Sunday, November 14, 2010

Apa punca sakit?

Semakin banyak mendapat undangan majlis perkahwinan, 
 sebelum ini undangan majlis doa selamat menunaikan fardhu haji, sebelum itu, majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri, minggu depan pula sambutan Hari Raya Haji, diikuti dengan lebih banyak kenduri perkahwinan. 
Ya Allah, bila lah nak diet nih? Mesti itu persoalan yang timbul di fikiran... 
Jadual diet terpaksa ditolak tepi, bila hidangan lazat di depan mata, selalunya kita berkata, " tak apalah, hari ni saja nak makan banyak..., esok boleh diet semula" Masalahnya esok dapat jemputan lagi..makan lagi..habis ditolak tepi rancangan hendak berdiet...

tetapi adakah diet sahaja mencukupi? Apa jenis diet? diet yang bagaimana yang efektif?

Apabila umur meningkat ke lewat 30an dan awal 40an, kita dihadapkan dgn pelbagai masalah kesihatan. Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, hati, kencing manis dan lain-lain turut menyerang.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. 

Jangan memaksa badan menjadi kurus, kerana paksaan hanya akan menyebabkan badan kita menjadi letih dan kita akan kecewa jika hasilnya tidak memuaskan hati.
Untuk membakar lemak tubuh kita memerlukan bahanapi iaitu hormon memecah lemak yang cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. 

hurm..saya bukan lah pakar pemakanan atau diet...saya sendiri perlukan berdiet juga kerana kalau mengikut ketinggian saya (yg pendek ini) saya perlu kurangkan berat badan kerana BMI dah masuk area kuning...kira dah masuk area heavyweight lah...eh! heavyweight pulak...Overweight lah.. 

ok..jom diet...

Kenduri Kahwin

Seperti semua sudah maklum, apabila bermula cuti sekolah akhir tahun, maka akan berduyun-duyunlah mendapat jemputan kenduri kahwin...
sebenarnya jemputan kenduri kahwin sudah bermula dari bulan lepas lagi...

Hari ini, jiran hadapan rumah membuat kenduri kahwin anak perempuannya. Besar-besaran nampaknya...bayangkan khemah makan telah dipasang sepanjang lorong sebanyak 11 buah khemah! Panjang sungguh...dan sudah semestinya ramai jemputan...maunya beribu-raban..
kenduri sudah bermula 2 malam lepas. Kenduri doa selamat. Malam semalam majlis akad nikah, kenduri lagi... tengahari ini majlis persandingan... tak tau malam ni ada lagi ke? 

Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin...

Saturday, November 13, 2010

Tempat Solat

Suatu hari saya agak lambat ke Mesjidil Haram, namun dalam perjalanan dari hotel ke mesjid, hati dan mulut saya sentiasa berdoa agar ada "tempat" saya di dalam mesjid, walaupun kelihatan mustahil melihatkan padatnya umat Islam dalam MH. Setiap saf kelihatan jemaah haji sudah duduk rapat-rapat. Namun saya tidak putus asa, dalam hati berkata-kata, jika ada "tempat" ku InsyaAllah ada... aku terus berjalan ke depan, menoleh ke kiri dan ke kanan, meninjau-ninjau jika ada walau sedikit ruang ... tiba-tiba di saf sebelah kiri kelihatan seorang jemaah haji wanita (mukanya kelihatan seperti bukan orang Malaysia) melambai-lambaikan tangannya ke arahku.
Aku melihat-lihat sekeliling, mungkin dia melambai tangannya ke arah kawan beliau.. tapi dia terus melambai ke arahku. Aku membuat isyarat ke arah diriku, seolah-olah bertanya adakah dia memanggilku? Dia menganggukkan kepala.. lalu aku terus melalui di celah-celah saf jemaah haji wanita sambil tertunduk-tunduk memohon laluan hinggalah sampai ke sebelah  jemaah haji wanita tersebut. Apabila aku sampai, dia pun mengecikkan silanya sambil menyuruh aku duduk di sebelahnya. Alhamdulillah..ucapku dalam hati sambil melemparkan senyuman kepada beliau.

Ya Allah, syukur Ya Allah walaupun dalam keadaan sesak sebegini, masih ada ruang untuk ku di dalam Mesjid Mu ini Ya Allah. Di hadapan ku tersergam Kaabah di mana aku dapat melihat pancur emas dengan jelas. Melihat Kaabah sahaja membuatkan hati ku merasa sayu. Tidak lama kemudian kedengaran azan menandakan masuk waktu solat fardhu. Alhamdulillah syukur Ya Allah, Engkau Maha Mendengar Ya Allah..    
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....