Suatu hari saya agak lambat ke Mesjidil Haram, namun dalam perjalanan dari hotel ke mesjid, hati dan mulut saya sentiasa berdoa agar ada "tempat" saya di dalam mesjid, walaupun kelihatan mustahil melihatkan padatnya umat Islam dalam MH. Setiap saf kelihatan jemaah haji sudah duduk rapat-rapat. Namun saya tidak putus asa, dalam hati berkata-kata, jika ada "tempat" ku InsyaAllah ada... aku terus berjalan ke depan, menoleh ke kiri dan ke kanan, meninjau-ninjau jika ada walau sedikit ruang ... tiba-tiba di saf sebelah kiri kelihatan seorang jemaah haji wanita (mukanya kelihatan seperti bukan orang Malaysia) melambai-lambaikan tangannya ke arahku.
Aku melihat-lihat sekeliling, mungkin dia melambai tangannya ke arah kawan beliau.. tapi dia terus melambai ke arahku. Aku membuat isyarat ke arah diriku, seolah-olah bertanya adakah dia memanggilku? Dia menganggukkan kepala.. lalu aku terus melalui di celah-celah saf jemaah haji wanita sambil tertunduk-tunduk memohon laluan hinggalah sampai ke sebelah jemaah haji wanita tersebut. Apabila aku sampai, dia pun mengecikkan silanya sambil menyuruh aku duduk di sebelahnya. Alhamdulillah..ucapku dalam hati sambil melemparkan senyuman kepada beliau.
Ya Allah, syukur Ya Allah walaupun dalam keadaan sesak sebegini, masih ada ruang untuk ku di dalam Mesjid Mu ini Ya Allah. Di hadapan ku tersergam Kaabah di mana aku dapat melihat pancur emas dengan jelas. Melihat Kaabah sahaja membuatkan hati ku merasa sayu. Tidak lama kemudian kedengaran azan menandakan masuk waktu solat fardhu. Alhamdulillah syukur Ya Allah, Engkau Maha Mendengar Ya Allah..
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Tagged for Charity I was tagged by mamamia & Zlaa. Tagging originally started by Idham's blog . He is planning on a noble effo...
-
Sepanjang berada di Jepun, salah satu perkara yang diperhatikan adalah kebersihan bandaraya besar seperti Tokyo. Sejak menjejakkan kaki di L...
-
Inikah adab pelajar zaman sekarang? Apakah nilai adab seorang pelajar di zaman ini? Bukan budak sekolah rendah dan juga bukan budak sekolah ...
Itulah ganjaran kepada hamba yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah.
ReplyDeleteALLAH MAhA BESAR...
ReplyDelete