Genap seminggu selepas saya menghantar anak ke-5 saya masuk asrama...saya juga membawa suami mengadap Pengetua SMKA tersebut untuk membawa pulang anak ku itu...
Setelah berfikir semasak-masaknya dan membuat solat istikharah...saya rasa tiada gunanya saya "memaksa" anak saya itu belajar di situ, jika dirinya sendiri tidak mahu. Setiap petang dan pagi selepas subuh saya pasti mendapat panggilan telefon darinya. Pada mulanya dia tidak dapat masuk ke kelas Sains Teknikal seperti yang dikehendaki. Anak saya itu hendak mengambil LK(Lukisan Kejuruteraan), dan tidak mahu mengambil subjek Biologi.. tetapi kelas Sains Teknikal telah penuh lalu Pengetua masukkan dia ke kelas Sastera Agama (bermakna anak saya harus mengambil subjek Perakaunan dan Perdagangan) Bila saya tanya, sebenarnya dia tidak kisah kena ambil subjek tersebut, cuma disebabkan sekolah itu adalah sekolah aliran agama, maka semua pelajar diwajibkan mengambil subjek Syariah, Bahasa Arab Tinggi dan PQS. Subjek2 ini lah yang beliau tidak mahu ambil...
Mengenali anakku itu sejak dari kecil, sememangnya saya tahu dia adalah seorang yang "very determine person" ... kalau dia cakap hitam, hitam lah...kalau dia cakap putih, putih lah...bermakna jika dia tidak mahu belajar di situ, saya dan suami rasa kami tidak boleh memaksa beliau... kerana yang hendak belajar adalah dia, bukannya ummi bukan abi...
Walau apapun, kami sebagai parents selalu memberi nasihat dan panduan agar beliau tahu keputusannya yang dibuatnya adalah yang terbaik buat dirinya...
Assalamualaikum Kak Azzah
ReplyDeleteInsyaallah
Allah beri jalan yg terbaik
untuk masa kini dan masa akan dtg
Wassalam
salam ziarah..
ReplyDeletebiarlah dia membuat pilihan untuk masa depan beliau..jika memaksa akan membuatkan dia bertambah stress baik kita ikutkan sahaja
Wa'alaikumsalam Rozali,
ReplyDeletemudah-mudahan apa yang dipilih adalah pilihan terbaik buat diri anak saya itu...InsyaAllah
terimakasih kerana sentiasa sudi menjenguk dan meninggalkan komen di blog saya...
Azzah8
Kak InaKL
ReplyDeleteSalam ziarah kembali,
ya kak, tidak mahu beliau menyalahkan saya kelak jika tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran...
p/s: kak, saya masih belum sempat nak kirim buku kpd akak...
Assalamu'alaikum Azzah,
ReplyDeleteBertindak cepat sebelum terlambat. Sebelum kelak kita kesal kalau dia tak boleh bawa lebih baik ikut apa yg dia mahu.