Friday, September 12, 2008

Kalahiran & kematian

Salam Ramadhan. 12 Ramadhan.

Pagi ini semasa hendak menghantar Hana ke tadika, anakku itu bertanya beberapa soalan yang membuatku kaget dan akhirnya memaksaku memikirkan persoalan tersebut, iaitu tentang kelahiran dan kematian.

"Ummi, baby masa lahir ada nyawa tak ummi, dia hidupkan?" tanya Hana'.

" Nanti bila Hana' dah besar macam ummi, ummi dan abi dah matilah ye?" tanya anakku lagi.

Sambil memandu kereta ke tadika Hana', otakku ligat memikirkan apakah jawapan yang hendak ku jawab dalam bentuk yang sangat mudah untuk seorang anak berumur 6 tahun memahaminya.

..... (sambungan....)

Assalamu'alaikum semua,
Atas permintaan pembaca bloggers sekelian, saya kembali menulis untuk menyambung entri yang tertangguh sekian lama.

Sesungguhnya masa amat mencemburui ku. Sebenarnya bercadang untuk menangguhkan menulis buat sementara waktu, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan, dan juga entah kenapa mood untuk menulis di blog seakan-akan semakin hilang...

ok...kembali semula kepada persoalan yang Hana' utarakan kpd ku ...mengenai kelahiran dan kematian...

Untuk soalan yang pertama:
Jawapan yang aku berikan ialah " Ya Hana', baby ada nyawa semasa dalam perut ibu lagi, sebelum dilahirkan lagi baby dah boleh gerak dlm perut ibu dia" Selepas itu aku mengingatkan dia tentang satu cerita yang kami pernah menonton di TV - documentary mengenai fetus in the womb - suatu masa dulu.

Untuk soalan yang kedua:
Jawapanku: " Ya, Mungkin ummi dan abi sudah meninggal ataupun mungkin belum lagi. "

Hana' bertanya lagi: "Macamana tu ummi?"

Ummi , " Sebab kita tak tahu bila kita akan meninggal (mati) kerana semua tu Allah yang tentukan"

sambungku lagi, " Siapa mak dan abah ummi?"

Hana jawab, " atok dan wan "

"Atok dan Wan hidup lagi ke dah meninggal?" tanya ku.

Hana Jawab, "laaa...atok dan wan kan ada kat kampong .."

"ok...jadi... ummi dah besar tapi mak dengan abah ummi hidup lagikan?" sambungku lagi.

Hana jawab, "ha...ah"

sambungku lagi, " Siapa mak dan abah abi?"

Hana jawab, " nenek, tapi siapa abah abi ya? " (Hana tidak pernah berjumpa arwah bapa suamiku kerana beliau sudah meninggal sebelum Hana dilahirkan lagi)

"Abah abi dah meninggal lama dulu" jawab ku.

"Nenek mana?" tanyaku lagi.

"Nenek...(sambil kelihatan spt sedang berfikir)...eh..kan nenek dulu ikut ummi dgn abi pergi haji, tapi nenek tak ada ikut balik. Ummi kata nenek dah mati kat Mekah.." teragak-agak Hana' mengingati semula peristiwa lalu.

"Meninggal..... untuk orang Islam kita cakap meninggal, bukan mati" kataku lagi.

"Jadi ... abi dah besar tapi mak dengan abah abi dah tak ada lagikan?" kataku lagi.

"Ha...ah" jawab Hana'

"Hana pernah baca dalam suratkhabarkan, ada cerita baby meninggal?" kataku lagi.

"Ha..ah" jawab Hana' pendek.

" Jadi kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, ada orang tua meninggal, ada baby tu pun meninggal juga. Semuanya Allah yang tentukan..." jawab ku.

"Ok...Hana' ... dah sampai sekolah Hana'...nanti kita cerita lagi ya... bye... Assalamu'alaikum" kataku sambil mencium pipi Hana' dan melambai-lambaikan tangan kepadanya yang sudahpun memasuki pagar sekolah tadika Nuh's Ark.



13 comments:

  1. alah.. macam drama bersiri pulak!! ada sambungan pulak kak azzah??? ke lama betul akak memikir?
    ;)

    ReplyDelete
  2. kak azah,

    susah juga nak jawab tu..sempat ke jawab sebelum sampai ke tadika..

    macam2 ye dalam fikiran anak2 ni..asiah pula pernah ckp pd saya yang dia tak nak kawin sbb if kawin tak dpt tinggal dgn ummi lagi..agaknya anak2 ni takut kehilangan mak dan ayahnya.

    ReplyDelete
  3. Soalan pertama mungkin mudah dijawab. Soalan kedua sebenarnya untuk diri kita. Sudah bersediakah kita meniti jalan abadi? Apa yang perlu ditinggalkan untuk anak-anak kecil ini dan apa yang bakal kita bawa menghadap Ilahi?

    Salam ukhuwah to yr hubby

    ReplyDelete
  4. anak anak bagai kainputih.. salam ramadhan akak azzah yg ittewww..

    ReplyDelete
  5. D,
    sibuk sangat tak sempat nak buat sambungannya.
    selepas hantar Hana' ke tadika dan kemudian terus ke pejabat. tu yang sempat taip intro aje dulu, kemudian dah sibuk dengan kerja langsung terlupa nak sambung. Sabtu dan Ahad pula akak sekeluarga pulang ke kampung, langsung tak sempat nak buka blog, balik ke SA Isnin pagi...sambung kerja semula...
    hurm... hari ni baru sempat nak jenguk blog semula...

    ReplyDelete
  6. UmmuAsiah,
    mmg jenuh jugk memikir nak jawab apa...

    Khaidir,
    Ahlan wa sahlan... rasanya ini kali pertama saudara tinggalkan jejak/komen di sini... apakah link ke blog saudara?

    ReplyDelete
  7. Ridzwan Bakar,
    boleh poskan 2 buah buku Haji Muda kpd alamat saya ...

    Salam ukhuwah kembali, InsyaAllah akan saya sampaikan kpd hubby... boleh visit blog beliau (ada link dari blog saya) tetapi beliau mmg jarang update, maklumlah tersangat sibuk dgn kerja2 harian dll....

    ReplyDelete
  8. en_me,
    Salam Ramadhan dan Selamat Datang ke blog akak.

    Ya..anak2 mmg ibarat kain putih bersih...kita lah yang mencorakkannya...

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadan

    Itu tandanya anak yang pintar. jangan pula sergah kalau dia tanya yang pelik-pelik.

    ReplyDelete
  10. kak azzah, a little something over at my blog. meh la ya!

    ReplyDelete
  11. Nurazzah8...:-) saya nak tahu juga apa jawapan nya....

    bila tu nak jawap.

    ReplyDelete
  12. menanti sambungan dia...:0)

    akak..salam aidilfitri dari kami sekeluarga..maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....