Monday, May 7, 2012

Ujian Kuasa

Semalam hari Ahad hari terakhir PBAKL 2012, saya dan keluarga sempat meluangkan masa untuk "shopping buku" ...suatu agenda shopping yang sangat bermakna bagi "Ulat Buku"...(seperti saya..hehe) ..Alhamdulillah ..Allah SWT telah memberi kesihatan yang baik dan kelapangan waktu untuk kami ke PWTC. 

Di antara buku/novel yang saya beli, adalah buku Prof Kamil dan isteri , Puan Roza.
Kecewa kerana pada hari Khamis yang lepas tidak dapat membeli buku Prof kerana kehabisan stok, Hari Ahad kembali lagi dan membeli 2 naskah buku Prof Kamil, Bersyukur Saat diuji
(nanti saya buatkan satu entri mengenai PBAKl2012 .. entri ini saya hendak bercerita mengenai suatu perkara...)

Membaca buku Prof. , terutama semasa membaca Bab 17 - Ujian Kuasa ...sangat relevan dengan perkara yang berlaku pada hari ini ...(walaupun sebenarnya saya tidaklah mempunyai "kuasa" seperti Prof Kamil..(bekas) seorang PENGARAH KAMPUS!)

 Entri saya yang lepas memberitahu mengenai keputusan permohonan kemasukan ke UPU telah pun diumumkan pada hari ini...dalam masa beberapa jam sahaja selepas keputusan diumumkan, handphone saya mula dihujani sms dan panggilan, dari sahabat dan saudara-mara.  Ada yang bertanya, adakah saya seorang DEKAN? dll? 
Alahai...saya katakan saya hanyalah seorang pensyarah yg biasa-biasa saja di fakulti ini, tiada memegang sebarang jawatan apa-apa pun,( dan saya menyenanginya)

Ada yang bertanya, "Boleh tolong tak jika anak saya dapat ke kampus yang jauh, mintak tolong tukar ke kampus berdekatan dengan rumah"

"kalau dapat program yang tidak diminati, boleh kah tolong tukarkan kepada program yang diminati?" Ada juga yang bertanya begini.

Alahai...fikiran saya melayang kembali ke Bab 17 dari buku Prof Kamil yang saya baru sahaja baca...
Saya katakan saya tidak mempunyai kuasa sebegitu, mereka di bahagian pengambilan juga  tidak mengenali pun siapa saya...Bgmn saya hendak mengarahkan mereka menukar sesuka hati..? (namun ayat2 ini tidak terkeluar dari mulut saya..Bgmn saya hendak memberikan pandangan saya?) ..

Lalu saya balas sms sepupu. Saya tuliskan, " Berdoalah dan bersolat malam lah untuk memohon kepada Allah SWT.  Allah itu Maha Mendengar , Pengasih dan Penyayang. Mohon lah terus dari Allah SWT. InsyaAllah semoga anak mendapat kampus yang terdekat" 

Astaghfirullahhal 'Azim.  Ampunilah daku Ya Allah...Semoga Allah Mengampuni dosa-dosa saya ...Ya Allah... Jauhilah daku dari sikap riak dan takabbur...saya tidak berniat begitu ...

Hati kembali tenang apabila sepupu  membalas, " InsyaAllah..."

3 comments:

  1. Dah lama tak beli buku hatta majallah malah akhbar. Lebih mudah baca blog!

    ReplyDelete
  2. Kadang-kala saya lebih selesa membaca buku sebenar sambil berbaring sebelum tidur...agak susah kalau nak baring sambil baca blog...huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikom,

    Ada ungkapan berkaitan isu ini:

    Jangan bangga banyak dirham,
    nanti ada yang hendak meminjam.

    Jangan bangga pangkat,
    nanti ada yang memasang hajat.

    Namun demikian, tiada sesiapa yang mendambakan hajat jika kita ikhlas,merendah diri dan mensyukuri anugerah Allah.

    T.K.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....