Wednesday, May 17, 2017

SELAMAT HARI GURU 16 MAY 2017

Selamat Hari Guru Tahun 2017

Ucapan ini datang sedikit lewat, tapi aku masih tetap hendak menulis satu entri mengenainya. Sememangnya disengajakan kerana pada hari tersebut bertubi-tubi mendapat message mengenai Hari Guru ini ... Terimakasih kepada semua rakan taulan, sahabat-handai dan anak-anak murid samada yang masih lagi menjadi anak murid ku atau pun yang sudah lama tamat belajar, bekerja tetapi mereka masih mengingati ku...terharu..tiada yang lebih bererti bagi seorang guru/pendidik/pensyarah apabila mendapat message daripada anak murid yang masih mengingati kami... tidak perlu hadiah mahal, cukup sekadar ucapan terimakasih...

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru dan pendidik di tanah air. Tema Hari Guru 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa adalah amat bertepatan dengan cabaran dunia pendidikan masa kini dalam rangka melahirkan murid yang berakhlak dan bersahsiah mulia. Segala-galanya bermula daripada inspirasi murni seorang guru.
Guru adalah insan yang mendidik, mendorong dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik pelajar amat besar nilainya. 
Maka, disebabkan itulah guru ibarat pengganti kepada ibu bapa ketika di sekolah. Justeru, segala nasihat dan tunjuk ajar guru hendaklah dipatuhi.


Image result for ucapan selamat hari guru 2017

Wednesday, July 13, 2016

Kebersihan

Sepanjang berada di Jepun, salah satu perkara yang diperhatikan adalah kebersihan bandaraya besar seperti Tokyo. Sejak menjejakkan kaki di Lapangan terbang Antarabangsa Haneeda, Tokyo, berjalan ke landasan keretapi, menaiki subway bawah tanah, dan berjalan ke tempat penginapan, tiada satu sampah pun yang saya temui di sepanjang perjalanan tersebut! Amat mustahil kan? Apatah lagi di bandaraya sebesar Tokyo ini, masakan tidak ada sampah? Ya, itulah hakikatnya, rata-rata jika ditanya kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke Jepun, apakah perkara yang paling disukai sepanjang berada di sana? Sudah semestinya salah satu perkara yang akan dinyatakan adalah KEBERSIHAN bandar dan negaranya.
Bagaimanakah Jepun berjaya mendidik rakyatnya agar sangat prihatin tentang kebersihan? Jika kita baca dan menonton filem dokumentari mengenai negara Jepun, mereka telah menanam sikap dan perasaan kepada kebersihan sejak kecil lagi. Kanak-kanak di sekolah tadika lagi telah dididik bagaimana hendak membuang sampah dengan betul, recycle dan mengutamakan kebersihan. Sampah tidak boleh dibuang sesuka hati, perlu diasingkan mengikut kategori agar senang untuk di kitar semula. Malah pekerja yang mengutip sampah adalah digelar Jurutera Kebersihan dengan mempunyai gaji yang cukup tinggi setanding dengan jurutera yang lain!

Semasa saya berjalan2 di bandar, ketika memakan makanan, balutan makanan itu perlulah disimpan di dalam beg jika tiada menemukan tong sampah, dbawa pulang dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di rumah!

Sebenarnya ini adalah ciri-ciri Islamik, tetapi mengapakah ianya sangat dipaktikkan di negara yang penduduknya majoriti bukan-Islam?  Sebaliknya pula jika kita lihat di negara-negara Islam termasuk Malaysia itu sendiri... tek perlu pergi jauh...cuba perhatikan di persekitaran rumah dan taman perumahan anda...

Bgmnkah sikap ini dapat diterapkan di dalam diri rakyat Malaysia terutamanya?


Saturday, June 25, 2016

Nakai Ochiai Shinjku-ku

Nakai Ochiai Shinjku-ku - itulah nama kawasan di mana suamiku tinggal ... masih dalam Tokyo area Shinjuku, tetapi kawasan perumahan ini seperti agak perkampungan di dalam bandar Tokyo yang besar ini...di tengah-tengah kotaraya yang menempatkan 13.51 juta penduduk dalam kawasan seluas 2191 km persegi, kawasan perumahan ini agak sunyi dari hiruk pikuk kenderaan dan orang ramai.

Our arrival in Shinjuku was greated by a bed of flowers in-front of the dorm's building...it's the end of spring and the beginning of summer in Japan. so, we are lucky to get to see all the beautiful flowers because by the end of our holiday, the flowers are all gone ..


 In front of the dorm's building
Flowers are well kept by the house owners, Lots of Hydrangeas ...my favourite flowers !

                 Really loved the smell of flowers and the fresh air of spring

 Lavender !! Love the smell of Lavenders !!!

 We enjoyed our stroll along the vicinity's street ...

 Very clean city and country



Tuesday, June 14, 2016

Impian 36 tahun

1980 - Sewaktu umur ku 15 tahun, Ucu, panggilan kepada ibu saudara bungsu sebelah ibu dihantar berkursus untuk beberapa ketika (sebenarnya daku sudah lupa berapa lama) ke negara Jepun. Sekembalinya dari negara matahari terbit itu, Ucu telah memanggil anak-anak saudarany berkumpul di rumah induk, rumah peninggalan datuk dan nenek,  Masih ingat Ucu telah membahagi-bahagi cenderamata yang dibawa pulang dari Jepun, dan aku telah mendapat sehelai blouse lengan panjang berwarna biru. Tidak terkita gembiranya hati mendapat pemberian tersebut.
Namun yang paling tidak aku lupa adalah Ucu telah memasang layar putih besar di ruang tamu rumah, dan menunjukkan slide-slide yang mengandungi gambar-gambar Ucu di sana.. Kagum juga dengan diri ini kerana masih mengingati satu-persatu keadaan semasa itu. Yang paling aku ingat, bgmn Ucu telah diajar memakai pakaian kebangsaan orang Jepun, iaitu KIMONO.
Sejak dari saat itu, aku telah menanam satu cita-cita dalam diri ini bahawa suatu hari nanti, aku mesti juga sampai ke negeri matahari terbit itu... mendengra cerita-cerita Ucu telah membangkitkan lagi semangat untuk ke sana, yang aku tidak pasti samada tercapai atau tidak...namun di hati kecil seorang remaja belasan tahun ketika itu, aku berdoa ke hadarat Allah semoga memurahkan rezeki dan memanjangkan umur ku jika berkesempatan untuk ke sana.
Masa berlalu, tahun berganti tahun ... perjalanan hidup menentukan aku mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat selepas SPM... bermulalah pengembaraan menuntut ilmu di negara Uncle Sam itu .. namun jauh di sudut hati masih tersimpan cita-cita hendak menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Belajar, berkahwin, melahirkan anak, seorang demi seorang ... menghadkan perjalanan untuk ke mana-mana...
1997 - Suami dihantar berkursus selama 3 bulan ke Jepun. Jika diikutkan hati mahu saja turut serta ke sana. Namun dengan anak-anak yang masih bersekolah dan masih kecil-kecil...niat tersebut terpaksa di pendam dan ditunda ...entah bila ..sedih juga ...

2016 - Sekali lagi syarikat suami bekerja menghantar suami untuk berkursus sambil bekerja di HQ di Tokyo, Jepun. Kali ini, aku tidak mahu melepaskan peluang untuk ke negara tersebut...anak-anak juga sudah besar-besar semuanya...mendapat peluang bercuti, dengan segera aku membuat tempahan tiket kapalterbang dan akhirnya Alhamdulillah, pada 31 Mei 2016.aku dapat menjejakkan kaki ke bumi Nipon itu... walaupun suatu ketika dahulu, Jepun pernah menjajah Malaya, dan negaranya pernah hancur dek bom atom di Hiroshima dan Nagasaki,  namun aku kagum dengan semangat Nipon yang bangkit membangunkan negara mereka semula dalam sekelip mata, negara mereka boleh maju setanding dengan USA ...

Dalam flight bersama Hana'
 telah sampai di Haneeda Airport, Tokyo

 Dalam train dari airport ke rumah abi

Malam pertama sampai di Jepun 

Saturday, June 11, 2016

Kembali ke tanahair

Alhamdulillah akhirnya selamat kembali ke tanah air tercinta ...betullah bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik di negeri sendiri...walau bagaimana bagus dan baiknya negeri orang, lama kelamaan kita akan rindu hendak kembali ke negeri sendiri juga ..

Sepuluh hari yang lepas saya dan anak bungsu telah berkelana ke negeri matahari terbit, negeri Jepun, atau Nihon...Ini adalah kali pertama buat kami berdua hendak menjejakkan kaki ke situ ..
sempena cuti sekolah ini atas tujuan bercuti dan juga menziarahi suamiku yang bekerja di sana.

InsyaaAllah akan ada lebih banyak post yang akan saya tulis berkenaan pengalaman kami di sana...
setiap hari penuh dengan perkara baru, tapi saya tidak berkesempatan mengupdate blog selama di sana..keluar dari pagi hingga malam baru balik ke tempat penginapan ... dan balik sudah keletihan hendak mengadap laptop ... lalu banyak cerita tersimpan di memori ku ini, di harap ia tidak akan hilang ditelan masa ...


Wednesday, May 25, 2016

Anak ke - 6


Alhamdulillah, Selasa 24 Mei 2016 menghantar anak ke-6, Mu'adz mendaftar di UiTM Seremban. Mu'adz mendapat tawaran Diploma Sains Aktuari. Pada mulanya, diriku semacam ragu-ragu benarkah Mu'adz hendak mengambil bidang Sains Aktuari? Kerana beliau tidak pernah menunjukkan kecenderungan beliau ke arah itu selama ini. Sebelum ini beliau selalu mengikuti pengembaraaan bersama rakan-rakan mendaki gunung, bercamping, ke air terjun dan lain-lain tempat yang bersifat semulajadi. Alhamdulillah, berkat tarbiyah dan pendidikan Musleh yang diterima oleh beliau sejak dari sekolah rendah Islam Hira', Maahad Tahfiz Quran Hira' dan Sek Men Islam Hira'.. Mu'adz lebih cenderung melakukan aktiviti-aktiviti bersifat nature lovers daripada suka melepak di shopping-shopping kompleks atau melakukan kerja yang tidak berfaedah. Semasa menunggu keputusan SPM keluar juga, Mu'adz memilih untuk bekerja sementara untuk mencari pengalaman mencari rezeki... Alhamdulillah lumayan juga gai yang diterima untuk membolehkan beliau menyimpan sedikit duit...

Mu'adz juga anak yang baik, suka menolong memasak jika berkesempatan dan membuat kerja rumah... tidak suka menyusahkan ibu bapa...lebih gemar membuat apa yang boleh dibuat sendiri..berusaha untuk mendapatkan apa yang dicitakan..

Semoga Mu'adz berjaya dalam bidang yang dipilihnya. 
Ini kali pertama saya ke UiTM Seremban. Kampus PFI yang baru ini. 

Muadz sedang mendaftar kolej..
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, fakulti di mana Diploma Sains Aktuari ditawarkan. Maka Mu'adz akan berada di sini selama 2 1/2 tahun di sini, InsyaaAllah.

Sunday, May 22, 2016

Kepulangan yang dinanti

Alhamdulillah, diam-diam rupanya sudah hampir dua tahun anak ketujuhku berkelana ke benua Afrika Selatan menuntut ilmu di Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa..Kedatangan Ramadhan menandakan sudah setahun Zubair, atau lebih mesra dipanggil adek oleh abang dan kakaknya, berada di sana sejak Ramadhan tahun lepas. Pihak DUZ telah menentukan bahawa Ramadhan adalah bulan yang diperuntukkan sebagai cuti tahunan nya.. Oleh itu, semua pelajar dimestikan pulang ke rumah masing-masing. Oleh itu, sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di sana akan pulang ke Malaysia, manakala yang tidak pulang, akan pergi bercuti ke tempat-tempat berdekatan atau ke tempat lain.

Hati ibu mana yang tidak rindu kepada anak-anak... sentiasa mendoakan adek dari jauh walau beribu batu, namun Allah itu Maha Mendengar Maha Pengampun Maha Pemurah...Semoga Allah Melindungi anakku dan juga rakan-rakan adek yang sama-sama menuntut ilmu di DUZ.

Mendapat wa dari adek yang beliau dan rakan-rakan sudahpun berada di airport di South Afrika, Semoga semua urusan berjalan lancar dan adek akan selamat sampai ke Malaysia pada malam esok, Isnin 23 Mei 2016 di KLIA pada jam 11:30 malam.


Adek Zubair, yang berserban putih. Sudah semakin besar dan kelihatan matang anak bujang ku yang dahulunya masih kecil.. kelihatan sudah berkumis juga.. hehehe..

SELAMAT PULANG ADEK ZUBAIR ... 

Update Isnin 24:00
==============
Syukur Alhamdulillah adek Zubair telah selamat sampai di tanahair pada jam 10:07 malam tadi ...

Tinggi melangit dah ! lebih tinggi dari ummi ...Adek akan bercuti sepanjang Ramadhan dan pulang kembali ke Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa selepas Syawal nanti.

Saturday, May 21, 2016

Majlis Pernikahan

ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah pagi hari yang sama dengan majlis perkahwinan....hatiku berdebar-debar ... perasaan yang bercampur baur dirasai dalam diri ini... gembira kerana akhirnya anak sulungku bertemu jodoh, sedih kerana timbul perasaan bahawa anak dara ku akan berada dalam jagaan seorang jejaka ...selepas ini tanggungjawab ku sudah selesai dan anak dara ku akan dipertanggungjawabkan kepada suami nya pula ... semoga anak-anak kami akan terus mengingati ibu bapa walaupun telah berkahwin ... takut pun ada juga, semoga majlis berjalan lancar..kerana ini adalah kali pertama mengadakan kenduri untuk anak perempuan.
Bukan tidak biasa mengadakan majlis perkahwinan, tetapi kedua-dua mejlis sebelum ini adalah untuk anak lelaki, persiapan dan perasaan nya berbeza. Untuk anak lelaki lebih mudah , tetapi utk anak perempuan, lebih banyak perkara perlu diambil kira.

Persiapan sudah bermula seawal pukul 7:30 pagi
Kedatangan pengantin perempuan, anak saya lah tu
Kedatangan pengantin lelaki
Jurunikah dari pejabat JAIS
Jurunikah sedang memberi sedikit tazkirah sebelum majlis pernikahan bermula
Pengantin perempuan menunggu dengan penuh debaran
Pengantin lelaki kelihatan cool sahaja
Pak Imam memberikan penerangan, kerana suami ku iaitu ayah pengantin perempuan yang akan menikahkan sendiri anak gadis ku

Aku nikahkan ..... akhirnya Alhamdulillah... selesai
Doa dibacakan selesai upacara pernikahan
Aamiinn
Ibu dan ibu saudara pengantin lelaki
Bapa dan saudara-mara pengantin lelaki
Bapa Mertua dan menantu
Sah sudah sebagai suami isteri



Waktu ini airmataku seakan hendak tumpah tapi sedaya upaya cuba ku tahan... mengapa perlu menunjukkan kesedihan di hadapan anak dan menantu. Kami sepatutnya bergembira...
kerana semua majlis berjalan lancar
Alhamdulillah

Friday, May 20, 2016

Pertunangan

Anak ketiga, Ammar telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 26 Julai 2015. Alhamdulillah. 
Itu bermakna, sudah dua orang anak ku melangsungkan perkahwinan, iaitu Zaid, anak ke-2 pada 22 Mei 2013, dan Ammar, anak ketiga.
Kakak sulung, Asma' masih belom bertemu jodoh... (pada ketika itu - 2015) ..betullah apa yang dikatakan, jodoh pertemuan itu semua di dalam pengetahuan Allah. Walau apapun yang kita lakukan, kita tidak dapat mempercepatkan atau melambatkan kedatangan jodoh itu..persoalan jodoh adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Namun sebagai seorang ibu, hati ku masih mengharapkan agar anak sulung akan bertemu jodoh sebelum umurnya memasuki angka 30an...ketika itu umur nya sudah melepasi angka 28. Bohonglah jika dikatakan aku tidak berbuat apa-apa. Ramai sudah sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat yang sama belajar ketika di USA dahulu, aku risik. Pantang sahaja tahu sahabat ada anak bujang, akan ku risik.. dengan harapan dapat berbesan dengan sahabat-sahabat satu perjuangan dalam jemaah.  Namun, seorang demi seorang memberikan jawapan yang negative. Bukannya mereka tidak sudi, tetapi jawapan yang diberi selalunya anak mereka belum bersedia hendak mendirikan rumahtangga atau anak mereka tidak mahu beristerikan wanita bekerjaya doktor! Agak kecewa juga hatiku... Sehinggakan sampai suatu ketika, aku seakan terkejut dari lamunan! Apakah yang aku lakukan ini? Oh! seperti hendak menjual anak!!! Lalu aku berishtifar .. Apakah aku tidak menyakini ketentuan Allah? Soal jodoh adalah takdir Allah ... aku kena yakin dengan takdir Allah... akhirnya diriku menjadi lebih tenang dan aman ...Mengapakah aku perlu mengharapkan dari manusia? sedangkan apa yang sepatutnya yang aku perlu lakukan adalah memohon pada Allah ...Bukankah itu yang selalu aku mohon dalam doakan diakhir setiap solat fardhu...? Aku berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakan lah jodoh yang terbaik buat anakku Asma', yang sekufu dengan dirinya, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui." Lalu hampir setiap malam aku bangun solat tahajjud dan solat hajat, aku panjatkan doa buat anak-anak semuanya terutama anak sulungku...
  Benarlah janji Allah itu amat benar....! tidak lama selepas itu, Asma' memberitahuku bahawa sudah ada yang bertanya. Kawan baiknya yang menjadi perantaraan, yang mencadangkan kawan sama belajar.. Pada ketika itu, diriku yang terlebih excited pula.. namun nasihatku kepada Asma', buatlah solat Istikharah terlebih dahulu. Aku tidak memilih siapakah bakal menantuku, tidak semestinya berasal dari keluarga yang berada. Cukuplah ilmu dan agama yang menjadi pegangan hidup ...
Alhamdulillah, dipendekkan cerita ... 25 Disember 2015, berlangsunglah majlis pertunangan Asma' bersama Rahimi. Dan majlis perkahwinan akan berlangsung 3 bulan dari tarikh tersebut.

Asma' dan Rahimi, Semoga berbahagia hingga ke Jannah...
 25 Disember 2016

Bersama besan , orang Kelantan
Semuanya menggunakan barangan yang ada di rumah... Jambangan bunga putih adalah ihsan dari Wedding Sentinel ...sarung-sarung kusyen dibeli ketika melawat Jordan 8 tahun yang lalu ...
Malahan semua dulang hantaran digubah oleh daku dan menantu ku, Wijhan.






 



Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....