Thursday, June 7, 2012

2hb Jun 2012

Syukur Alhamdulillah .... Allah masih memberi peluang bagi hambaNya ini untuk menghirup nafas menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini... 
2hb Jun 2012, bertambah lagi umurku melewati angka 47 tahun... 3 tahun lagi sudah boleh dipanggil WARGA EMAS! Walaubagaimanapun tidak perlu takut menghampiri ke usia senja ... masa berlalu, semua orang akan meningkat umur mereka, TIDAK ada seorang pun yang terkecuali ... sudah tertulis di Lauh Mahfuz, berapa lama kita akan hidup di dunia ini... Apakah kita ambil peduli? 

Tidak perlu risau muka akan berkedut, pipi tidak lagi tegang...tidak perlu mengambil BOTOX, tidak perlu menyuntik colagen, vitamin C. Hakikatnya, umur kita sudah begitu...apa yang kita perlu jaga adalah kesihatan kita. Itu yang penting. Bagaimana hendak menjaga kesihatan agar kita tidak ditimpa penyakit ? 

Sebenarnya kita hendaklah menjaga pemakanan kita. Hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa semua penyakit berpunca dari perut. Maksudnya kita hendaklah menjaga apa yg kita makan kerana makan berlebihan juga memudaratkan.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki mesjid, Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” 

 Membaca ayat Allah ini, satu peringatan buat diri ini juga... agar sentiasa menjaga apa dan berapa banyak yang kita makan..kadang-kala kita terikut-ikut sehingga tidak menyedari kita telah berlebih-lebihan dan membazir.. Ya Allah! Engkau ampunilah dosa-dosaku, jika aku termasuk dalam orang-orang yang lalai...
Amin.

8 comments:

  1. "sanah helwah".... moga dirahmati Allah selamanya....

    saya pon malas nak jaga sangat muka ni takut kedut etc.. sbb takut tak sedar diri umur dah meningkat.. cukup cuci & jgn jerawat banyak.. hehe...

    ReplyDelete
  2. Salam m.u.l.a.n,

    Jazakillahu khairan kathira ...di atas doamu itu...

    ya...ada ustaz tu sarankan kita selalu tengok cermin dan cermin muka kita... supaya kita sentiasa sedar bahawa umur semakin meningkat ...jangan tengok cermin nak berangan saja...ahaks...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak....

    memang betul tu kak..kesihatan yg harus diutamakan..kalau cantik jer tapi tak sihat tak de gunanya....
    Terima kasih kak atas prkongsian dan peringatan ni...

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan. Blog saya masih baru lagi. Harap dapat support blog saya dgn jd follower saya. Saya dah follow blog ni =)


    http://apelak.blogspot.com/2012/06/mari-jadi-jiran-blog-saya.html

    ReplyDelete
  5. memanglah... perut punca utama segala penyakit. apa yang disuapkan ke dalam perut itulah yang perlu di awasi!

    ReplyDelete
  6. MulutPayau,

    Wa'alaikumsalam ....

    segalam maklumat yg berguna dan baik ..eloklah kita kongsi bersama sanak saudara dan rakan taulan...

    semoga sama-sama mendapat menafaatnya ...

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  7. En. beyazid,

    Salam Perkenalan ... terimakasih kerana sudi singgah di blog ini ... InsyaAllah akak akan singgah di blog anda bila berkesempatan..

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  8. Insan Marhaen,

    Ya betul tu ...

    p/s: boleh bagi alamat email tuan? saya hendak berbincang sesuatu..

    Terimakasih.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....