Monday, January 13, 2014

Permulaan Tahun Baru yang Bercampur Aduk

2014
Bermula dengan pelbagai peristiwa. 
Terlalu banyak yang hendak ku coretkan di sini.. 
namun tatkala Editor di buka
mata hanya tepat merenung skrin komputer
jari jemari kaku di papan kekunci
tiada kata kata yg terluah
diiringi doa dan deraian air mata

Thursday, January 2, 2014

TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberiku peluang untuk menghirup udara segar alam ini, masih memberikan kepada ku kesihatan yang baik, penglihatan yang baik, pendengaran yang baik untuk terus berjuang di dunia nyata ini.  Adakah ku sudah berpuas hati dengan apa yang sudah ku lakukan sepanjang tahun 2013? Apa yang telah tercapai? Adakah semua azam dan perancangan di awal tahun 2013 sudah terlaksana? 

Secara jujurnya ingin ku nyatakan bahawa apa yang ku rasakan adalah sangat sedikit.. sangat sedikit pencapaian yang telah aku capai. Tahun 2013 melakar sejarah dalam liku-liku kehidupanku.  Terlalu banyak perkara berlaku sehingga kan aku tidak punya masa hendak  mencoretnya di helaian maya ini. Rasanya objektif perjuangan masih jauh lagi ... masih banyak yang perlu ku lakukan.  Pejam celik pejam celik ... tiba-tiba tahun 2013 sudah habis! Ya Allah...Ya Tuhanku... aku mohon ampun dariMU Ya Allah... aku sangat-sangat merasa sangat rendah diri dan terlalu kerdil disisi MU Ya Allah...
Kesibukanku dengan kerja-kerja duniawi telah membuatkan aku sedikit terleka/terlalai atau tersasar dari tujuan ku..kadang-kala rasanya lebih banyak masa diperuntukkan utk tugasan duniawi, lalu terabai sedikit sebanyak tanggungjawabku sebagai HambaAllah... Ya Allah...Ampun kan daku Ya Allah...

Tahun baru muncul kembali, membawa sejuta harapan buatku... Semoga ada pelangi selepas titik-titik hujan di tengahari ...

Ameen. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2014
kepada
SEMUA BLOGGERS TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA

Wednesday, November 20, 2013

Pak Latip @ Abdul Latip Talib

Kenangan tahun 2007


Saya mula mengenali Pak Latip @ Abdul Latip Talib, seorang novelis Sejarah Islam yang tersohor di tanah air sejak tahun 2007 di dunia blogger.  Pada waktu itu, ramai orang mula berblogging termasuklah saya sendiri.. Pak Latip juga baru naik bermula menjadi seorang penulis novel sejarah Islam bernaung di bawah PTS.  Membaca novelnya yang pertama membuatkan saya tertarik kerana perbezaan dari segi olahan dan penyampaian cerita.. Berlainan dari buku-buku sejarah Islam yang biasa kita baca, novel sejarah Islam Pak Latib mempersembahkannya seperti kita sedang membaca sebuah novel biasa, membuatkan kita tidak rasa mengantuk hendak membacanya..malahan kita akan tidak sabar-sabar hendak menyudahkan pembacaan sehingga ke helaian yang terakhir...

selepas 6 tahun berlalu, Pak Latip telah menjadi seorang penulis yang tersohor ...dan baru-baru ini beliau telah mencoretkan sesuatu di wall fb beliau mengenai kisah tersebut...
 
(Dari wall fb Pak Latip 7 November 2013)

Novel sejarah yang saya tulis mula terbit pada tahun 2007. Saya mempromosikannya dalam blog. Antara rakan blog yang mula-mula tertarik untuk membelinya ialah Prof Madya Nurazzah.

Beliau berminat membeli dan membaca novel-novel sejarah pahlawan Islam setelah pulang dari menziarahi makam-makam pahlawan itu di Jordan dan Syria. Kerana begitu tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam novel itu maka beliau membeli dari saya dalam jumlah yang banyak lalu mempromosikan kepada kawan-kawannya di UiTM dan jiran-jiran di kawasan kediamannya. Dia melakukannya dengan sukarela.

Itulah antara kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sebagai penulis novel-novel tersebut saya amat menghargai usaha yang dilakukannya. Terima kasih Prof Madya Nurazzah. Semoga Allah SWT membalas budi yang baik itu dengan pahala, rahmat dan keampunan-Nya. Amin.

Buah Betik buah Bidara
Elok diletak di atas peti
Sahabat baik bagaikan saudara
Kasih tersimpan di dalam hati.


Nukilan~
Abdul Latip Talib @ Pak Latip - Novelis Sejarah Islam yang tersohor di seluruh dunia
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....