Showing posts with label Wafa'. Show all posts
Showing posts with label Wafa'. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Aurat dalam Solat

Semasa menolong anak saya mengemas barang-barangnya di dorm baru, didapati telekung beliau tertinggal di rumah. Saya berpesan kepada anak bahawa aurat dalam solat samalah seperti aurat semasa di luar. Tidak semestinya kita WAJIB memakai telekung semasa solat, jika pakaian kita sudah menutup aurat sepenuhnya, beliau boleh terus solat dalam keadaan begitu. Tambahan lagi beliau memakai tudung labuh, jadi hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat. Saya rasa hanya di Malaysia sahaja yang orang-orangnya seakan-akan WAJIB memakai telekung semasa solat. 
Namun begitu petang semalam beliau telah menalipon saya, bertanya samada saya sudah mengepos telekung beliau.  Saya nyatakan saya akan pos pada hari ini.  Saya bertanyakan bagaimana keadaan beliau? Anak beritahu bahawa dia tahu dan sudah biasa melihat kakaknya atau saya bersolat dengan jubah/baju kurung, tudung labuh dan memakai stokin, tetapi beliau rasa tidak selesa bersolat sebegitu di sekolah tersebut kerana ramai pelajar lain memerhatikan beliau yg kelihatan lain dari orang lain yg memakai telekung. Dia dianggap seperti "weirdo"! 
Begitulah...keadaan dan suasana yang berbeza...latar-belakang pelajar-pelajar itu juga berbeza...
Terkenang pengalaman masa lampau, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USA...
Keadaan di negara Barat yang tiada surau untuk bersolat, tetapi itu tidak menghalang kita dari menunaikan Rukun Islam itu. Di mana-mana ada ruang untuk bersolat di kawasan Universiti, kita akan solat, hatta di bawah tangga sekalipun. Jika di musim panas, kita boleh bersolat di bawah pokok di luar dewan kuliah. Kami bersolat dengan tidak memakai telekung asalkan baju kami menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun pada mulanya 'mat-mat dan minah saleh' memandang perlakuan kami dengan pelik...tetapi lama-kelamaan mereka sudah biasa.  Jika ada yang curious mereka akan bertanya dan kami akan memberi penerangan kepada mereka. Akhirnya apabila semakin ramai pelajar Malaysia, pihak universiti telah memberikan satu bilik kosong untuk kami gunakan sebagai bilik rehat/solat.
Alhamdulillah....


Friday, February 25, 2011

Tawaran ke-2

Selepas kembali semula ke sekolah lama..anak ke5 saya mendapat pula tawaran lagi. Kali ini ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP Integrasi) Rawang. Kali ini saya amat berhati-hati...melihat kepada bidang yang ditawarkan, Sains Teknikal, anak saya kelihatan gembira, kerana itulah bidang yang dikehendakinya. Namun begitu beliau masih kelihatan ragu adakah perlu mengambil subjek PQS, Bahasa Arab TInggi dan Syariah seperti SMKA yang lain.  
Lalu saya mengambil inisiatif menalipon ke sekolah tersebut bertanyakan guru atau sesiapa yang tahu mengenai perkara tersebut, sambil itu saya juga mencari maklumat tersebut di internet. Alhamdulillah, nampaknya semua seperti yang dikehendaki.
Sekarang sedang menyediakan barang2 yang diperlukan oleh beliau membawa ke asrama.
InsyaAllah hari Isnin 28hb Februari 2011 ini saya dan suami akan menghantar beliau ke seolah ini. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tuesday, February 22, 2011

Akhirnya...

Genap seminggu selepas saya menghantar anak ke-5 saya masuk asrama...saya juga membawa suami mengadap Pengetua SMKA tersebut untuk membawa pulang anak ku itu... 

Setelah berfikir semasak-masaknya dan membuat solat istikharah...saya rasa tiada gunanya saya "memaksa" anak saya itu belajar di situ, jika dirinya sendiri tidak mahu.  Setiap petang dan pagi selepas subuh saya pasti mendapat panggilan telefon darinya.  Pada mulanya dia tidak dapat masuk ke kelas Sains Teknikal seperti yang dikehendaki. Anak saya itu hendak mengambil LK(Lukisan Kejuruteraan), dan tidak mahu mengambil subjek Biologi.. tetapi kelas Sains Teknikal telah penuh lalu Pengetua masukkan dia ke kelas Sastera Agama (bermakna anak saya harus mengambil subjek Perakaunan dan Perdagangan) Bila saya tanya, sebenarnya dia tidak kisah kena ambil subjek tersebut, cuma disebabkan sekolah itu adalah sekolah aliran agama, maka semua pelajar diwajibkan mengambil subjek Syariah, Bahasa Arab Tinggi dan PQS. Subjek2 ini lah yang beliau tidak mahu ambil...

Mengenali anakku itu sejak dari kecil, sememangnya saya tahu dia adalah seorang yang "very determine person" ... kalau dia cakap hitam, hitam lah...kalau dia cakap putih, putih lah...bermakna jika dia tidak mahu belajar di situ, saya dan suami rasa kami tidak boleh memaksa beliau... kerana yang hendak belajar adalah dia, bukannya ummi bukan abi...
Walau apapun, kami sebagai parents selalu memberi nasihat dan panduan agar beliau tahu keputusannya yang dibuatnya adalah yang terbaik buat dirinya...


Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010

TINGGAL BEBERAPA JAM SAHAJA LAGI....

SIAPA YANG BELUM TIDUR LAGI TU?
SILA ANGKAT KEYBOARD...

DUP DAP DUP DAP DUP DAP...

Apa-apa pun, saya ingin mengambil kesempatan in iuntuk mengucapkan salamat maju jaya dalam kehidupan anda sebagai pelajar di masa akan datang... 
percaya lah...PMR ini hanyalah "warm-up" sahaja dalam kehidupan sebenar anda di dunia luar sana...
tiada apa-apa yang memudaratkan walau apa pun keputusan yang anda perolehi..
namun begitu PMR juga asas kepada yang seterusnya...
yang Paling Penting...Jangan lupa sentiasa berdoa kepada ALlah SWT...

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....