Dalam kehidupan ini kita selalu perlu membuat pilihan. Kadang-kala kita perlu memilih dari dua atau lebih pilihan...namun ada juga kita TIADA pilihan... apatah lagi jika keputusan segera perlu dibuat...lalu kita seakan terpaksa menerima pilihan tersebut, walaupun pilihan yang diberi tidak menepati citarasa atau pun kehendak kita...
Saya telah membuat keputusan untuk menghantar anak saya ke sebuah sek berasrama agama seperti yang telah ditawarkan... walaupun saya cuba meyakinkan anak saya bahawa segala-galanya akan menjadi baik , namun di hati kecil saya sendiri saya meragui nya..kerana anak saya tiada pilihan lain melainkan untuk memasuki aliran yang diberi...saya tahu bahawa dia tidak menyukai beberapa subjek yang perlu diambil dalam aliran tersebut.
Adakah saya kejam kerana memaksa beliau? Hurmmm...saya rasa saya akan memberi peluang kepada beliau sehingga hujung minggu ini, sekiranya dia masih tidak suka dan tidak dapat menghayati subjek yang dipelajari, kemungkinan saya akan membiarkan beliau kembali ke sekolah lamanya, di mana beliau dapat mempelajari subjek yang digemari beliau...
kalau kita terlalu memaksa pun tak boleh juga .. tapi kalau biarkan sepenuhnya anak2 memilih pun tak boleh juga. susah juga mengimbanginya. tetapi kalau pilihan anak kita tu masih boleh kita terima, ikutlah kehendak mereka.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Azzah
ReplyDeleteselepas solat istikarah
Insyaallah
itu pilihan yg tepat
Wassalam
Salam Azzah,
ReplyDeleteDilema....itulah yg sering terjadi pada diri kita. Kakak cadang ikut kata Hj. Rozali. Mohon Allah beri petunjuk. Itu yg kakak buat dulu utk anak sulung kakak....