Showing posts with label kejadian alam. Show all posts
Showing posts with label kejadian alam. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Gunung Bromo, Indonesia

Selepas Gunung Merapi  memuntahkan laharnya beberapa minggu lepas, kini tiba pula giliran sebuah lagi Gunung berapi aktif yang dijangka akan memuntahkan laharnya tidak lama lagi.  

Gunung tersebut yang terletak di Pulau Jawa Timur, adalah Gunung Bromo.
Satu amaran paling tinggi, "red alert" telah dikeluarkan pada petang semalam.

Gunung Bromo telah mula mengeluarkan asap tebal dan beberapa siri gegaran kecil sejak 8 Nov yang lalu.
Sesiapa dalam jarak 3 km di sekitar Gunung Bromo dikehendaki berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Jarak Gunung Bromo ke Surabaya adalah 120km. Letupan terakhir adalah pada tahun 2004.

(sumber: The Star Wed 24 Nov 2010)


Wednesday, October 20, 2010

Jelebu ke Jerebu?

Jelebu? laaa..ini nama tempat di N9 ... saya baru pertama kali menjejakkan kaki ke daerah Jelebu bulan lepas. Sewaktu menghadiri perkahwinan anak seorang penulis prolifik tanahair yang terkenal dalam penulisan sejarah Islam berbentuk novel, siapa lagi jika bukan Pak Latip Talib. (Boleh baca mengenainya di sini.)
Sebelum ni bila dengar Jelebu aje, teringat masa sekolah-sekolah dahulu...belajar ILMU ALAM...hurm..ILMU ALAM? ialah, masa dulu mana ada "geografi."..... hehehe..adakah anda seangkatan dengan saya?
Fakta yang paling ingat sampai sekarang...Jelebu adalah sebuah kawasan yang paling kering di MALAYSIA..

Berita jam 8 mlm tadi: Muar dilanda jerebu!
dan TPM menasihatkan sekolah di tutup buat sementara waktu sehingga bacaan IPU menurun ke bawah 300.Pagi tadi bacaan IPU telah mencecah hingga melebihi 400!
Puncanya? ... seperti biasa setiap tahun begitulah... "spot-spot panas" dari negara jiran!
Orang-orang Muar tu (orang Johor sebut MUO) ... hati-hatilah ..jaga kesihatan, terutama yang ada anak-anak sakit semput/lelah tu...jangan bagi main kat luar semasa cuaca sebegini...

Wednesday, October 6, 2010

Alam Sekolah Insan

Apa yang anda nampak dalam gambar ini? Pokok? Bunga? Daun?

"cip, cip, cip.." Kicauan burung di taman hadapan rumah di pagi hari..Pagi yang tenang, langit nan cerah, Udara yang nyaman, diselang seli kicauan burung, leka meniti dari ranting ke ranting, dari satu jambangan bunga ke jambangan bunga yang lain menghisap madu ...Ahh..satu perasaan yang sangat syahdu bertakhta di hati ... Alhamdulillah...diriku masih bernyawa di saat ini, di hari ini, untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..

 Seekor burung sedang leka menghisap madu

Saat ini hati terdetik, "Apakah yang daku dapat pelajari dari alam ini, alam ciptaan Allah SWT ini?" Saat daku menghela nafas menyedut oksijen, yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan disekeliling, tumbuhan juga menyedut Karbon dioksida yang dihembus keluar oleh manusia. Saling lengkap-melengkapi...Allahu Akbar! Allah itu Maha Besar ...
 
  Nampak tak?

Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Kulit, akar, daun, pucuk, dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. 
Ketika segala-galanya diciptakan untuk manusia, maka wajar pula kita bertanya, manusia dijadikan untuk siapa? (***)

Zoom lagi...

Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia ini. Oleh sebab itu, segala-galanya dipermudahkan buat manusia. Bukan sahaja alam ini dilengkapi pelbagai persediaan buat manusia, tetapi alam ini dilengkapi dengan sesuatu yang sangat bermenafaat bagi menjayakan misi kedatangan manusia ke dunia ini...
ia adalah ILMU.  (***)

Dua misi besar manusia ke muka bumi ini..sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAH bagi memakmurkan , mengurus dan mentadbir muka bumi ini. Dua tugas besar yang mana sangat berat dan sukar sehingga amanah ini pernah ditawarkan kepada langit, gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menolaknya. (***)

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil"
(Surah Al-Ahzab: Ayat 72)

Gunung,langit dan bumi hanya sanggup menjadi "pembantu" manusia melaksanakannya. Mereka lebih rela dikuasi dari menguasai, mereka lebih rela menjadi SEKOLAH, manusia pula menjadi PELAJAR. Allah SWT menjadi GURU dan alam sejagat sebagai SEKOLAH BESAR. 

Maka belajar wahai manusia dari sekolah ini agar menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaanNya dan syurgaNya.

ALAM ITU SEKOLAH INSAN...BELAJAR LAH DRPD ALAM!

(*** Ketua Editor: Pahrol Mohd Juoi, SOLUSI :20)

Monday, May 17, 2010

Bulan dan Bintang

Fenomena semalam yang sungguh cantik ...

Kelihatan di langit bulan sabit dan bintang berkelipan. Sebenarnya itu bukanlah bintang tetapi adalah planet Venus. (Baca penerangan di sini). Saya terpaksa 'pinjam' gambar dari internet kerana camera saya rosak, tak dapat nak ambil gambar. 
Apabila melihat fenomena sebegini, apakah ianya habis di sini sahaja dengan kita hanya mengatakan , "Wahh..cantiknya..." ? tanpa kita memikirkan siapakah pencipta semua keindahan alam ini... bukalah Al-Quran ... bacalah makna ayat-ayat Allah (jika tak faham Arab ..seperti saya..) dan kaitkanlah kejadian ini dengan Maha Pencipta Maha Agung,  Allah SWT.

Surah Fussilat. Ayat 012.
Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Surah AlAn'aam. Ayat 097.
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
 dan Allah bersumpah dalam Surah Al-buruj :
Surah AlBuruj. Ayat 001.
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan tentang kejadian bulan dan bintang dengan kebesaran Allah SWT. Semoga ia akan menjadikan kita lebih tunduk dan tawaduk kpd Allah SWT. Amin. 

(http://sigir.uitm.edu.my/svsi/sumberutama.php)
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....