Saturday, January 15, 2011

Siapakah Itu?

 (sila klik untuk lihat dgn lebih jelas)

Tadi saja-saja jalan tengok trafik ke blog di nuffnang... klik nak tahu siapakah referrals tertinggi.
Selain dari google, yang kedua tertinggi adalah dari 
Terkejut jugak....kerana tuan punya blog ini sebenarnya sudah lama kembali ke Rahmatullah. Saya ada tulis entri berkenaan itu di sini. Semoga Allah meRahmati dan menempatkan roh Allahyarhamah bersama orang-orang yang soleh. Amin.
Disebabkan blog Allahyarhamah masih ada dan tidak ditutup, maka masih ramai lagi followers blog Allahyarhamah yang masih klik melalui blog Allahyarhamah untuk ke blog-blog lain yang tersenarai di bloglist disitu...
Al-Fatihah utk Allahyarhamah Raden Galoh

Friday, January 14, 2011

Semakin pulih

Alhamdulillah, hari ke hari ingatan Zubair semakin pulih. Jika mula-mula dahulu, jika saya tanya siapa nama kawan-kawan dia...Zubair akan jawab, " Tak ingat lah ummi ...Zubair tak tahu" 
Oleh itu saya pun menalipon emak kawan-kawan Zubair, agar membenarkan anak-anak mereka datang berjumpa Zubair jika mereka tiada kelas atau tidak sibuk...kemungkinan apabila Zubair melihat rakan2, ingatan beliau akan sedikit demi sedikit pulih kembali.  

Maka petang tadi, 9 orang kawan-kawan Zubair pun datang, selepas sekolah...apabila ummi menjemput mereka masuk, Zubair pun turun, lalu saya bertanya kepada Zubair, "Zubair, ni semua kawan Zubair datang nak jumpa dan main dengan Zubair, ingat tak nama kawan-kawan Zubair ni?" 
Zubair pun melihat seorang demi seorang rakan-rakan dia, lalu berkata, 
"Ingat...ni Wazini, ni Aiman, ni Afiq, ni Wafi, .....(dan lain2 ...hehehe..ummi pun tak ingat semua nama tu)"

SYUKUR , ALHAMDULILLAH...hampir menitis air mata ku ....
semoga ingatan Zubair kembali pulih seperti biasa...



Tuesday, January 11, 2011

Menziarahi Orang Sakit Sunat Mu'akkad

Ketika sedang mencari maklumat, saya terjumpa satu kenyataan yang berikut:
"Menziarahi orang sakit hukumnya adalah Sunat Mu'akkad ! 
Dan ianya merupakan amalan yang disukai Allah Subhanahu Wataala dan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.


Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua bloggers, FBians atau bukan bloggers sekali pun, terimakasih di atas keprihatinan anda semua...samada telefon, sms, msg etc...
walaupun antara kita tidak pernah bertemu muka dan ada yang dipisahkan jauh beribu batu, tetapi masih tidak lupa menalipon saya bertanya tentang keadaan anak saya, Zubair yang kemalangan tempohari.  Namun begitu sedih juga, ada saudara yang berada dekat namun sehingga kini tidak menelefon atau sudi bertandang menziarah...wallahu'alam...mungkin terlampau sibuk agaknya...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....