Thursday, October 9, 2008

Cerita Raya 2008

Cerita Raya 2008

1) Malas
Entah kenapa aku diserang angin malas untuk meng'update' blog. Hanya sesekali jenguk utk lihat samada ada orang tinggalkan komen dan bloghopping beberapa blog yang selalu aku kunjungi. Rasa macam semua orang tulis cerita sama, Ramadhan ...... Syawal....... Raya .............
Dalam kepala satu senarai panjang 'to do list...'

2) Abah @ Wan @ Pak Chaq
Minggu terakhir Ramadhan, kami dikhabarkan abahku tiada selera makan dan kurang sihat.
Jumaat malam Sabtu, 26 September 2008, kami diberitahu oleh anak saudaraku bahawa abahku dibawa ke hospital besar Pontian oleh Ayah Ngah(abangku yang duduk di JB). ... dan malamnya dikhabarkan lagi bahawa abahku di tahan di wad, dehydrated dan lemah2....
hatiku tidak keruan mengenangkan abahku yang sudah tua dan uzur (abahku sudah berumur 86 tahun)... apatah lagi hanya tinggal beberapa hari lagi hendak menyambut Syawal..... hati melonjak-lonjak ingin balik saat itu juga , tapi esok pagi Sabtu aku kena mengajar, ada kelas Master dan suami pula bekerja. Malam itu kupanjatkan doa ke hadrat Ilahi semasa solat tahajjud agar abah kembali sihat ....

Berbincang dgn suami bgmn plan terkini.... suami tidak ada cuti, kalau ikutkan kena kerja hari Isnin dan Selasa sebelum 1 Syawal pada hari Rabu, sedangkan aku sudah pun mengambil cuti seminggu. Aku meminta izin dgn suami agar membenarkan aku dan anak2 pulang terlebih dahulu menjenguk bapaku di hospital, lagi pun anak ke-2 ku Zaid sudah boleh memandu, kalau aku penat boleh gilir-gilir suruh dia drive sepanjang perjalanan pulang ke Johor.
Akhirnya, pagi Ahad kami semua sudah bertolak balik ke kampung termasuk suamiku (dia ambil cuti juga - unpaid leave- hari Isnin dan Selasa) ..

Alhamdulillah highway ke selatan tidak jam sepanjang perjalanan balik...sampai di Pontian lebih kurang jam 4 ptg, terus ke hospital utk menjenguk abah. Alhamdulillah keadaan abah sudah semakin stabil. Faizah anak saudaraku ada menjaga abah pada waktu itu. Khabarnya Firdaus, anak kak long ku menjaga abah semasa waktu malam kerana wad itu wad lelaki, kurang elok sekiranya Faizah yang menjaga pada waktu malam. Alhamdulillah cucu-cucu abah sudah besar utk menjaga abah di hospital.

Isnin pagi aku sudah menalipon ke pejabat di Shah Alam utk memohon mereka mengeluarkan GL utk diberikan kpd pihak hospital, ALHAMDULILLAH staff di pejabat pendaftar memberikan kerjasama yg baik apabila diminta utk faks GL terus ke hospital...

Ptg Isnin abah dibenarkan balik kerana keadaan sudah kelihatan stabil.

Selasa abah cuba utk berpuasa walaupun ditegah oleh kami semua... menjelang tghr keadaan abah sudah semakin lemah, lalu kami menyuruh abah buka puasa dgn meminum air kerana bimbang dehydration. Dgn perasaan terpaksa abah buka puasa. Kami faham perasaan abah yg hendak berpuasa walaupun keadaan dirinya yg tidak sihat. (ini mengingatkan ku kpd satu rancangan TV yg aku tonton menunjukkan betapa orang2 yg muda belia sihat gagah perkasa ditangkap tidak berpuasa kerana makan di warung2...alasan tak tahan, gastrik dan sebagainya... itulah bahananya jika iman tidak di dada, wallahualam)

Selasa (30 Ramadhan) - Riuh rumah atok dan Wan dengan 17 - 1(Asma' di Jordan) orang cucu dan anak2 (4 orang). menjelang berbuka puasa, sudah penuh meja dengan juadah ketupat, rendang, lodeh etc pemberian jiran sekeliling (semua jiran adalah saudara-mara ku juga...)
Dalam hati terasa sedih juga mengenangkan anak sulung ku Asma' yg beraya di Jordan bersama sahabat demi perjuangan menuntut ilmu. Berita diterima sebenarnya Asma' sudah pun menyambut Eid Fitri pada hari ini (kebanyakan negara di Timur Tengah menyambut Syawal awal sehari dari Malaysia) Msg dan panggilan telefon pengganti diri, hendak skype atau YM tapi line internet TERSANGATLAH Lembabnya....

3) 1 Syawal

Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia utk sembahyang sunat Raya...
balik dari solat, semua anak cucu beratur mengikut giliran bersalaman dgn atok dan wan, ibu bapa, mak dan pak saudara dan sesama sepupu ... sesi mengambil gambar pun bermula...

selepas itu kami memulakan trip mengunjungi sanak-saudara di kampung.... sehingga jam 2 ptg kami semua sudah kembali ke rumah atok dan wan keletihan yang teramat sangat...apataknya dikira dicongak 10 buah rumah saudara telah kami kunjungi....

dapat sms dari Ida dan keluarga hendak datang jam 3 ptg... ku kira ada lebih kurang 1 jam utk berehat, solat dan bersiap sedia menanti Ida dan keluarga berkunjung.

4) 2 dan 3 Syawal
selepas bersiap2 kami bertolak ke JB utk menziarahi sepupu abi, kemudian terus ke Mersing. Lamanya kami tidak ke Mersing... kali terakhir pada tahun 2003 semasa melawat arwah bapa mertua ku di sana. sampai di Mersing lebih kurang pukul 3 ptg...terus ke Suara's Chalet.

Rancangan kami sejak awal tahun ialah hendak berkumpul adik-beradik suami semenjak ibu mertua ku tiada, supaya hubungan silaturahim antara adik-beradik terus kukuh. Namun perancangan Allah lebih mengetahui. 2 orang abng dan adik suami serta keluarga tidak dapat hadir kerana mereka perlu bekerja dan menjalankan tugas masing-masing pada Raya kedua dan ketiga. Seorang di Melaka dan seorang lagi perlu ke offshore...di Terangganu.

4 Syawal
Bertolak balik semula ke Pontian. Singgah di Parit Raja dan Broleh di Batu Pahat menziarahi kakak dan makcik pakcik suami. Sekembali ke Pontian, hatiku lega melihat abah sudah stabil..ada selera makan dan kelihatan ceria bersama-sama anak cucu. Tidak boleh bayangkan anti selepas kami semua kembali ke kota, abah dan mak akan tinggal berdua kembali. Ya Allah, semoga Engkau pelihara kebajikan ibu bapaku sepanjang masa. Amin.

5 Syawal
bertolak balik ke Shah ALam. On d way singgah di Melaka rumah Ida dan Angah (kawan kami semasa menuntut di USA dahulu). Sampai di Shah ALam sudah maghrib. Hurm.... hati mengucapkan syukur kerana keadaan rumah kami selamat sepanjang masa kami di kampung. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku... Alhamdulillah ikan2 di akuarium juga telah diberi makan oleh anak2 jiranku yg tidak pulang ke kampung sehingg ahari raya pertama.

8 comments:

  1. Alhamdullilah, Kak Azah. Nampaknya berisi jugak Raya tu walaupun tak seperti yang dirancang:)

    ReplyDelete
  2. semoga bapa nurazzah bertambah sihat..

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. Hazia,
    Alhamdulillah...walaupun hati ini sentiasa risau dan terkenang-kenang akan abah akak...

    ReplyDelete
  4. Kak Elle,
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    Seronok baca entri terbaru Kak Elle berkenaan Hari Raya... banyak Kak Elle dapat ang pau ya!

    Ya, Doakan semoga ayahanda saya akan bertambah sihat... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Norazzah

    Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Masih ada kuih raya?.

    ReplyDelete
  6. Bestnya banyak jugak rumah yang dapat diziarahi.

    Semoga your father bertambah sihat.

    Lamanya tak jumpa Ida ( Rafidah kan ?? ), tentu dah besar panjang anak2 dia.

    ReplyDelete
  7. Pak Latip,
    ada lagi kuih raya...jemputlah ke rumah....

    ReplyDelete
  8. silversarina,

    Alhamdulillah...

    abah saya dah stabil, biasalah dah tua, sakit tua tu mmg ada....

    Ida...oh ya... lupa pulak yang you kenal Ida(Rafidah)...sbb dia dulu mmg pernah duduk Kemaman sekejap sebelum berpindah ke Melaka.
    Mmg anak2 dara yang 4 orang tuh semua dah besar2... anak yg pertama Tasnim, telah melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 6 Syawal hari tuh...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....