Wednesday, May 25, 2016

Anak ke - 6


Alhamdulillah, Selasa 24 Mei 2016 menghantar anak ke-6, Mu'adz mendaftar di UiTM Seremban. Mu'adz mendapat tawaran Diploma Sains Aktuari. Pada mulanya, diriku semacam ragu-ragu benarkah Mu'adz hendak mengambil bidang Sains Aktuari? Kerana beliau tidak pernah menunjukkan kecenderungan beliau ke arah itu selama ini. Sebelum ini beliau selalu mengikuti pengembaraaan bersama rakan-rakan mendaki gunung, bercamping, ke air terjun dan lain-lain tempat yang bersifat semulajadi. Alhamdulillah, berkat tarbiyah dan pendidikan Musleh yang diterima oleh beliau sejak dari sekolah rendah Islam Hira', Maahad Tahfiz Quran Hira' dan Sek Men Islam Hira'.. Mu'adz lebih cenderung melakukan aktiviti-aktiviti bersifat nature lovers daripada suka melepak di shopping-shopping kompleks atau melakukan kerja yang tidak berfaedah. Semasa menunggu keputusan SPM keluar juga, Mu'adz memilih untuk bekerja sementara untuk mencari pengalaman mencari rezeki... Alhamdulillah lumayan juga gai yang diterima untuk membolehkan beliau menyimpan sedikit duit...

Mu'adz juga anak yang baik, suka menolong memasak jika berkesempatan dan membuat kerja rumah... tidak suka menyusahkan ibu bapa...lebih gemar membuat apa yang boleh dibuat sendiri..berusaha untuk mendapatkan apa yang dicitakan..

Semoga Mu'adz berjaya dalam bidang yang dipilihnya. 
Ini kali pertama saya ke UiTM Seremban. Kampus PFI yang baru ini. 

Muadz sedang mendaftar kolej..
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, fakulti di mana Diploma Sains Aktuari ditawarkan. Maka Mu'adz akan berada di sini selama 2 1/2 tahun di sini, InsyaaAllah.

Sunday, May 22, 2016

Kepulangan yang dinanti

Alhamdulillah, diam-diam rupanya sudah hampir dua tahun anak ketujuhku berkelana ke benua Afrika Selatan menuntut ilmu di Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa..Kedatangan Ramadhan menandakan sudah setahun Zubair, atau lebih mesra dipanggil adek oleh abang dan kakaknya, berada di sana sejak Ramadhan tahun lepas. Pihak DUZ telah menentukan bahawa Ramadhan adalah bulan yang diperuntukkan sebagai cuti tahunan nya.. Oleh itu, semua pelajar dimestikan pulang ke rumah masing-masing. Oleh itu, sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di sana akan pulang ke Malaysia, manakala yang tidak pulang, akan pergi bercuti ke tempat-tempat berdekatan atau ke tempat lain.

Hati ibu mana yang tidak rindu kepada anak-anak... sentiasa mendoakan adek dari jauh walau beribu batu, namun Allah itu Maha Mendengar Maha Pengampun Maha Pemurah...Semoga Allah Melindungi anakku dan juga rakan-rakan adek yang sama-sama menuntut ilmu di DUZ.

Mendapat wa dari adek yang beliau dan rakan-rakan sudahpun berada di airport di South Afrika, Semoga semua urusan berjalan lancar dan adek akan selamat sampai ke Malaysia pada malam esok, Isnin 23 Mei 2016 di KLIA pada jam 11:30 malam.


Adek Zubair, yang berserban putih. Sudah semakin besar dan kelihatan matang anak bujang ku yang dahulunya masih kecil.. kelihatan sudah berkumis juga.. hehehe..

SELAMAT PULANG ADEK ZUBAIR ... 

Update Isnin 24:00
==============
Syukur Alhamdulillah adek Zubair telah selamat sampai di tanahair pada jam 10:07 malam tadi ...

Tinggi melangit dah ! lebih tinggi dari ummi ...Adek akan bercuti sepanjang Ramadhan dan pulang kembali ke Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa selepas Syawal nanti.

Saturday, May 21, 2016

Majlis Pernikahan

ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah pagi hari yang sama dengan majlis perkahwinan....hatiku berdebar-debar ... perasaan yang bercampur baur dirasai dalam diri ini... gembira kerana akhirnya anak sulungku bertemu jodoh, sedih kerana timbul perasaan bahawa anak dara ku akan berada dalam jagaan seorang jejaka ...selepas ini tanggungjawab ku sudah selesai dan anak dara ku akan dipertanggungjawabkan kepada suami nya pula ... semoga anak-anak kami akan terus mengingati ibu bapa walaupun telah berkahwin ... takut pun ada juga, semoga majlis berjalan lancar..kerana ini adalah kali pertama mengadakan kenduri untuk anak perempuan.
Bukan tidak biasa mengadakan majlis perkahwinan, tetapi kedua-dua mejlis sebelum ini adalah untuk anak lelaki, persiapan dan perasaan nya berbeza. Untuk anak lelaki lebih mudah , tetapi utk anak perempuan, lebih banyak perkara perlu diambil kira.

Persiapan sudah bermula seawal pukul 7:30 pagi
Kedatangan pengantin perempuan, anak saya lah tu
Kedatangan pengantin lelaki
Jurunikah dari pejabat JAIS
Jurunikah sedang memberi sedikit tazkirah sebelum majlis pernikahan bermula
Pengantin perempuan menunggu dengan penuh debaran
Pengantin lelaki kelihatan cool sahaja
Pak Imam memberikan penerangan, kerana suami ku iaitu ayah pengantin perempuan yang akan menikahkan sendiri anak gadis ku

Aku nikahkan ..... akhirnya Alhamdulillah... selesai
Doa dibacakan selesai upacara pernikahan
Aamiinn
Ibu dan ibu saudara pengantin lelaki
Bapa dan saudara-mara pengantin lelaki
Bapa Mertua dan menantu
Sah sudah sebagai suami isteri



Waktu ini airmataku seakan hendak tumpah tapi sedaya upaya cuba ku tahan... mengapa perlu menunjukkan kesedihan di hadapan anak dan menantu. Kami sepatutnya bergembira...
kerana semua majlis berjalan lancar
Alhamdulillah
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....