Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Monday, May 17, 2010

Bulan dan Bintang

Fenomena semalam yang sungguh cantik ...

Kelihatan di langit bulan sabit dan bintang berkelipan. Sebenarnya itu bukanlah bintang tetapi adalah planet Venus. (Baca penerangan di sini). Saya terpaksa 'pinjam' gambar dari internet kerana camera saya rosak, tak dapat nak ambil gambar. 
Apabila melihat fenomena sebegini, apakah ianya habis di sini sahaja dengan kita hanya mengatakan , "Wahh..cantiknya..." ? tanpa kita memikirkan siapakah pencipta semua keindahan alam ini... bukalah Al-Quran ... bacalah makna ayat-ayat Allah (jika tak faham Arab ..seperti saya..) dan kaitkanlah kejadian ini dengan Maha Pencipta Maha Agung,  Allah SWT.

Surah Fussilat. Ayat 012.
Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Surah AlAn'aam. Ayat 097.
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
 dan Allah bersumpah dalam Surah Al-buruj :
Surah AlBuruj. Ayat 001.
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan tentang kejadian bulan dan bintang dengan kebesaran Allah SWT. Semoga ia akan menjadikan kita lebih tunduk dan tawaduk kpd Allah SWT. Amin. 

(http://sigir.uitm.edu.my/svsi/sumberutama.php)

5 comments:

  1. Subhanallah...cantiknya alam ciptaan Tuhan

    ReplyDelete
  2. Hampir terlanggar kenderaan dihadapan. Akibat terlalu asyik melihat bulan sabit tersenyum dan planet venus. Baru sedikit, terlalu sedikit keindahan dicipta oleh Allah, saya sudah hampir terlanggar.

    Lalu sang Ustaz bertanya "bagaimana keadaan kita disyurga ... dikelilingi oleh 700 bidadari...?"


    Lalu aku terdiam .... teringat madah Imam Syafie.


    "Ya Allah, aku TIDAK LAYAK untuk ke syurga MU, tetapi aku TAKUT ke neraka MU."

    ReplyDelete
  3. thanx for sharing sis..

    betapa agung nya Ilahi..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Subhanallah...

    Harap-harap Azzah beserta keluarga riang dan tersenyum selalu, seperti suasaa gambar ini...

    Wasalam..

    ReplyDelete
  5. subnallah....
    sesungguhnya allah maha sgala-galanya

    ReplyDelete

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP