
        Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.
         Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.
         Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.
         Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.
         Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.
        Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.
        Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
        Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.
        Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.
        Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran." 

(sumber: Laman Web Rasmi JAIS  http://www.jais.gov.my/)

Sunday, October 7, 2012

Parkir

Semester ini saya mendapat satu kelas di Fakulti Sains Gunaan. Bermakna saya perlu menghadapi masalah parking yang memang kritikal di kawasan Menara.  Strategi saya datang awal dan saya merancang ke tempat parkir bertingkat bersebelahan Pejabat pendaftar dan Dewan Sri Budiman. 
Walaupun kelas saya bermula jam 8:30pg, tetapi seawal jam 7:30pg saya sudah ke kampus dan terus menuju ke fakulti untuk punch-in, dan terus ke parkir bertingkat.  Selalunya saya sudah berada di kawasan parkir jam 7:45pg dan saya membaca buku ataupun Al-Quran terjemahan sementara menunggu jam 8:20pg. 
Minggu ini seusai habis kelas jam 10:30 pg, saya tidak terus kembali ke kereta kerana ramai pula anak murid yang datang bertanya...jadi saya lewat turun...sampai di kereta sudah jam 11:15pg..

Sampai sahaja di kawasan parkir, saya tergamam ! Hurmm...bagaimana saya hendak keluar?
Kelihatan sederetan kereta-kereta yang parkir melintang menghalang kereta saya dari keluar...

Tuesday, May 17, 2011

Cahaya di Hujung Terowong

Alhamdulillah..SYUKUR ke Hadrat ALLAH SWT... 
tiada kata lain yang dapat kuucapkan buat pertama kali melihat ini... 

ALhamdulillah Ya Rabbi. Syukur ke Hadrat ALLAH SWT ...akhirnya yang ditunggu-tunggu. yang diusahakan selama ini tiba ke hujungnya... Betul lah seperti yang dikata, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Kita merancang dari awal agar perjalanan yang bakal ditempuhi berjalan lancar, namun Allah jua yang menentukan, Allah tidak mengizinkan seperti yang kita rancang. Semua itu ada HIKMAHNYA.
Perjalanan yang daku tempuhi adalah perjalanan yang panjang penuh berliku serta dipenuhi onak dan duri...menempuhi terowong yang sekejap terang sekejap gelap gelita, ada kalanya daku berlari, ada kala nya daku berjalan, kadang-kadang tersadung dan jatuh tersungkur...ada kalanya rasa seperti tidak mahu lagi meneruskan perjalanan, tetapi ALhamdulillah ada tangan yang menghulur menggapai diri ini agar bangun semula dan meneruskan perjalanan hingga ke hujung jalan, walaupun terpaksa merangkak. 

Syukur Alhamdulillah.

Tuesday, January 11, 2011

Menziarahi Orang Sakit Sunat Mu'akkad

Ketika sedang mencari maklumat, saya terjumpa satu kenyataan yang berikut:
"Menziarahi orang sakit hukumnya adalah Sunat Mu'akkad ! 
Dan ianya merupakan amalan yang disukai Allah Subhanahu Wataala dan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.


Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua bloggers, FBians atau bukan bloggers sekali pun, terimakasih di atas keprihatinan anda semua...samada telefon, sms, msg etc...
walaupun antara kita tidak pernah bertemu muka dan ada yang dipisahkan jauh beribu batu, tetapi masih tidak lupa menalipon saya bertanya tentang keadaan anak saya, Zubair yang kemalangan tempohari.  Namun begitu sedih juga, ada saudara yang berada dekat namun sehingga kini tidak menelefon atau sudi bertandang menziarah...wallahu'alam...mungkin terlampau sibuk agaknya...

Sunday, December 19, 2010

Bersyukur

Didiklah jiwa kita agar selalu bersyukur dengan sifat Qanaah.

Apakah sifat qanaah? 
QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. 
Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu :
kemuliaan pada ketaatan, 
kehinaan pada maksiat, 
kehebatan pada ibadat malam, 
hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong 
dan 
kekayaan pada sifat qanaah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Thursday, December 16, 2010

SPM 2010 selesai ! Yahoooo.......

Siapa antara rakan-rakan blogger ni pelajar Tingkatan 5? atau yang ada anak Tingkatan 5? Angkat keyboard cepat!!!

Petang tadi anak ke-3 saya sudah selamat sampai di rumah dari asrama selepas selesai menduduki peperiksaan SPM...
Penuh bonet kereta dengan barang-barang yang di bawa balik.... mana tidaknya... kiranya 7 tahun anak saya bersekolah di situ. Mungkin anda hairan? 7 tahun? 
Anak ke-3 saya masuk Tahfiz 2 tahun + 5 tahun sekolah menengah (akademik) maka jadilah 7 tahun... memang dia kira senior 2 tahun dari rakan2 yang lain... 
 tetapi ALhamdulillah dia juga sudah Al-Hafiz...

Mulai saat ini, bercuti lah dia selama beberapa bulan...
perlu perancangan rapi... hendak buat apa semasa cuti ni? 
Takkan nak duduk makan baring tidur main aje kan...

Mungkin dia nak cari kerja sementara .... seperti anak2 saya yang lain , mereka pernah bekerja sebagai cashier di stesyen minyak Petronas berhampiran rumah saya. Ada yang pernah kerja di restoran ...boleh lah juga buat tambah duit poket mereka sendiri...
di samping simpan duit nak bayar yuran belajar memandu...

bukannya murah nak belajar lesen memandu ni... Rata-rata saya dah survey di sekitar kawasan saya ni yurannya di antara RM700 - RM 900!!
Huh! Mahal tu....itu untuk seorang sahaja...
bayangkan sudah 4 orang anak saya ada lesen memandu! (anda kan semua pandai matematik..darab lah sendiri...)
saya ingat dulu saya belajar dan ambil lesen memandu di USA hanya perlu bayar tak sampai pun USD20 (tukar matawang Malaysia pun tak sampai RM100!)
 tapi bila cakap dengan anak-anak...

mesti dia orang kata,

"Ummi...itu duluuuuuu....... "

Apa-apa pun...saya sangat gembira sekarang, bersyukur ke Hadrat Allah SWT..
kerana rumah saya dari subuh hingga larut malam sentiasa riuh...!!!

Tuesday, December 14, 2010

Pertemuan Semula...

Awal 80an, 4 orang anak dara sunti dari 4 pelusuk kampung, yang akan kelihatan tersangat kagum  apabila berkunjung ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, apatah lagi menaiki kapalterbang. 

Buat pertama kali mereka bertemu apabila diumumkan akan dihantar oleh JPA ke suatu bandar di USA untuk melanjutkan pelajaran. Kami berempat, dipanggil dengan nama panggilan Along, Angah, Uda dan Achik. MasyaAllah... Bukan direka, tetapi itulah panggilan kami semasa di kampung. Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik!

Empat tahun berlalu, setelah tamat pada peringkat degree, 2 orang daripada kami balik bercuti ke Malaysia sebelum meneruskan pengajian pada peringkat Masters. Manakala saya tidak balik, terus mendaftar ke universiti di mana saya akan melanjutkan pengajian. 

Namun rezeki Allah tiada siapa menduga, kedua-dua rakan saya tidak dapat kembali ke USA untuk melanjutkan pelajaran kerana waktu itu Malaysia mengalami inflasi, ekonomi Malaysia jatuh merudum....lalu mereka dinasihatkan oleh JPA agar sambung di Malaysia atau terus mencari kerja.  Namun begitu, di saat ekonomi sebegitu, mencari kerja ibarat mencari sebatang jarum dalam longgokan jerami padi... kebanyakan organisasi hanya berminat hendak mengurangkan atau membuang pekerja, bukannya hendak mencari pekerja.
Tahun demi tahun berlalu, pengajian dan kehidupan diteruskan...setelah tamat pengajian..saya pulang ke tanah air... lalu bermulalah pencarian kedua-dua orang sahabat baik saya ini... 1 tahun.. 2 tahun...... 5 tahun...... 10 tahun ................20 tahun.....
saya berjaya menjejaki salah seorang sahaja, iaitu Along... namun Achik...sehingga 2010.... iaitu 23 tahun selepas berpisah, masih tidak berjumpa....
Kesibukan dengan kerjaya dan keluarga akhirnya membuat saya tidak lagi meneruskan usaha untuk mencari beliau...
Namun disuatu sudut di hati kecil saya, masih mengharapkan sesuatu...

Alhamdulillah, Akhirnya............

beberapa hari lepas, sewaktu saya login ke laman sosial "muka buku" , tertera satu notis terdapat seseorang hendak "add" saya sebagai kawan....
sekali pandang nama tersebut, saya seperti biasa... 
tetapi kali kedua saya baca..... Ya Allah............ betulkah nama itu yang saya baca????
Nama seseorang yang sudah lama saya cari semenjak saya join "muka buku" ...

Achik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Amat teruja sehingga saya rasa tangan saya menggeletar sewaktu menerima dia sebagai "kawan" di "muka buku".....
semakin teruja apabila dia mengatakan dia berada di rumah kakak beliau di KL! 
terus temujanji dibuat malam itu juga kami bertemu...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Syukur Alhamdulillah...

Monday, December 13, 2010

Marah

Pernahkah anda marah? Bohonglah jika anda katakan anda tidak pernah marah... Sedikit sebanyak setiap orang dari kita sudah semestinya pernah marah walaupun hanya sekali seumur hidupnya.

Bagaimana anda mengawal perasaan marah anda?

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1715.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Orang kuat itu bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."
 (sumber: webhadis UiTM)

Oleh itu elakkan diri kita dari menulis di blog atau di mana sahaja tatkala kita sedang marah, kecewa.. 
kerana apa yang bakal kita tulis nanti kemungkinan besar akan menyinggung perasaan pembaca blog/fb walaupun kita tidak bermaksud sedemikian...
kerana apa yang kita tulis adalah berdasarkan emosi, bukannya rasional. 

Jika sedang marah, cepat-cepat lah kita berwudhuk.. agar perasaan amarah dalam diri kita dapat disejukkan...

Monday, December 6, 2010

Eight is Enough!

Salam pagi Isnin.. Alhamdulillah ALlah panjangkan umur dapat menikmati suasana pagi yang indah dan ceria, walaupun pagi tadi subuh hujan turun, tapi sekarang suasana sungguh terang. Kedengaran kicauan dan siulan burung di taman hadapan rumah...sedang mencari rezeki di pagi hari buat anak-anaknya agaknya... sambil menghisap madu di bunga-bungaan di taman ku.

Hujung minggu yang baru berlalu sangat meninggalkan kenangan paling manis buat kami suami isteri, kerana kesemua anak-anak kami seramai 8 orang ada bersama. 
Pernah menulis mengenai anak-anakku di sini.

ALhamdulillah...memang susah sekarang hendak berkumpul bersama. Selalunya ada sahaja yang kurang, yang di asrama lah, kak Long di Jordan lah... atau ada program cuti sekolah.. pergi camping lah, etc...

Lalu kami tidak melepaskan peluang untuk keluar bersama semua anak-anak makan-makan selepas itu ambil gambar di Taman tasik Shah ALam...
 We really enjoyed spending our time together yesterday...such a precious moments that I'll cherish till the end...
 Full table...10 pax..
 Satu...Dua....Tiga...lekuk....

 Layannnn....
Hana: "cepat lah ummi...panas ni...." hahaha...bergambar tengahari panas terik...!
 Ala-ala cerita Hindustan...atas rumput, nasib baik tak golek-golek atas rumput!ahaks..
 Photographer in action....

 ok..satu lagiii....actionnn....!

 "Jalan-jalan Kuala Kubu...Tulis nama atas batu..."

The whole family....penutup tahun 2010...

Saturday, December 4, 2010

Satu kebetulan?

Adakah ini satu kebetulan?
selepas kejadian semalam (sila baca entri sebelum ini), 
hari ini terfikir setelah teringat kata-kata seseorang suatu masa dulu (entah zaman batu bila dulu...) mengenai kereta ini lah. 

Orang tu kata, kita jangan cakap apa-apa yang tak baik/elok pada kereta kita semasa kita sedang pakai kereta tu...nanti kereta tu "merajuk"..

hurmmm..?? kereta merajuk???? 

contohnya macam kes inilah...bukan lah saya cakap perkara tak elok pada kereta ni, cuma saya pernah bercakap kepada anak bongsu saya, yang saya sedang berfikir-fikir nak cat baru kereta ni dan nak jual dan tukar kereta baru.  (Al-maklum lah "baju" yang dipakainya dah lusuh..nak bagi baju baru lah...)

Anak bongsu saya ni pulak pergi lah canang sana-sini pada abang2 dan kakak2 dia yang ummi nak tukar kereta baru... semasa di rumah, dalam kereta semasa nak gi kedai, nak gi airport hantar abi...diulang-ulangnya cerita tu...

tak lama lepas tu... jadilah kejadian semalam tu...pastu saya terfikirlah cerita orang tu berkenaan kereta "merajuk" ...

tapiiiiiiii...

semua ni kan dah suratan takdir... nak jadi-jadi lah...

bukan pasal "merajuk" pulak kan...

 kalau kita percaya ni, macam percaya cerita tahyul aje...

heeee...na'uzubillahi minzalik...

tak mahulah termasuk mensyirikkan Allah pula...

Friday, December 3, 2010

Facebook? Hati-hati jangan tertipu

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook


2010/12/02

KOTA BHARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. 

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ia berlaku selepas beberapa minggu guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.
Katanya, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.
"Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar. 

"Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek. 

"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000. 

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya. 
Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - BERNAMA

sumber: Berita Harian Online

Monday, November 29, 2010

Jejak Kasih

Teringat pesan seorang ustaz, walaupun seseorang itu telah memeluk Islam, dan dibela oleh seseorang yang beragama Islam, namun pertalian darah antara seorang anak dan kedua ibu-bapanya masih terjalin, walaupun ibu-bapanya berlainan bangsa dan agama.

Sejak dari kecil saya tahu sepupu saya ni adalah anak angkat Cina, ini adalah kerana rupanya yang putih melepak dan bermata sepet, sebagaimana lazimnya anak berbangsa Cina. Apabila datuk saya mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, emak saya yang membela dan menjaganya, walaupun ketika itu emak saya belum berkahwin lagi. 

Apabila sudah besar, bersekolah, bekerja, berkahwin dan beranak-pinak, emak saya berusaha mencari balik ibu kandung beliau, walaupun ketika itu datuk dan nenek saya sudah meninggal dunia. Emak saya dapat tahu bahawa bapa kandung sepupu saya ni sudah meninggal dunia. Tetapi ibu kandungnya gagal dikesan di mana. Ini disebabkan dia sudah berpindah dari rumah lamanya.  
 kalau ikut perkiraan umur, ibu kandung sepupu saya (duduk di sebelah sepupu bertudung coklat) ni sudah berumur lebih 90 tahun, tetapi kelihatan masih kuat boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat lagi. Perempuan Cina t-shirt merah adalah kakak sepupu saya.

 Bersama pengantin dan adik-beradik kandung sepupu saya.


Sunday, November 21, 2010

Aidil Adha ~ Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada. 

Tiada Jualan Murah. 

Tiada Lagu Raya. 

Tiada rancangan khas di televisyen. 

Tiada mercun dan panjut menghias malam. 

Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi.

Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal.

Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. 

Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah.

Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan? 

~Baca lebih lanjut di sini , saifulislam.com~

Bas Ekspres Tak Serik

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah setelah 5 jam berada di lebuhraya Utara Selatan. Bertolak dari kampung jam 6 petang sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 11 malam. Berhenti di R & R Ayer Keroh untuk solat.
Dalam perjalanan bila sampai melepasi Melaka, lorong lebuhraya bertambah dari 2 lorong menjadi 3 lorong. Seperti biasa, anak ku memandu dari Johor sehingga Ayer Keroh, selepas itu tengok dia dah mengantuk, aku ambil alih pula. Dengan memandu dalam kelajuan yang dibenarkan , tidak melebihi 110km/j (ehem..pemandu berhemah ni ya!), aku memandu di lorong tengah, sekali sekala jika hendak memotong aku mengambil lorong kanan. 
Tiba-tiba aku perasan ada lampu besar terang menyuluh dari belakang, kelihatan dekat sangat kenderaan di belakang membuatkan silau mataku disebabkan balikan cahaya di cermin akibat suluhan lampu tersebut. Dalam hati berkata, ni mesti kenderaan besar ni...silau betul mataku lalu terus menukar ke lorong kiri, untuk memberi peluang kenderaan tersebut memotong ku.
Laaa..rupanya sebuah bas ekspres dua tingkat! Punyalah laju ... saya pandu dengan kelajuan 110km/j ... dia boleh potong lagi tu... tak perasan ada penumpang ke tidak, tetapi bila tanya anak dia kata bas tu kosong aja, tak nampak ada kepala-kepala manusia di tingkap...kot kot lah semua penumpang dah tidur kan...
aku lihat bas tersebut dipandu dengan laju sekali memotong beberapa kenderaan lain di hadapan van kami. Bila tak dapat potong dari sebelah kanan, boleh pulak tu dia potong dari sebelah kiri!!! Sekejapan dah tak nampak bas tu ...
Ya lah, kalau tak ada penumpang pun, tidak bermakna boleh dipandu melebihi had laju yang dibenarkan. Lagi pun ia sangat membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain...kerana kendaraan memang banyak juga di lebuhraya malam semalam..maklumlah ramai orang sudah mula pulang ke rumah masing-masing selepas menyambut Aidil Adha di kampung masing-masing...
nak ambil nombor plet pun tak sempat...
Hurrmmm...tak serik-serik pemandu bas ekspres ni ...


Friday, November 5, 2010

Pengurusan Masa

Pengurusan masa, satu aspek yang ramai orang samada dapat mengendalikannya dengan baik atau tidak. Mungkin ada sesetengah orang yang langsung tidak ambil peduli tentang masa. Setiap detik, setiap saat masa berjalan seperti biasa. Pengisiannya yang membezakan samada kita dapat mengisi masa dengan perkara yang berguna, bermenafaat atau kita tiada membuat apa-apa langsung!
Saya bukan hendak memberi tip-tips tentang pengurusan masa, atau hendak memberi ceramah bagaimana hendak menguruskan masa dengan baik. 
Saya cuma hendak mengajak semua pembaca sekelian berfikir sejenak..merenung semua diri kita sendiri, apa yang perlu kita lakukan jika kita tidak dapat mengurus masa dengan baik.
Dalam apa jua keadaan, fikirkan keutamaan sesuatu perkara yang hendak dilakukan, kepentingannya. Perkara yang lebih penting hendaklah dilakukan terlebih dahulu dan diutamakan, yang kurang penting, mahupun ianya menyeronokkan (seperti bermain komputer games, melayari internet, berchatting, berFB, berblogging)....perlulah ditangguhkan... 
(sila ambil perhatian, saya bukan kata tak boleh, tapi pandai-pandailah membahagikan masa itu, jangan sampai berFB dan berblogging sehingga melalaikan perkara utama, contohnya belajar, kerana saya dapati ramai bloggers ni terdiri dari kalangan pelajar)
sebab itu setiap kali kita mengadakan majlis-majlis ilmu atau lain, selalunya kita akan sudahi dengan membaca Surah Al-'Asr, 
Kerana itu Allah telah bersumpah demi masa (Surah Al-'Asr):

[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Thursday, November 4, 2010

Adakah masih sama?

 Minggu lepas berpeluang ke utara tanah air apabila menghantar anak sulong ku untuk membuat praktikal di Kedah...

gambar-gambar ini kami rakamkan sepanjang perjalanan ke Kedah... cantik sungguh pemandangan sawah padi semasa musim menanam semua...anak2 padi baru naik...

  Sayup mata memandang...tenang dan damai sahaja...
Tetapi sekarang???? Entah apa nasib sawah padi ini... harap-harap banjir tidak kena tempat ini dan tidak akan merosakkan pokok padi.............

Tuesday, November 2, 2010

Honeymoon ke mana?

Soalan yang biasanya di tanya kepada pasangan yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga. 

Tahukan dari masa asalnya perkataan "honeymoon" itu?

saya kongsikan di sini, pendapat seorang rakan saya, Tuan Hj Mohd Zaki Ghazali. Beliau seorang ilmuan yang sangat banyak membaca buku-buku rujukan agama dan falsafah Islam, dan lain-lain..

Saya petik daripada buku " A World without Bees" oleh Allison Benjamin. Daripada mana asal perkataan "honeymoon" atau bulan madu ni. Sejak zaman Mesir kuno lagi, madu digunakan untuk mengawet mummy,mencegah keguguran dan sebagai antseptik mencuci luka. Firaun menggunakan madu dalam upacara perkahwinan. Pengantin baru akan
diberikan minum
madu selama 1 bulan untuk membawa kebahagian dan keuntungan. Tradisi ini diwarisi oleh orang Rom dan Eropah.  Maka itulah mungkin terbit perkataan "honeymoon.
 
Ini saya petik daripada "Fuitless Fall: The Collapse of the Honey Bee and the Coming Agricultural Crisis" oleh Rowan Jacobsen.
Madu juga digunakan untuk merawat penyakit diabetis, kegemukan, penyembuhan luka dan sebagainya. Sebelum munculnya antibiotik tahun 1940an, madu digunakan untuk mencuci luka sebelum dibalut. Ia membunuh bakteria, kulat dan mikro organisma lain.

Ia membantu menumbuhkan sel baru dengan cepat. Dalam kajian merawat kulit terbakar, 87% sembuh menggunakan madu berbanding 10% sahaja yang menggunakan krim antibiotik. Ia diminum sebelum tidur untuk mendapat tidur lena, yang akan membantu
penyembuhan penyakit, membakar lemak, menurunkan berat badan dan sebagainya.
Menurut McInnes dalam "The Hibernation Diet", pembakaran lemak paling banyak berlaku ketika tidur dan bukannya ketika senaman
Caranya adalah dengan mengambil madu sebelum tidur.

Haa..apalagi...jom lah sesiapa yg teringin sangat nak diet tu...cuba amalkan petua ini...
tapi dalam apa keadaan pun, jangan lah kita terlampau berlebih-lebih...
amalkan kesederhanaan dalam apa jua keadaan.. 

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....