Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts

Monday, April 23, 2007

Damsyik & Nasi Mandi

18 March 2007 Damsyik; Nasi Mandi

Damsyik ialah sebuah bandar yg sgt cantik dipenuhi dgn tempat2 bersejarah. Kami masih lagi berjalan ronda sekeliling bandar Damsyik ini.









Melawat garden yg dipenuhi tumbuh2an herba.






K
ota lama di tengah-tengah bandar. A city within a city.












Kami ingin melawat makam sahabah Al-Jalil Abi Darda' namun tidak kesampaian kerana ianya ditutup sewaktu kami tiba di situ. Mungkin penjaganya sedang berehat atau sembahyang.




Pintu masuk ke makam Sahabah Al-Jalil Abi Darda'.






Ok. dah penat jalan-jalan sekeliling bandar Damsyik ini. Hurm, kalau ikutkan Asma' dan kawan2 dia nak jalan lagi, tapi Auntie Azzah dah tak larat, dah surrender... kaki dah penat..kena lah rehat sekejap!






"Sekejap... sebelum makan nak singgah kedai Halawiyat (manisan) dulu ke? Kakak2 senior kata halawiyat kat Syria ni lebih murah dari di Jordan" tanya Asma'. "Okay, boleh jugak. Lagi pun ramai kawan-kawan ummi dah pesan jangan lupa bawak balik Halawiyat... esp auntie Hayati", Maka kami pun singgah lah di sebuah kedai menjual manisan Arab ni, "Abu Rashed Sweets" atau "Halawiyat Abu Rashed"

Ok. "Apa kata kita makan dulu?" , "Eh! Ya tak ya jugak...seharian berjalan tak sedar belum makan lagi." Punya lah seronok dapat melawat tmpat-tempat bersejarah sampai lupa makan.
"Nanti saya bawa auntie makan kat satu tempat tu. Auntie belum pernah makan Nasi Mandi kan?", tanya Ashraf.


"Nasi Mandi? okay lah... Mandi pun mandi lah". Sejuk-sejuk ni kena makan Nasi Mandi selalu, sbb 2-3 hari sekali baru mandi...hahaha !









Haaa.....nak tengok Nasi Mandi? Ini dia...
punyalah besar pinggan (or should I say "dulang") dgn ayam bukan seketul tapi seekor tertonggok atas nasi yang setimbun tu!!!! Hurm... larat ke nak habis nih...

Tapi Ashraf boleh habis... !!!! Kesian Ashraf, penat bawa auntie Azzah jalan-jalan sekeliling Damsyik... takpe.. mesti habiskan sbb auntie Azzah belanja!

Akhirnya Auntie Azzah hanya berjaya habiskan 1/3 shj drpd Nasi Mandi tu, at last suruh Pak Arab tu bungkus... balik rumah Asma' nnt boleh sambung makan...


Selepas makan kami meneruskan agenda terakhir iaitu, shopping di Souq Al-Hamidiyeh. Dapatlah juga auntie Azzah shopping beberapa helai alas meja, cadar/comforter yg sgt cantik (Lina tanya, "cadar ni utk Asma' kahwin ke auntie?" Hurm... ye ke....??? "Kalau Asma' nak kahwin, nnt dia beli sendiri aje lah... pilihan sendiri, betul tak?" kata auntie Azzah. ) , souvenirs utk saudara dan rakan2 di Malaysia, dan beberapa helai jubah.


Beg utk Farhana (anak saudara)





Kepenatan menunggu Asma' tawar-menawar dg Pak Arab nak beli Jubah.



Selepas selesai agenda terakhir, kami pun berjalan ke tempat perhentian teksi di mana teksi yg kami chartered dari Irbid itu sedang menunggu. On the way, they want to buy some drinks "koktel Arab", they said it tastes very nice.


Sedang menunggu koktel, tapi Subhanallah...sejuknya angin yg bertiup..semakin malam semakin sejuk... tenguk Auntie Azzah dah siap pakai gloves dan muffler , tapi org Arab tu nmpk relax jek... hurm...dia org dah biasa...




Semakin ke malam semakin ramai org di Souq Al Hamidiyeh.

Friday, April 20, 2007

Kelisa dan Waja di Syria

18 March 2007 Kelisa dan Waja di Syria


Ketika berjalan menyusur di lorong sempit menuju ke Bab As-Saghir, kami terjumpa sebuah kereta yg kecil dan comel, tapi dalam hati berkata-kata, "Macam biasa lihat jek model ni..." ...








Bila berada di negara orang, rasa bangga juga lah tengok kereta buatan Malaysia digunakan di sana, walaupun so far kat Malaysia kami tak pakai kereta Kelisa ni. Ada juga jumpa kereta Proton Waja, tapi tak sempat ambil gambar.

Thursday, April 19, 2007

SALADIN - The Animated Series


Saladin - The Animated Series

Kebetulan selepas pulang dari ke Malaysia dari Jordan dan Syria, pada 7 April 2007 terbaca berita berkenaan Saladin The Animated Series sebuah filem animasi berkenaan Sultan Salahuddin AL-Ayubi yg 100% buatan Malaysia, iaitu 100% tenaga kerjanya adalah anak tempatan Malaysia. Projek ini dikendalikan oleh MDeC (Malaysia Dev Corp), a company that runs MSC Malaysia.

Dan hari ini(22 April 2007) dalam suratkhabar Berita Harian, 2 muka surat penuh dikhaskan utk berita ini. Ini ada kerana filem animasi 3D pertama dari Malaysia ini telah memenangi dua anugerah diperingkat antarabangsa. Ia telah membuka mata dunia terutamanya dari Jepun(yg menghasil kan Doraemon, Naruto) dan Amerika(Walt Disney) bhw Malaysia, sebuah negara yg kecil ini juga mempunyai bakat dan kebolehan yg setanding dgn mereka.

Sedikit petikan dari Berita Harian :
Melihatkan kualiti lukisan dan animasi Saladin, mungkin mereka tidak menyangka negara kecil seperti Malaysia juga memiliki kemampuan sebaris penggiat kartun animasi dunia seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS).
Kekaguman golongan itu menyebabkan trailer promosi Saladin selama kira-kira enam minit akhirnya dipilih memenangi anugerah Festival Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF), bagi kategori teknologi terbaik, di Korea pada Mei tahun lalu.

Tidak saja di SICAF, Saladin turut memenangi anugerah Tokyo Big Sight Award sempena Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007 yang juga pameran animasi terbesar dunia di Jepun, bulan lalu.
Kemenangan menerusi kategori kecemerlangan dalam imejan janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan visual khas dan animasi itu sekali gus mengiktiraf bakat kreatif animasi tempatan setaraf atau lebih baik daripada pengeluar animasi dunia iaitu Jepun dan AS.
Dua anugerah peringkat dunia itu menyebabkan penggiat industri animasi dunia mula membuka mata terhadap kewujudan dan pembabitan Malaysia dalam bidang berkenaan.
Lebih membanggakan apabila hak tayangan siri animasi Saladin membabitkan 26 episod dengan setiap episod tayangan selama 23 minit, kini sudah dibeli syarikat televisyen Qatar iaitu Jazerra Children Channel dan dijangka ditayangkan di negara itu tahun depan.

Saladin membuktikan bakat yang ada pada anak watan sebenarnya mampu menghasilkan animasi yang lebih baik daripada anime Jepun seperti Doraemon, Naruto, Gundam atau rancangan kartun keluaran ‘kilang’ animasi dunia iaitu Walt Disney seperti Aladin, Nemo atau Mickey Mouse.


Utk maklumat lebih lanjut, sila klik di link ini:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20070422114727/Article/

The Great Omayyad Mosque (part 3)

18 March 2007 Makam Saidina Hussein dan Ruqaiya
Masih lagi di Mesjid Omayyad di Damsyik, Syria. Selepas solat Zuhur di situ, Ashraf membawa kami melawat ke makam Saidina Hussein, cucu kpd junjungan besar Nabi Muhammad saw, anak kpd Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali r.a.

Saidina Hussein meninggal dlm peristiwa pembunuhan kejam di Karbala, Iraq, ketika beliau dalam perjalanan ke Kufah oleh tentera Bani Umayyah. Kepala nya dipenggal dan dipersembahkan kpd pemerintah ketika itu iaitu Yazid Bin Muawiyah, atau Yazid I iaitu khalifah kedua dlm kerajaan Bani Umayyah sebagai bukti bahawa beliau tlh dibunuh. Terdapat byk versi cerita ini pembunuhan Hussein di Karbala ini, perlu merujuk kpd ilmuan yg labih ariff sahaja.

Pihak Syiah sgt mengagungkan Saidina Ali bin Abi Thalib dan keturunannya. Ketika lawatan kami, terdapat ramai kaum Syiah berada di sekitar makam Saidina Hussein ini. Mengikut kata Ashraf, mesjid ini mmg menjadi tumpuan kaum Syiah terutama dari Iran. yang menyedihkan ialah terdpt byk perkara bida'ah yg mendukacitakan. Kami hanya mampu berisytifar. Makam tersebut dikucup semahu-mahunya sambil meratap2 dan menangis. Dibaca lagi Qasidah dalam Bahasa Parsi. Yang lebih lagi ada yang sujud! Ada juga yang mengoyakkan hujung kain tudung mereka atau mengambil benang2 dan mengikat di besi2 makam tersebut !

(Perhatikan gambar disebelah, terdapat byk kain dan benang diikat pd besi makam Saidina Hussein)



Makam Ruqayyah cucu kpd Saidina Ali

Di belakang Mesjid Omayyad yang besar ini pula, terletak makam Ruqayyah iaitu cucu Saidina Ali. Sekali lagi tempat ini menjadi tumpuan orang2 Syiah. Makam ini dibiayai oleh kerajaan Syiah dari Iran.

.






Sebuah masjid dibina dikenali sebagai Masjid Ruqayyah dan menjadi tempat orang-orang Syiah beribadat.







Sekali lagi bid'ah kelihatan di sini. Meratap, menangis mendayu-dayu dan mengucup makam bagaikan satu suruhan agama! Terdapat juga di sini tabung Imam Mahdi yang menurut kepercayaan Syiah akan muncul sebagai Imam mereka yang ke-12.

Mesjid ini dihiasi dengan kristal di segenap dinding dan siling yang memancar-mancar apabila terkena cahaya dari lampu. Sungguh cantik sekali.

Saya sempat merakamkan upacara yg dilakukan oleh mereka yg dipanggil "matam', iaitu memukul-mukul dada (ritualised beating of their chest) utk mengingati penderitaan Saidina Hussein di bunuh. Upacara ini dilakukan sempena bulan Asy-Syura.

Wednesday, April 18, 2007

Omayyad Mosque, Damascus, Syria (Part 2)

18 Mac 2007 The Great Omayyad Mosque


This Great Mosque stands at the heart of the Old city at the end of Souq al-Hamidiyeh. It was built by the Omayyad Caliph al-Walid ibn Abdul Malek in 705 A.D. when Damascus
was the capital of the Arab Islamic Empire.







It was constructed on the site of what has always been a place of worship: first, a temple for Hadad, the Aramean god of the ancient Syrians three thousand years ago; then, a pagan temple (the temple of Jupiter the Damascene) during the Roman era. It was later turned into a church called John the Baptist when Christianity spread in the fourth century.




Following the Islamic conquest in 635, Muslims and Christians agreed to partition it between them, and they began to perform their rituals side by side.









When al-Walid decided to erect an impressive
mosque suited to the grandeur of the Arab state "whose like was never built before, nor will ever be built after" as he is reported to have said he negotiated with the Christian community of Damascus, and undertook to construct a new church for them (St. John's) and allot several pieces of land for other churches, if they relinquished their right to their part of the Mosque. They agreed. It took ten years and eleven million gold dinars, as well as a huge number of masons, artists, builders, carpenters, marble-layers, and painters to complete.



It became an architectural model for hundreds of mosques throughout the Islamic world.
The mosque has a large prayer hall and an enormous courtyard which is heavily decorated by mosaics. In the middle of the courtyard are the Dome of the hours, the ablutions fountain, and the beautifully decorated Dome of the treasure.







.The interior walls are covered with mosaic panels, made of coloured and gilded glass, portraying scenes from nature. The dome is greyich-blue, celebrated for its magnificence.


A prominent feature of it are the three minarets built in different styles;Minaret of the Bride (9th and 12th centuries), Minaret of Qat Bey (15th century), and the Minaret of Jesus (13th century). the upper parts of which were renovated during the Ayoubite, Mamluk, and Ottoman eras.




Inside the prayer hall, it is where the Domed Shrine of the head of Nabi Allah Yahya a.s. At the time of our visit, the azn of Zuhur Prayer was heard. We took this golden opportunity to pray inside the mosque, near the shrine of the head of Nabi Allah Yahya a.s.



Makam kepala Nabi Yahya a.s.


Nabi Yahya a.s. adalah anak kpd Nabi Zakaria a.s. Umur Nabi Zakaria
ketika Nabi Yahya a.s dilahirkan ialah 90 tahun. Nabi Zakaria berdoa dan memohon kpd Allah swt supaya mengurniakan zuriat baginya sbg penyambung dakwah beliau kpd Bani Israel ketika itu penuh dgn sifat kejahatan.

Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) . Ayat 90.
"Lalu Kami perkenankan permintaannya, dan Kami berikan Yahya kepadanya, dan Kami jadikan isterinya berkesanggupan (untuk mengandung); sesungguhnya mereka telah berlumba-lumba dalam usaha-usaha kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan takut, dan mereka adalah orang-orang yang tunduk hatinya kepada Kami."

Surah Maryam, Ayat 7.
"Hai Zakaria!, sesungguhnya Kami menyampaikan berita gembira kepada engkau (akan beroleh) seorang anak laki-laki, namanya Yahya, yang belum Kami berikan sebelumnya nama yang serupa itu."

Surah Maryam, Ayat 12-15
"Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan durhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia diiahirkan, dan pada hari itu ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali."

Yahya adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah, zuhud, dan cinta. Nabi Yahya mengungkapkan cinta kepada semua makhluk. Ia dicintai oleh manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung. Sejak kecil lagi beliau telah menampakkan sifat-sifat yg matang bukan seperti kanak-kanak lain yg seusia dgn beliau.

Darah Nabi Yahya tertumpah ketika beliau berusaha mempertahankan kebenaran yang disampaikannya di istana raja yang zalim. Disebutkan bahawa raja yg zalim itu mahu berkahwin dgn anak saudaranya sendiri, dan Nabi Yahya a.s tlh mengluarkan fatwa bhw perkara itu tidak dibenarkan. Pada suatu hari, perempuan itu(anak saudara raja yg zalim) pun dtg mengadap raja dgn perhiasan dan persiapan diri yg sgt cantik. Raja yg sdg mabuk asmara itu pun segra bertanya apakah yg diingininya. Lalu perempuan itu pun berkata ,

"Bila Tuanku berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuanku dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini"

Raja yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan anak saudaranya tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannya telah tersingkirkan.

Walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.


Kisah Nabi Yahya a.s.
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/
himpunankisahparanabi6.htm

(Information taken from : Ministry of Tourism, Syria)

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....