Thursday, September 4, 2008

Berpuasa di perantauan

Sesekali nostalgia berpuasa di perantauan menjelma dalam fikiran. Kali pertama berpuasa di perantauan adalah pada tahun 1984. Ogos 1983 kami berempat (ya, hanya 4 orang dan semuanya perempuan!!!) selamat menjejakkan kaki kami ke bumi USA. Satu tempat yang memang sangat asing bagi kami, remaja hingusan lepasan SPM dan kesemuanya berasal dari kampung.
Entah bagaimana kami tercampak ke situ, sememangnya itu semua adalah perancangan dari Allah swt.
Bandar tersebut dinamakan Tiffin, dalam negeri Ohio. Sebuah bandar yang kecil di baratdaya Ohio. Penduduknya sangat ramah dan baik walaupun pada mulanya memang kami menjadi perhatian mereka di situ. Al-maklumlah rupa kami yang memang tidak berkulit 'putih' seperti mereka.

Kedatangan kami disambut oleh musim luruh di sana. Suasana dan udara begitu nyaman dan kadangkala apabila angin kencang bertiup, menggigil-gigil kami dibuatnya. Kehairanan kerana melihat 'mat saleh dan minah saleh' begitu bersahaja berseluar pendek dan berkemeja-T berjalan-jalan diluar, sedangkan kami sudah mula memakai jaket yang agak tebal.
Kedatatangan musim sejuk bersama salji lebat yang turun menyebabkan kami sangat-sangat rindukan suasana di Malaysia yang sentiasa panas dan hujan.

Beberapa bulan berlalu, datanglah musim panas pada tahun berikutnya. Ditakdirkan bulan Ramadhan juga jatuh pada pertengahan tahun sekitar bulan Jun dan Julai, iaitu ketika musim panas sedang berada di kemuncaknya. Itulah pengalaman pertama kami berpuasa di perantauan dan ia menjadi pengalaman yang sangat menguji tahap keimanan kami.

Apa tidaknya, waktu subuh sekitar jam 4 pagi dan waktu maghrib, iaitu waktu berbuka ialah pada jam 9 - 10 malam. Bayangkan kami berpuasa selama 18 jam sehari!!! Pada waktu yang sama kami terpaksa menghadiri kelas pada semester musim panas. Itulah pengalaman berpuasa yang tidak dapat kulupakan... selepas berbuka kami bersolat dan menunggu waktu isya' untuk sama-sama bersolat berjemaah dan bersolat sunat tarawikh bersama-sama. Selalunya kami habis bersolat apabila hampir tengah malam. Tidur sejam-dua dan bangun pula untuk memasak dan bersahur.... sememangnya kami ketika itu yang pertama kali berpuasa di perantauan, mula merindui keluarga dan kampung halaman masing-masing. Ada yang menangis teresak-esak rindukan masakan emak semasa berbuka dan bersahur, ada yang hanya bersedih tetapi tidak mahu menunjukkan perasaan kepada kawan yang lain.

Namun begitu pengalaman mematangkan kami. Apabila berjauhan dari keluarga, apatah lagi jauh dari suasana masyarakat yang kita biasa, yang seagama dan sebangsa, kami menjadi semakin rapat sesama sendiri. kami berempat sudah menjadi seperti adik-beradik, apatah lagi kami tinggal satu apartment. Kami juga menjadi rapat dengan 'mak Arab' dan pelajar dari Indonesia yang seagama. Terdapat juga beberapa orang pelajar muslim dari benua Afrika seperti Sudan dan Mesir, dan seorang dua dari Pakistan dan Bangladesh. Kadangkala kami menjemput mereka ke apartment kami utk berbuka bersama, kadangkala kami berbuka di rumah mereka pula. Memang benarlah agama Islam agama yang syumul, ia mengikat hati-hati kami walaupun kami dari negara yang berbeza dan bertutur berlainan bahasa.

Walaupun begitu, di sana juga kami melihat mereka-mereka yang mengaku Islam tetapi tidak berpuasa. Mereka mengambil jalan mudah dengan mengatakan bahawa mereka dalam musafir, dibolehkan berbuka, dan ada yang terang-terang meneguk air kencing syaitan itu. Wallahu'alam.

Keadaan sekeliling juga sangat-sangat menguji keimanan kami (nasib baik kami ni perempuan kesemuanya, kalau lah pelajar lelaki, tak tahulah kami.) Musim panas yang panas dan kering, menyebabkan tekak sentiasa haus dan dahaga. Tetapi berkat dan hikmah bulan Ramadhan, kami tidak terasa begitu, cuma kami perlu menjaga hijab pandangan mata kami. Di sana sini, di tengah padang dan di bawah-bawah pokok di sekeliling kawasan kampus universiti, kelihatan bersepah-sepah 'minah-minah saleh' yang hanya berseluar pendek atau berbikini, berbaring di bawah sinar terik matahari. Tujuan mereka ialah supaya kulit mereka menjadi 'tan' atau berwarna coklat sawo matang, seperti warna kulit kita dari benua Asia.

Ya Allah, Engkau peliharalah pandangan kami dari mereka-mereka yang memudaratkan ini, Engkau peliharalah kami semoga sentiasa berada di jalanMu yang lurus dan benar ini.

12 comments:

  1. 18 jam.. hee tak pernah rasa..

    ReplyDelete
  2. salam ramadan buat seisi keluarga.

    Sebak pulak baca entry ni, apa yang ditulis memang itulaj jugak yang saya harungi di US dulu , bulan posa yang sungguh panas dan ada jugak pelajar malaysia yang ponteng selmaba makan di McD ( saya tau siapa orang2nya sebab saya nampak sendiri !! ) , memang sungguh mencabarhanya berempat di Tiffin, DC beratus malaysians ada , taklah terasa sunyi dan rindu sangat pada family di kampung , cumanya makanan berbuka memanglah tak berapa sedap sebab masing2 tak pandai masak :)

    ReplyDelete
  3. Puasa di perantauan walaupun susah, ada jugak manisnya...

    BTW, salam ramadan..

    ReplyDelete
  4. Mulan,
    kat vietnam puasa macam kat malaysia aje kan? sbb kedudukannya dekat dgn malaysia...

    ReplyDelete
  5. silversarina,

    Salam Ramadhan utk you sekeluarga juga,
    mmg mencabar sungguh kita berpuasa di perantauan kan....

    ReplyDelete
  6. mamamia,
    ye la... sekarang ni bila ingat semula kisah kita berpuasa di perantauan, mmg satu pengalaman yang sangat manis...

    ReplyDelete
  7. Salam, I tak pernah puasa abroad. Mencabarnya... dahlah masa tu Kak Azah budak2 lagi:)

    ReplyDelete
  8. Hazia,

    mmg bebudak sangat, baru 18 tahun kan... itulah yg menangis tu...rindu kat masakan emak, rindu kat kampung halaman, apatah lagi bila ingat kena sambut raya buat pertama kali berjauhan dari keluarga...

    ReplyDelete
  9. Nurazzah8,
    entah kenapa,itu pengalaman manis untuk saya. Muslim agak ramai kat NC, tapi Melayu hanya I dgn kawan2 ; 5 lelaki, 5 perempuan. Kita kerap dapat jemputan iftar. Dan waktu ni la I terlebih rajin menelaah buku resepi dari buku sekolah... he he he. Dulu mana ada internet kan. Kalau ada macam skrg ni.. lagi mudah.

    ReplyDelete
  10. CikMilah,
    dulu belajar di NC? di mana? Charllotte? eh...betul ke eja tu?
    tahun berapa ye?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...
    puasa di Tiffin..lately ni selalu terkenang kenangan di sana... I missed u all dearest sisters. Masa puasa kat europe..best sebab dah tuakan bukan 18 lagi...Kak Uda kenal saya tak.TQ sisters tunjuk ajar you all dulu masa kat Tiffin...boleh gi blogg saya n teka..tapi tak update mcm akak punye...from there u will know me...

    ReplyDelete
  12. the zulkivly,
    salam dearest sis,
    Memang kak Uda sentiasa terkenang kenangan di Tiffin kerana di situlah tempat yang mematangkan kak Uda... dari budak hingusan dari kampung di Malaysia, tercampak di situ, jauh dari ibu bapa dan sanak saudara serta kawan2...
    hurm..saper ye nih... Ida? Zuraida? atau Zai? Kak Uda rasa ini mesti Zai ...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....