Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0758. Dari Abu Said r.a., katanya: "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah saw., lalu diberi oleh beliau. Kemudian mereka minta lagi, terus diberi oleh beliau, diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah. Sabda beliau, "Tidak ada lagi pada ku dan tidak ada pula yang ku simpan. (Ingatlah!) siapa yang ingin terpelihara dari minta-minta, Allah akan memeliharanya, siapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupkannya, dan siapa yang berhati sabar, Allah akan memberinya kesabaran; tiada satu juga pemberian Allah yang diberikanNya kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar." Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0666. Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan seorang wanita sedang menangis di samping kuburan. Nabi saw. bersabda kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan sabarlah!" Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang saya derita ini." Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka diberitahukan orang kepadanya bahawa itulah Nabi saw. Kerana itu dia pergi menemui Nabi saw. dan dia tidak melihat seorang penjaga pun. (Lalu ia terus menemui Nabi saw.) Katanya kepada Nabi, "(Maaf Tuan), Saya tidak mengenal Tuan." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya sabar itu (diperlukan) ketika permulaan kena musibah." Malay Hadith Search Engine: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/ |
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Wednesday, May 5, 2010
Hadith of the day - Sabar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebel...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perl...
thanx for sharing.. saya ni kurang sabar orang nya dulu2.. trying to be a better person dgn banyak bersabar..
ReplyDelete