Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Saturday, May 21, 2016

Majlis Pernikahan

ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah pagi hari yang sama dengan majlis perkahwinan....hatiku berdebar-debar ... perasaan yang bercampur baur dirasai dalam diri ini... gembira kerana akhirnya anak sulungku bertemu jodoh, sedih kerana timbul perasaan bahawa anak dara ku akan berada dalam jagaan seorang jejaka ...selepas ini tanggungjawab ku sudah selesai dan anak dara ku akan dipertanggungjawabkan kepada suami nya pula ... semoga anak-anak kami akan terus mengingati ibu bapa walaupun telah berkahwin ... takut pun ada juga, semoga majlis berjalan lancar..kerana ini adalah kali pertama mengadakan kenduri untuk anak perempuan.
Bukan tidak biasa mengadakan majlis perkahwinan, tetapi kedua-dua mejlis sebelum ini adalah untuk anak lelaki, persiapan dan perasaan nya berbeza. Untuk anak lelaki lebih mudah , tetapi utk anak perempuan, lebih banyak perkara perlu diambil kira.

Persiapan sudah bermula seawal pukul 7:30 pagi
Kedatangan pengantin perempuan, anak saya lah tu
Kedatangan pengantin lelaki
Jurunikah dari pejabat JAIS
Jurunikah sedang memberi sedikit tazkirah sebelum majlis pernikahan bermula
Pengantin perempuan menunggu dengan penuh debaran
Pengantin lelaki kelihatan cool sahaja
Pak Imam memberikan penerangan, kerana suami ku iaitu ayah pengantin perempuan yang akan menikahkan sendiri anak gadis ku

Aku nikahkan ..... akhirnya Alhamdulillah... selesai
Doa dibacakan selesai upacara pernikahan
Aamiinn
Ibu dan ibu saudara pengantin lelaki
Bapa dan saudara-mara pengantin lelaki
Bapa Mertua dan menantu
Sah sudah sebagai suami isteri



Waktu ini airmataku seakan hendak tumpah tapi sedaya upaya cuba ku tahan... mengapa perlu menunjukkan kesedihan di hadapan anak dan menantu. Kami sepatutnya bergembira...
kerana semua majlis berjalan lancar
Alhamdulillah

Sunday, December 12, 2010

Bunga Telur?

Hujung tahun, musim cuti sekolah, musim orang kahwin ...setiap hujung minggu ada jemputan kahwin..
Alhamdulillah, kebanyakannya adalah kawan-kawan semasa belajar dahulu, atau kawan anak-anak belajar... bermakna.... kita juga kena bersedia... mana tahu tiba-tiba salah seorang anak akan berkata, " Ummi..abi...saya nak kahwin!" 
Sudah bersediakan kami? 

.................

Malam semalam kami menghadiri kenduri kahwin anak kawan juga di Shah Alam..
besar-besaran juga walaupun anak lelaki...(hurm..selalu orang buat sebelah pihak lelaki tidak lah sehebat kenduri anak perempuan....)
tetapi yang saya tertarik adalah "bunga telur" yang diberi...
sebenarnya bukan telur..tetapi dapat coklat..!!! dan saya rasa lebih praktikal, daripada membeli bunga telur, nak rebus telur lagi (kalau orang Johor..selalu nak telur pindang...alaaa yang warna coklat tu..)...
 Coklat besar tu untuk ummi dan abi, anak-anak remaja dapat Toblerone, kanak-kanak (Hana' dan Zubair) dapat lollipop ...(hehehe..Hana' cakap...alaaaa..Hana nak Toblerone jugak!)
Hurmmm....agak-agak kalau anak saya kahwin nanti saya nak bagi apa ya sebagai "Door Gift"?? (kena tepuk poket, tanya budget...hehehe)

Sunday, November 28, 2010

Perjalanan jauh

Sabtu semalam hari yang sungguh bermakna. Perjalanan jauh dan pengalaman yang sungguh bermakna.
Awal pagi selepas subuh kami sudah bersiap-siap. Akan ke Johor Bahru menghadiri kenduri kahwin anak sepupuku. Pukul 8.30 pagi bertolak dari Shah Alam, sampai di Kempas jam 12.30 tghr. 
Sampai saja di rumah sepupu, terus masuk khemah kenduri...hurm..semua dah kelaparan...apalagi terus bersalam-salaman dengan sanak saudara yang hadir dan cari tempat duduk, ambil nasi dan lauk-pauk...
 
Alhamdulillah...kemudian duduk-duduk berborak dengan mak-mak saudara dan sepupu dan anak-anak saudara.
Namun yang paling kukenang ialah adegan jejak kasih, hurm..macam program Jejak Kasih TV3 pulak...
Memang betul lah... sebab sepupu saya ini dulu-dulu datukku ambil bela, dia anak orang Cina. Sebab tu muka dia putih melepak macam Cina. Selepas 50 tahun baru berjumpa kembali dengan emak dan adik-beradik dia..
Memang terharu sungguh, saya pula yang meleleh air-mata tengok...nanti kita cerita di lain entri ya..

Selepas menghadiri kenduri tu, kami terus bertolak balik ke Shah Alam. Dalam perjalanan ingat nak singgah rumah Cik Mat Gebu..tapi dia tak ada di rumah pula... CikMat ni rakan sehobi..kami sama-sama suka mengumpul pinggan mangkuk lama... kalau anda semua tengok hidangan masakan Cik Mat Gebu tu menggunakan pinggan mangkuk lama yang cantik-cantik kan...
 
Sampai di Shah ALam semula pukul 9 malam...penaatttttttttt 
12 jam marathon Shah Alam - JB - Shah Alam

Sunday, November 14, 2010

Kenduri Kahwin

Seperti semua sudah maklum, apabila bermula cuti sekolah akhir tahun, maka akan berduyun-duyunlah mendapat jemputan kenduri kahwin...
sebenarnya jemputan kenduri kahwin sudah bermula dari bulan lepas lagi...

Hari ini, jiran hadapan rumah membuat kenduri kahwin anak perempuannya. Besar-besaran nampaknya...bayangkan khemah makan telah dipasang sepanjang lorong sebanyak 11 buah khemah! Panjang sungguh...dan sudah semestinya ramai jemputan...maunya beribu-raban..
kenduri sudah bermula 2 malam lepas. Kenduri doa selamat. Malam semalam majlis akad nikah, kenduri lagi... tengahari ini majlis persandingan... tak tau malam ni ada lagi ke? 

Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin...

Monday, June 23, 2008

sooo many things happened in the last few days!!!

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam seminggu yang berlalu... banyak topik yang hendak ku tulis, tak tahu mana nak mula dahulu ....

22

Rasanya elok saya mulakan dengan angka 22. Ya... kenapa dengan angka 22???

Kerana pada tahun ini pada 22hb Jun ialah ulangtahun perkahwinan ku yang ke-22 ...

Wahh..cantik nombor tu, kalau dapat plet kereta 2222 kan bagus.... (berangan saja...)

Alhamdulillah tak sedar dah 22 tahun kami berkahwin, sepanjang 22 tahun ini lah berbagai perkara pahit manis masam masin semua telah kami lalui... seperti roda berpusing, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah... semua ini adalah ujian dan cobaan dari Allah SWT. Allah hendak melihat samada kita berupaya mengharungi semua ini demi untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Aku hadiahkan kpd suamiku sempena ulangtahun perkahwinan ini pendaftaran percuma (special tau!!) untuk menghadiri bengkel Mahligai Kasih, Kasih Disemai Kasih DiTuai, Semakin Hari Semakin Sayang, anjuran JIM Negeri Selangor yang diadakan pada hari Sabtu 21 Jun (sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami) - akan ku tulis sebuah entry khas untuk ini.

Hari ulangtahun perkahwinan pada tahun ini kami raikan nun jauh di utara di kanpung Titi Serong, Parit Buntar, Perak. Sebenarnya pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke Perak untuk menghadiri kenduri perkahwinan Hazimin @ penghuniSahara . Saya mengenali beliau melalui anak saya yang berlajar di Jordan.MB Perak, Hazimin, Faatihah, dan isteri MB Perak

Hazimin juga lulusan Uni di Jordan, begitu juga dgn isterinya.
Hazimin adalah rakan baik dan rakan kongsi Zaid anak SilverSarina. Sebenarnya isteri Hazimin ialah anak Menteri Besar Perak sekarang. Kedua-duanya anak sulung dalam keluarga masing-masing. Saya mendapat jemputan dari Hazimin. Oleh itu saya datang kenduri yang di adakan di rumah Hazimin, di sebuah kampung yang berlatar-belakang sawah padi dan bukit-bukau .... sungguh cantik pemandangan di kampung tersebut, sehingga sewaktu dalam perjalanan pulang, kami berhenti di tepi jalan / sawah untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik , dengan pohon kelapa melambai-lembai ditiup angin.

Bertolak jam 9 pagi, kami sampai ke rumah pengantin lebih kurang jam 1 tengahari. Keadaan mendung dan mula hujan apabila kami sampai. sedang memerhati di mana hendak parking kereta, rombongan pengantin dari rumah pengantin perempuan pun sampai. Lalu kami tunggu sebentar memberi laluan kepada rombongan pengantin.


Berpakaian sedondong serba hijau ( spt hijau epal, warga kegemaran ku juga), kelihatan ibu bapa pengantin perempuan (Dato Ir Mohd Nizar & isteri) turun dari kereta. Dibelakang menaiki MPV Merc kelihatan pasangan pengantin juga berpakaian sama warna hijau. semasa melintas disebelah kereta kelihatan Hazimin tersenyum memandang (manis senyum pengantin baru...pengantin barulah katakan. .. berdarah manis !)


Orang ramai mula membanjiri kawasan khemah, sehingga kami kena beratur panjang untuk mengambil makanan dan menunggu giliran untuk duduk makan (semua kerusi sudah penuh)!!) Mungkin satu kampung datang meraikan perkahwinan Hazimin, al-maklumlah sudah menjadi menantu MB, seluruh kampung tumpang gembira.

Lebih kurang jam 2:30 ptg, kami beransur pulang, kerana perjalanan masih jauh ke Shah ALam.
ALhamdulillah selamat sampai ke Shah Alam apabila hampir masuk waktu maghrib.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....