Namun yang paling tidak aku lupa adalah Ucu telah memasang layar putih besar di ruang tamu rumah, dan menunjukkan slide-slide yang mengandungi gambar-gambar Ucu di sana.. Kagum juga dengan diri ini kerana masih mengingati satu-persatu keadaan semasa itu. Yang paling aku ingat, bgmn Ucu telah diajar memakai pakaian kebangsaan orang Jepun, iaitu KIMONO.
Sejak dari saat itu, aku telah menanam satu cita-cita dalam diri ini bahawa suatu hari nanti, aku mesti juga sampai ke negeri matahari terbit itu... mendengra cerita-cerita Ucu telah membangkitkan lagi semangat untuk ke sana, yang aku tidak pasti samada tercapai atau tidak...namun di hati kecil seorang remaja belasan tahun ketika itu, aku berdoa ke hadarat Allah semoga memurahkan rezeki dan memanjangkan umur ku jika berkesempatan untuk ke sana.
Masa berlalu, tahun berganti tahun ... perjalanan hidup menentukan aku mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat selepas SPM... bermulalah pengembaraan menuntut ilmu di negara Uncle Sam itu .. namun jauh di sudut hati masih tersimpan cita-cita hendak menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Belajar, berkahwin, melahirkan anak, seorang demi seorang ... menghadkan perjalanan untuk ke mana-mana...
1997 - Suami dihantar berkursus selama 3 bulan ke Jepun. Jika diikutkan hati mahu saja turut serta ke sana. Namun dengan anak-anak yang masih bersekolah dan masih kecil-kecil...niat tersebut terpaksa di pendam dan ditunda ...entah bila ..sedih juga ...
2016 - Sekali lagi syarikat suami bekerja menghantar suami untuk berkursus sambil bekerja di HQ di Tokyo, Jepun. Kali ini, aku tidak mahu melepaskan peluang untuk ke negara tersebut...anak-anak juga sudah besar-besar semuanya...mendapat peluang bercuti, dengan segera aku membuat tempahan tiket kapalterbang dan akhirnya Alhamdulillah, pada 31 Mei 2016.aku dapat menjejakkan kaki ke bumi Nipon itu... walaupun suatu ketika dahulu, Jepun pernah menjajah Malaya, dan negaranya pernah hancur dek bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, namun aku kagum dengan semangat Nipon yang bangkit membangunkan negara mereka semula dalam sekelip mata, negara mereka boleh maju setanding dengan USA ...
Dalam flight bersama Hana'
telah sampai di Haneeda Airport, Tokyo
Dalam train dari airport ke rumah abi
Malam pertama sampai di Jepun
Alhamdulillah...
ReplyDeleteAda bagi peluang dan rezeki. :)
Ya Kak Cik Nur, Alhamdulillah Syukur Allah beri peluang dan rezeki utk ke sana
ReplyDeletealhamdhulillah..tercapai apa yg di citakan..
ReplyDeletecomel anak Azah..anak keberapa? dah ada iras2 anak jepun..;)
Alhamdulillah .... anak bongsu tu Kak Yon, anak ke-8 ...haah ya..ada macam muka Jepun ! hahaha
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Thankks for a great read
ReplyDelete