Wednesday, March 7, 2012

Misi Akademik

Misi Akademik...kali ini selepas 21 tahun bertugas di Universiti ini...sekali lagi nama saya naik tersenarai dalam AJK Misi Akademik... 
masih saya ingat di awal 90an...waktu saya mula2 bekerja, saya juga telah terpilih untuk melakukan Misi Akademik ke sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang...

Ahad petang, kami bertolak ke selatan tanahair...menuju ke MRSM Pontian (mungkin salah satu sebab saya terpilih kerana kampung saya di Pontian) ...
MRSM Pontian telah mengadakan Hari Kerjaya pada hari Isnin, 5hb Mac 2012 dan menjemput IPTA-IPTA dan IPTS yg terpilih untuk membuka booth di situ..
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, dari UiTM telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai program2 yg ditawarkan di fakulti, terutamanya program Sains Aktuari...lalu kami mengambil peluang untuk mempromosi program2 Sains Komputer, IT dan lain2 kepada pelajar-pelajar sekolah ...juga untuk memperbetulkan persepsi yang salah mengenai bidang Sains Komputer dan IT,

MRSM Batu Pahat, MRSM Muar dan sekolah-sekolah disekitar Pontian telah dijemput juga untuk menghadiri taklimat-taklimat yang diberikan dan melawat booth2 pameran ...


1 comment:

  1. banyak betul pengalaman dan ilmu yang kamu dapat. semuga sukses selalu yer dan selamat mengajar student baru.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....