
Saladin - The Animated Series
Kebetulan selepas pulang dari ke Malaysia dari Jordan dan Syria, pada 7 April 2007 terbaca berita berkenaan Saladin The Animated Series sebuah filem animasi berkenaan Sultan Salahuddin AL-Ayubi yg 100% buatan Malaysia, iaitu 100% tenaga kerjanya adalah anak tempatan Malaysia. Projek ini dikendalikan oleh MDeC (Malaysia Dev Corp), a company that runs MSC Malaysia.
Dan hari ini(22 April 2007) dalam suratkhabar Berita Harian, 2 muka surat penuh dikhaskan utk berita ini. Ini ada kerana filem animasi 3D pertama dari Malaysia ini telah memenangi dua anugerah diperingkat antarabangsa. Ia telah membuka mata dunia terutamanya dari Jepun(yg menghasil kan Doraemon, Naruto) dan Amerika(Walt Disney) bhw Malaysia, sebuah negara yg kecil ini juga mempunyai bakat dan kebolehan yg setanding dgn mereka.
Sedikit petikan dari Berita Harian :Melihatkan kualiti lukisan dan animasi Saladin, mungkin mereka tidak menyangka negara kecil seperti Malaysia juga memiliki kemampuan sebaris penggiat kartun animasi dunia seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS).
Kekaguman golongan itu menyebabkan trailer promosi Saladin selama kira-kira enam minit akhirnya dipilih memenangi anugerah Festival Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF), bagi kategori teknologi terbaik, di Korea pada Mei tahun lalu.
Tidak saja di SICAF, Saladin turut memenangi anugerah Tokyo Big Sight Award sempena Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007 yang juga pameran animasi terbesar dunia di Jepun, bulan lalu. Kemenangan menerusi kategori kecemerlangan dalam imejan janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan visual khas dan animasi itu sekali gus mengiktiraf bakat kreatif animasi tempatan setaraf atau lebih baik daripada pengeluar animasi dunia iaitu Jepun dan AS.
Dua anugerah peringkat dunia itu menyebabkan penggiat industri animasi dunia mula membuka mata terhadap kewujudan dan pembabitan Malaysia dalam bidang berkenaan. Lebih membanggakan apabila hak tayangan siri animasi Saladin membabitkan 26 episod dengan setiap episod tayangan selama 23 minit, kini sudah dibeli syarikat televisyen Qatar iaitu Jazerra Children Channel dan dijangka ditayangkan di negara itu tahun depan.
Saladin membuktikan bakat yang ada pada anak watan sebenarnya mampu menghasilkan animasi yang lebih baik daripada anime Jepun seperti Doraemon, Naruto, Gundam atau rancangan kartun keluaran ‘kilang’ animasi dunia iaitu Walt Disney seperti Aladin, Nemo atau Mickey Mouse.
Utk maklumat lebih lanjut, sila klik di link ini:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20070422114727/Article/