Selepas mendapat mixer yg baru, bersemangat sikit nak buat kuih ...cuba tengok mixer yang baru saya dapat di sini..
Sudah lama saya tak buat Apple Pie. Dulu semasa belajar di USA, saya rajin buat Apple Pie sebab buah apple kan murah kat sana, apatah lagi selepas pergi Apple Picking ...berkotak-kotak apple ... jadi saya suka buat Apple Pie, apatah lagi cik suami suka makan Apple Pie ...
American Apple Pie, baked with Love..
bak kata Chef Ammar di TV Al-Hijrah ..
"Masak dari Hati, Masak dengan Iman"
Alhamdulillah ...setelah lama tak buat ...jadi juga...
resepi ikut resepi yg saya belajar semasa di USA ..
Kulit Pie
(resepi ni boleh buat utk 2 pie)
225g mentega
150g gula halus
3 biji telur
500g tepung roti
Cara-caranya:
1. Putar mentega dengan gula sehingga ringan.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Adun sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh dan bungkus dengan plastik. Dinginkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam. Selepas 2 jam, keluarkan dan canaikan dengan ketebalan yg sesuai dan lapikkan dalam acuan pie.
4. Bakar kosong kulit pie , tutup dengan aluminium foil dan tindih dgn kacang hijau di atasnya pada suhu 175 darjah Celcius atau 350 darjah Fahrenheit selama 10 minit sehingga kuning keemasan..kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.

Menantu IM buat bihun goreng untuk makan malam. Walaupun pedas dan tidak menepati citarasa IM, IM tetap kata sedap.
ReplyDeleteWalaupun IM sebenarnya sudah terlalu kenyang selepas makan di luar bersama ibu_suri, IM tetap makan dengan lahap.
Salam IM,
ReplyDeleteIM mempunyai PR yang sangat bagus! Takpa ..yang penting menantu IM mengambil inisiatif utk memasak ... InsyaAllah suatu masa nanti she will learn from experience...
IM seorang FIL yang baik...
ALhamdulillah..
Nurazzah8
masak dari hati untuk keluarga pasti membuahkan kebahagiaan. sedapnya apple pie sis tu. ada resepi, one day nak try. thx for sharing.
ReplyDeleteRedRose,
Deletethanks ... nanti boleh try... akak baru perasan bahawa akak hanya bagi resepi utk buat pie crust sahaja1 LOL ... nanti akak update tambah bgmn nak buat inti pie tu...
Kak Azzah
masa kat england dlu belakang rumah kami ada pokok buah epal, jadi ibu selalu buat apple crumble~pastu mkn dgn custard~tp so far xpnah try lg buat sndiri~tau mkn je~hihi
ReplyDeleteAuntie pun tak pernah lagi makan Apple Crumble ..mesti sedap yg ibu Maryam masak ...nak sikit...:-)
Deletelast skali ibu buat pun masa sekolah rendah xsilap,,,masa sekolah menengah mntk buatkn tp ibu kata patutnya anak2 yg buatkn utk ibu,,,balik hari tu pun ibu kate,xsempat2 lg ibu nk merasa anak ibu msk sesuatu guna oven,,,hihiii,,nnt la try buat~
DeleteSalaam Azzah...
ReplyDeleteNampak sedap apple pie Azzah ni...
Thank you for some other wonderful article.
ReplyDeleteThe place else may just anybody get that type of info
in such a perfect method of writing? I have a presentation subsequent week, and I am
on the look for such information.
Here is my website - how much should i weigh calculator