Friday, June 24, 2011

25 Tahun

Entri tertunda. Sebenarnya hendak membuat entri ini pada 22 June 2011 namun kesibukan dalam membuat persiapan untuk perjalanan ke negara "Land of the Prophets" menyebabkan entri ini hanya dapat ditulis pada hari ini. Alhamdulillah sewaktu saya menulis ini diri ini sedang berada di rumah anak saya di Irbid, jordan. Alhamdulillah juga dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan kesihatan yang baik serta umur yang masih dipinjamkan oleh Allah ...dapatlah diri ini menjejakkan kaki buat kali ke-2 ke negara Jordan ini, atau dalam Bahasa Arab nya Al-Urdun...

22 June 2011 - Genaplah perkahwinan kami selama 25 tahun...kiranya ini sambutan Jubli Perak buat kami berdua...
Alhamdulillah, SYUKUR ke Hadrat Allah SWT ...kerana masih mengizinkan kami menghirup udara segar ini untuk meneruskan kehidupan berumahtangga dengan zuriat seramai 8 orang dan semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan sentiasa memelihara iman mereka agar sentiasa berada di jalan Allah.

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-25

3 comments:

  1. tahniah yang pertama : ulang tahun perkahwinan



    tahniah yang kedua : anak dah berjaya menjadi seorang doktor


    tahniah yang ke tiga : dpt jugak gie konvo

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun perkahwinan kak azzah. semoga dipermudahkan semua urusan semasa di sana nanti.

    kalau ada souvenir jgn lupa kami kat sini :)

    ReplyDelete
  3. Salam pB dan shafarina,

    terimakasih di atas ucapan tersebut walaupun dah belated...sudah semakin tua ....anak2 pun dah besar2 ....

    shafarina...tgk2 lah nnt apa yg ada nak buat souvenir ...;-)

    kak Azzah
    Irbid, Jordan

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....