Wednesday, September 21, 2011

Salam Sejahtera semua pengunjung blog saya ini...saya mohon maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog saya ini..kekangan masa dan Vitamin "M" yang semakin besar.... malah selalu juga saya login ke blogger dan buka editor dalam blogger ini untuk menaip sesuatu..tetapi selepas beberapa minit tiada apa yang terhasil... hanya skrin kosong yang saya lihat di hadapan... idea tidak keluar, atau semasa timbul atau dapat  idea ada nak tulis apa,.. ketika itu pula sedang melakukan pekerjaan lain atau tidak duduk di depan laptop ini...
juga kerana saya saya sedang "adjust" kehidupan saya yang tiada bibik lagi... sejak bibik saya berhenti pada bulan April 2011, saya tidak lagi mengambil bibik yang lain sebagai pengganti... ini keputusan yang kami ambil ..kerana anak2 sudah besar, tinggal yang bungsu sahaja darjah 3... juga sudah boleh menguruskan diri sendiri...dengan kerenah pelbagai dgn agensi yang mengambil pekerja asing bekerja sbg pembantu rumah..fee yg perlu di bayar Tersangat MAHAL! (pada pendapat saya lah...) nak kena keluar RM8K - 9K utk bayar kepadan agensi pekerja asing, kemudian kita tak tahu lagi "perangai" pembantu rumah yang baru itu.... di tambah lagi anak2 saya sudah ramai yang bujang2 .... timbul pula masalah "aurat" dan privacy yang perlu dijaga di dalam rumah... hurmm...kami berpendapat lebih baik TIDAK mengambil pembantu rumah yg baru...

Harap pembaca dan pengunjung blog saya tidak akan "lari" atau terus delete blog saya dari bloglist mereka.. kerana tiada update baru... saya akan cuba sedaya upaya mengupdate walaupun sebaris ayat...


6 comments:

  1. assalam kak azzah..

    insya allah sy takkan delete blog kak azzah dari bloglist sy.. :)

    p/s slamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete
  2. jangan risau... saya masih setia :)

    ReplyDelete
  3. Azzah...jgn kata azzah... akak pun kadang dah malas... macam dah kena glue gajah dah tahap kemalasan dia tu...

    ReplyDelete
  4. Penjejak mimpi,

    Selamat Hari Raya...terimakasih kerana masih sudi meletakkan blog saya dalam senarai bloglist anda.... dan terimakasih kerana masih sudi berkunjung ke mari...

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  5. Shafarina,

    Terimakasih di atas "kesetiaan" anda... sayang awak...! hehehe

    kalau tak ada pembaca setia macam awak...kesiannnn blog akak...sunyi sepi aje...

    ReplyDelete
  6. Kak aNIe,

    azzah tgk akak lagi rajin drpd saya... ada juga berupdate...tapi azzah langsung ...sebulan lepas langsung tak ada update...

    ni baru nak warm-up balik... sikit-sikit...

    Azzah

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....