Masih lagi di Mesjid Omayyad di Damsyik, Syria. Selepas solat Zuhur di situ, Ashraf membawa kami melawat ke makam Saidina Hussein, cucu kpd junjungan besar Nabi Muhammad saw, anak kpd Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali r.a.
Saidina Hussein meninggal dlm peristiwa pembunuhan
kejam di Karbala, Iraq, ketika beliau dalam perjalanan ke Kufah oleh tentera Bani Umayyah. Kepala nya dipenggal dan dipersembahkan kpd pemerintah ketika itu iaitu Yazid Bin Muawiyah, atau Yazid I iaitu khalifah kedua dlm kerajaan Bani Umayyah sebagai bukti bahawa beliau tlh dibunuh. Terdapat byk versi cerita ini pembunuhan Hussein di Karbala ini, perlu merujuk kpd ilmuan yg labih ariff sahaja.
Pihak Syiah sgt mengagungkan Saidina Ali bin Abi Thalib dan keturunannya. Ketika lawatan kami, terdapat ramai kaum Syiah berada di sekitar makam Saidina Hussein ini. Mengikut kata Ashraf, mesjid ini mmg menjadi tumpuan kaum Syiah terutama dari Iran. yang menyedihkan ialah terdpt byk perkara bida'ah yg mendukacitakan. Kami hanya mampu berisytifar. Makam tersebut dikucup semahu-mahunya sambil meratap2 dan menangis. Dibaca lagi Qasidah dalam Bahasa Parsi. Yang lebih lagi ada yang sujud! Ada juga yang mengoyakkan hujung kain tudung mereka atau mengambil benang2 dan mengikat di besi2 makam tersebut !(Perhatikan gambar disebelah, terdapat byk kain dan benang diikat pd besi makam Saidina Hussein)
Makam Ruqayyah cucu kpd Saidina AliDi belakang Mesjid Omayyad yang besar ini pula, terletak makam Ruqayyah iaitu cucu Saidina Ali. Sekali lagi tempat ini menjadi tumpuan orang2 Syiah.
Makam ini dibiayai oleh kerajaan Syiah dari Iran.
.Sebuah masjid dibina dikenali sebagai Masjid Ruqayyah dan menjadi tempat orang-orang Syiah beribadat.
Sekali lagi bid'ah kelihatan di sini. Meratap, menangis mendayu-dayu dan mengucup makam bagaikan satu suruhan agama! Terdapat juga di sini tabung Imam Mahdi yang menurut kepercayaan Syiah akan muncul sebagai Imam mereka yang ke-12.
Mesjid ini dihiasi dengan kristal di segenap dinding dan siling yang memancar-mancar apabila terkena cahaya dari lampu. Sungguh cantik sekali.
Saya sempat merakamkan upacara yg dilakukan oleh mereka yg dipanggil "matam', iaitu memukul-mukul dada (ritualised beating of their chest) utk mengingati penderitaan Saidina Hussein di bunuh. Upacara ini dilakukan sempena bulan Asy-Syura.
No comments:
Post a Comment