Wednesday, May 30, 2012

Cuti Sekolah dan Majlis Perkahwinan

ALhamdulillah ..kali ini cuti sekolah pertengahan tahun, menyaksikan semua anak-anakku berkumpul ..semua 8 orang... tetapi keadaan itu hanya bertahan sehari! Sabtu ..anak bungsu ku Hana telah mengikut ibu saudaranya, iaitu kakak ku yang dipanggil Mak Long pulang ke kampung.  Ini adalah kerana anak ke-2 kakakku akan melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu 2hb Jun nanti ...

Hari Ahad pula, anak ke-6 Mu'adz telah menyertai program rehlah bersama-sama kumpulan usrahnya ke Port Dickson... 
InsyaAllah esok kami akan pulang ke kampung untuk sama-sama menyiapkan persiapan perkahwinan ..huhu..sudah lama tidak menghadiri kenduri sebegini... selalunya kenduri perkahwinan di bandar sekaranag sangat berlainan dari dahulu. Semuanya catering... persiapan makanan, dan lain-lain ...sanak-saudara hanya datang jemputan makan sahaja ...tiada lagi suasana seperti sewaktu aku kecil...beberapa minggu sebelum hari berlangsungnya, sanak-saudara sudah mula datang ke rumah menolong membuat persiapan perkahwinan..orang Johor panggil acara ini "rewang" ...
ada yang datang menolong mengupas bawang, memilih beras, dan lain-lain...suasana sungguh meriah sekali ...

semua itu hanya tinggal kenangan ...

Faizah, anak ke-2 kakakku akan menjadi CUCU PERTAMA kepada ibu bapa ku yang berkahwin... TAHNIAH FAIZAH !!

oleh sebab itu ibuku sangat teruja ... walaupun ibu sudah tua, tapi dia berkeras juga hendak memasak sendiri makanan untuk jemputan (sudah tentu ibu hanya jadi PENGARAH! ..sebab ibu yang tahu resepi memasak) ...anak-anak saudara dan sepupu2 yang akan bertungkus lumus menolong di dapur dan menjadi penyambut tetamu ...

InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar...

3 comments:

  1. dan time mcm ni kalau anak dara xmasuk dapur siap la kne potpet~hehe~paling best part laki2 start memasak dalam kawah (kalau xsilap),,nanti datang la beberapa org xmalu gi cilok mknn =) terutama ayam goreng~tahniah kak faizah...2Jun=wedding kak faizah=birthday auntie kan?happy birthday in advance auntie!!!

    ReplyDelete
  2. Thanks Maryam... huhu..anak orang lain ingat birthday, anak sendiri tak seorang pun ambil tahu ..huhu ....(mode: sedih)

    ReplyDelete
  3. alaaaa diorg saje je nk wt surprise tu~hihihi~psl mrym kerap igt tarikh2 penting dalam hidup org yg mrym kenal ^^

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....