Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam, terutamanya rakan bloggers di alam maya ini.
Sejak kecil, saya melihat kita menyambut Hari Raya Aidil Adha sama meriah dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semasa kecil dan bersekolah, sepasang baju baru mesti disediakan untuk menyambut Hari Raya, tidak kira hari raya apa. Cumanya semasa Hari Raya Aidil Adha tiada kuih muih yang banyak seperti Hari Raya Aidil Fitri.
Hari Raya Aidil Adha lebih dikenali dengan nama Hari Raya Korban.
Kadang kala bertanya juga kepada ibu, ibu akan menjawab Hari Raya ini untuk orang-orang yang pergi haji.
Tanggapanku sebelum menunaikan haji, Hari Raya ini akan disambut oleh jemaah haji sama meriah sepertimana yang disambut di Malaysia.
Tetapi setelah aku sendiri pergi menunaikan haji, barulah jelas apa pengertian Hari Raya Aidil Adha ini. Malah, ketika kami di Mina, tiada pun sambutan Raya, kerana semua jemaah tinggal di dalam khemah yang kelihatan sama sahaja, makan nasi bungkus yang disediakan oleh pihak maktab di Mina. Masa hanya dipenuhi dengan zikir, membaca Al-Quran, berdoa, dan solat. di antara waktu-waktu melontar.

Selamat iduladha to you too..,,yes in performing Haj on the 10th of Zulhijjah .. the pilgrims would be melontar jumrah di mina.. if I still remeber it correctly.. yes they will be busy remembering Allah
ReplyDeleteSelamat hari raya korban Azzah.
ReplyDeleteUstaz yg mengajar di surau kami beritahu jgn sebut raya haji sbb raya ini utk semua org Islam. Bukan utk org yg mengerjakan haji sahaja.
Raya korban bermakna semua org yg mampu dituntut berkorban pada hari raya ini dan hari2 tasyrik.
Salam Aidil Adha Azzah
ReplyDeletesaya masak nasi impit dan rendang ajer
aktiviti hari ni bantu acara qurban
Wassalam